Sunday 30 January 2022

Permulaan

 

2016 (i)


Nak di jadikan cerita masa join RELA ni Ayong sekali lagi ada teman lelaki, namanya TMR. Ayong kenal dia lepas habis recruit. TMR ni orang Kelantan tapi membesar kat Nilai. Masa Ayong kenal dengan dia, baru Ayong tahu macam mana Ayong ni sebenarnya. Jenis Ayong bukannya clingy. Rimas kalau bercinta pasangan yang asyik nak cari, sikit-sikit nak call, sikit-sikit nak jumpa bagai. Pening kepala Ayong. Biasanya apa yang Ayong nak buat, semuanya Ayong buat sendiri. Jarang la nak minta bantuan sesiapa.

Mula-mula Ayong bengis je tak boleh terima cara dia. Tapi dia buat tak faham bahasa. Siap nangis-nangis kata Ayong buat dia macam mainan. Masa bosan je ambik dia buat main bila dah taknak buang. Amende??? Bukannya Ayong yang cari dia, dia yang selalu cari Ayong sebab tak boleh berenggang. Masa tu stress la jugak kejap-kejap nak jumpa. Apa dia ingat Ayong ni takde family ke. Dia punya beria tu sampai dia jumpa bapa Ayong kat luar bersalam bagai nak kenalkan diri.

Sama tempat kerja pun nak clingy

Ayong berhenti kerja setempat dengan dia sebab stress dengan perangai dia. Balik rumah nak rehat tapi kena layan dia nak jumpa bagai. Nak tipu kerja, dia tahu pulak pasal kerja jadi terpaksalah berhenti. Nak pergi mana-mana semua minta bantuan dia. Bukannya Ayong nak sangat, tapi dia yang suka berhimpit nak ikut mana Ayong pergi. Tapi lama-kelamaan dah jadi terbiasa. Dia yang biasakan Ayong untuk bergantung dengan dia. Bila hati dah sayang jadi pejam mata jela dengan perangai clingy dia tu. Tapi bila dah setahun macam tu, tiba-tiba dia berubah dan tak tahu la apa puncanya. Meroyan juga la masa tu.

        Lepas berbulan meroyan tak dapat jawapan, tiba-tiba kawan dia muncul. Kawan dia cakap lupakan jela TMR tu. Dia dah ada orang lain. Kawan dia siap tunjuk gambar lagi. Sumpah, memang kecewa! Ayong baik je dengan dia masa tu. Dulu dia yang beria nak jumpa family dan bawa family dia datang rumah. Dia siap datang beraya kat kampung. Tapi dia juga yang tanpa perasaan buang Ayong macam tu je. Masa ni la dugaan datang bertimpa-timpa.


Nanti Ayong sambung lagi 2016 (ii)

Monday 24 January 2022

Umur 20-an

 

Waktu Bekerja Sementara

        Lepas Ayong berbaik dengan Ryn, kami selalu berhubung dan tak pernah hilang. Masa ni Ayong kerja kat Putra Nilai. Ayong dah ada teman lelaki tau, namanya AS. Ayong dah lama crush dengan AS ni sejak tingkatan 1 lagi. Cuma AS je tak tahu dan sampai sekarang pun AS tak tahu. AS ni anggota tentera, orang Nilai dan sebaya Ayong. Dari segi sikap, Ayong dengan dia jauh beza macam langit dengan bumi. Dia selalu tinggikan suara dan marah-marah Ayong. Dia selalu bandingkan Ayong dengan ex dia. Ayong memang tak pandai bercinta. Nak melawan pun tak reti. Ayong telan je segala makian dan kemarahan dia. Kadang-kadang ada juga dia nak ternaik tangan, tapi tak pernah lagi terlepas.

        Tapi yang bestnya, Ayong baik dengan family dia. Pernah ayah dia pinjam nama Ayong untuk daftarkan syarikat dia tapi sekejap jela. Tak sampai setahun pun. Ayong putus dengan AS dan lepas 2 tahun bekerja dan akhirnya Ayong buat keputusan untuk sambung belajar kat Kuantan. Sebenarnya Ayong tak boleh move-on dengan AS. Yela, walaupun dia selalu marah Ayong tapi kan ayong dah crush dengan dia lama, mesti la susah nak lupa. Niat asal Ayong sebab nak bawa diri kat tempat lain. Tapi sampai je Ayong kat sana, senior ingatkan Ayong untuk betulkan semula niat dan Ayong terima nasihat tu dengan lapang dada.


Zaman Belajar

        Disebabkan Ayong bekerja terlebih dahulu dan agak lewat masuk kolej, Ayong dianggap matang la juga kononnya. Masa kat sini Ayong jadi tempat adik-adik mengadu dan luahan perasaan. Kat sini baru garang Ayong terkeluar sikit. Puncanya sebab kenal dengan sorang lelaki ni. Permulaan hubungan tu memang Ayong respect dia. Tapi lama-lama bila dia tunjuk taring dia. Masa tu Ayong dah nekad, Ayong takkan biar lelaki pijak kepala Ayong lagi. Apa je dia maki dan marah mesti akan dilawan semula. Dia boleh maki, kita pun boleh. Dia ugut pun tak heran langsung. Sikitpun tak takut.

Salah satu sebab Ayong tak takut sebab masa ni dah kantoi dia ada awek. Ayong ni cuma skandal je. Dia banyak kali suruh Ayong buat macam-macam untuk dia. Suruh beli itu beli ini. Pastu suruh buat assignment. Bila Ayong tak dengar cakap dia maki pula. Ayong ingat sebab Ayong ni skandal je dia boleh buat macam tu. Rupanya awek dia lagi teruk kena. Awek dia ikutkan je kemahuan dia kadang nangis-nangis sebab kena marah. Sebenarnya masa ni Ayong ada perasaan sayang dengan dia, tapi Ayong buat istikharah sebelum buat keputusan. Akhirnya sebelum habis semester (praktikal) Ayong putuskan hubungan dengan dia dan tak ambil masa pun untuk move-on.


Praktikal & Bekerja

Ayong buat praktikal di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sewaktu praktikal tu Ayong kenal lelaki dari negara seberang. Seperti yang kebanyakkan orang sedia maklum, perempuan bila jadi stalker memang dia akan cari maklumat sampai ke lubang cacing. Sampai jiran lelaki tu pun dia boleh kenal. Apa yang Ayong tahu. Lelaki ni memang seorang yang baik, berasal dari family yang baik-baik, ilmu agamanya bukanlah cukup makan dan bekerja penjawat awam di sana. Ayong ada buat istikharah sebelum beritahu mak. Mak ok je cuma kalau boleh dia nak Ayong duduk Malaysia je. Bila Ayong tanya pihak lelaki, dia kata mak dia pun ok je cuma kurang yakin Ayong boleh duduk menetap di sana. Akhirnya hubungan kami tak kemana juga.

3 tahun lepas habis belajar memang Ayong takde kerja tetap. Dengan takde lesen lagi memang susah nak kemana-mana. Nak keluar mesti bergantung dengan abah. Mujurlah Ayong dah biasa guna pengangkutan awam. Boleh la berdikari sikit. Ingat lagi tak Ayong pernah beritahu Ayong baik dengan family AS? Sebelum konvo tahun 2015 Ayong kerja sekejap dengan ayah dia. Tu pun tolong-tolong je. Lepas konvo baru Ayong cari kerja lain. Kerja dah ok cuma masalahnya, kontrak cuma sampai hujung tahun. Jadi masa tahun 2016, Ayong libatkan diri bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebab taknak bazir masa duduk rumah.

 


Tuesday 18 January 2022

Zaman Sekolah

 

Zaman Kanak-Kanak

    Kebiasaannya dalam kalangan ahli keluarga dan saudara-mara, diorang memang gelarkan Ayong dalam kategori pendiam dan pemalu. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Kalau tak diajak bermain, Ayong duduk dan tengok je orang main. Kalau diajak pula, main sekadar cukup syarat. Kalau dalam pasukan Ayong di kira anggota paling pasif la. Tak agresif langsung. Ikut je arahan. Main pun macam takut-takut. Pendek cerita memang tak best la ajak Ayong main sekali.

    Kalau kat sekolah pula, mereka kata Ayong pelik. Kalau cikgu tak masuk kelas Ayong duduk je diam-diam kat tempat sendiri. Langsung tak bermain macam budak-budak lain. Tapi dalam pasif tu pernah la juga ada peminat sekejap nama dia MM. Tak lama lepas tu dia bagi surat, katanya dah tak suka Ayong lagi sebab Ayong ni diam dan bodoh. Mungkin la pada dia Ayong ni membosankan. Bila kena kacau Ayong tak balas balik macam budak lain.


Awal Remaja

    Sewaktu di tingkatan 1 dan tingkatan 2 keadaan tak jauh berubah dengan sekolah rendah. Ayong ditempatkan di kelas paling hadapan. Sebenarnya ada kesilapan teknikal yang menyebabkan Ayong tercampak kat situ. Nasib baik masa kelas Pendidikan Islam cikgu gabungkan 3 kelas. Jadi Ayong dapat la kawan dari kelas lain. Dalam kelas hadapan tu, ada la budak pandai yang ejek kata Ayong ni "slow". Dia ejek depan orang pulak tu. Ayong punya pendiam sampai cikgu kelas ambik Ayong jadi anak angkat dia.

    Tapi masa tingkatan 3, cikgu rombak semula kelas untuk persediaan menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Masa tu Ayong bersyukur sangat sebab akhirnya dapatlah juga geng yang sekepala. Senang la nak belajar buat study group ke apa. Walaupun tak semua sekepala, tapi sekurang-kurangnya ada. Takdela orang nampak Ayong pelik lagi. Sebelum ni memang orang kata duduk kelas pandai boleh minta tunjuk ajar. Hakikatnya tak semua yang boleh terima Ayong (slow) duduk dalam kelas tu lebih-lebih lagi Ayong jenis yang tak pandai bergaul.

        Lepas PMR Ayong masuk kelas Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Kawan-kawan sekelas semua sekepala dan boleh terima antara satu sama lain. Ayong pun dah mula berubah, masih lagi pasif tapi tak la terlalu pasif macam sebelum ni. Dah boleh diajak bergurau dan lepak bersama. Satu je yang tak berubah, Ayong tetap single walaupun kawan-kawan lain semua dah mula terjebak dengan fenomena bercouple hehehehe. Masa ni Ayong dah ngam dengan anak cikgu yang ambik Ayong jadi anak angkat tu, namanya Ryn.


Remaja Lepasan SPM

        Belum pun habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ayong dah mula cari kerja. Masa tu kertas terakhir jaraknya hampir sebulan dari kertas sebelumnya. Memang awal-awal lagi Ayong dah kerja. Tak lama lepas tu ramai dapat tawaran dari Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS) tapi cuma Ayong dengan Ryn je yang terima. Itupun tahap 1 je. Lepas tu dua-dua masuk tingkatan 6 kat sekolah yang sama. Sebenarnya dalam ramai-ramai kawan Ayong, Ayong banyak luangkan masa dengan Ryn. Sebab banyak luangkan masa bersama la Ayong banyak kenangan dengan Ryn. Dah masak dengan perangai masing-masing.

    Cuma lepas habis tingkatan 6, Ayong gaduh sekejap dengan Ryn. Setahun lebih tak bertegur sapa. Bergaduh memang dah banyak kali sejak di ITYNS lagi. Tapi kali ni paling lama. Punca pun dah lupa. Kata orang, kawan baik belum layak dipanggil kawan baik kalau tak pernah bergaduh. Punca berbaik tu pun sebab ada sorang kawan pinjam phone Ayong untuk call Ryn. Tak lama lepas tu Ryn call semula kawan tu sebab nak ajak borak. Tapi bila dia dengar suara Ayong, dia macam takut. Dia kata sorry sebab dia ingat tu nombor kawan lagi sorang. Ayong tahan dia sebelum letak phone dan masa tu la kami berbaik.


Zaman budak-budak dulu memang suka warna-warna macam ni


Wednesday 12 January 2022

Pengenalan

Sambungan

3 bahagian pengenalan

    Sebelum Ayong mulakan cerita, Ayong nak kenalkan dulu sikit tentang diri Ayong. Biarpun tak ramai orang yang akan baca, cukuplah untuk kepuasan sendiri. 

    3 bahagian ni Ayong akan cuba ringkaskan sepadat yang boleh. Sebabnya Ayong cuma nak tekankan apa yang telah dilalui selepas tahun 2016 sahaja. Pengenalan ni Ayong buat sekadar nak lengkapkan kisah pengalaman Ayong saja. Taklah sempurna tapi sekurang-kurangnya taklah nampak cacat tanpa hujung pangkal.


Thursday 6 January 2022

Kembali

Assalamualaikum


    Sekian lama menyepi sekarang Ayong akan update semula blog ni. Sebenarnya tujuan asal buat blog ni sebab terikut-ikut. Masa umur awal 20-an tu kan baru habis sekolah, semua benda nak buat. Masa tu kebanyakkan orang lebih suka buat perkongsian dengan menulis. Tapi sekarang dah berubah, rata-rata orang lebih suka buat video. Ditambah pulak manusia zaman sekarang pun lebih suka menonton video daripada membaca.

    Kalau nak diikutkan, hampir keseluruhan posting dalam blog Ayong sebelum ni memang copy-paste je. Yela, terikut kan. Orang nak buat, kita pun nak buat. Tapi idea langsung takde. Cuma adalah dua entri yang Ayong taip dengan idea sendiri. Kedua-dua entri tersebut Ayong buat pada tahun 2015. Itupun nak juga copy-paste sikit-sikit macam contoh dalil atau ayat-ayat dari petikan suci  Al-Quran dan juga hadis. 

Baru nak menulis semula

    Selama menyepi ni bukannya Ayong lupa terus pasal blog ni. Ada juga teringat nak update memandangkan Ayong memang suka menulis. YA...AYONG SUKA MENULIS. ☺ Sejak dari sekolah rendah lagi kawan sekelas tahu Ayong memang suka menulis. Ayong memang tak femes sebab pendiam dan pemalu. Sikap introvert yang extreme menyebabkan Ayong takde ramai kawan pun. Adalah kawan sorang dua. Itupun kawan sekampung.

    Cuma dulu Ayong tak dikenali dengan sikap introvert. Dulu orang tak kenal perkataan introvert. Maklum la, zaman 90-an dulu zaman komputer kotak. Belum masuk lagi era internet di mana maklumat di hujung jari. Masa sekolah dulu Ayong lebih dikenali sebagai 'PELIK'. Sebabnya Ayong tak pandai bersosial dan ada juga budak kategori pandai dalam kelas yang sinis mengatakan Ayong ni 'SLOW'.

    Tempoh 7 tahun menyepi sudah cukup memadai untuk Ayong simpan sendiri semua yang terpendam. Segala pengalaman, ujian dan dugaan yang dilalui akan terpamer di sini. Jika satu masa nanti Ayong terlupa apa yang telah dilalui maka tulisan ini akan jadi peringatan buat diri sendiri. Apa yang bakal Ayong luahkan sedikit sebanyak pengalaman yang tak semua orang berjaya hadapi. Semoga menjadi pengajaran.


Tunggu update seterusnya ☺