Saturday 30 July 2022
Serangan Panik
Sunday 24 July 2022
Pandemik
Follow The Flow
Benarlah seperti yang dikhabarkan, perancangan Allah itu yang terbaik. Ayong buat keputusan yang betul untuk berhenti kerja lebih awal. Allah datangkan sakit, hantarkan Ul-Haq untuk ikhtiar, dan pertemukan abah dengan kawan lama dia semua bersebab. Hari pertama Ayong kerja sebagai RELA di tempat baru bertarikh 18 Mac 2020, merupakan hari pertama Malaysia melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Alhamdulillah, dengan pekerjaan dan gaji yang stabil Ayong dan keluarga takde masalah kewangan sepanjang PKP dijalankan. Ayong pernah terserempak dengan sorang kawan lama kat pasaraya tu. Dia cakap semua pekerja kat pasaraya tu dikurangkan gaji RM100 sebab masalah ekonomi dan dia pun dah nak berhenti ikut suami dia berpindah ke tempat lain. Bila difikirkan, tak mungkin bos boleh bagi gaji macam mana yang dia cakap masa pujuk Ayong dulu.
Dengan persekitaran tempat kerja yang baik, Ayong dapat pulihkan balik semangat dengan jadi lebih baik dari sebelumnya. Ayong kerja dengan uniform jugak tapi bukan RELA. Diorang menghormati sesama uniform. Walaupun kerja dengan diorang, tapi layan macam kawan je. Tapi tetap tak lupa untuk menghormati antara satu sama lain. Kadang-kadang ada jugak yang tak lupa ingatkan untuk solat dan kongsi nasihat yang baik-baik.
Walaupun kerja senang tapi tipu la kalau Ayong cakap tak pernah ada masalah sepanjang kerja kat situ kan. Masalah memang ada. Mana ada kerja yang senang betul tak? Kalau pun senang sesekali mesti datang jugak cabarannya. Tapi taklah sampai stress yang membawa ke tahap kemurungan tu. Macam Ayong bagitau la, dengan persekitaran yang baik semuanya bukan masalah besar. Lama-lama terus rasa sebati kerja kat sini.
Monday 18 July 2022
Abah - Jumpa Kawan Sekampung
Tuesday 12 July 2022
Demam
Mungkin asbab Ayong berikhtiar dengan Ul-Haq, Allah tunjukkan jalan keluar. Tak sampai pun sebulan lepas rawatan Ul-Haq tu habis, Ayong terus demam. Puncanya sebab Ayong redah hujan sikit je. Korang bayangkan jarak blok rumah flat. Hujan baru nak turun, korang cuma lalu hujan sekali je masa nak pergi blok sebelah. Air hujan pun geli-geli je tak sempat pun nak meresap kat baju. Sepatutnya esok tu Ayong kerja pagi. Tapi sebab sorang cashier tu ada hal, Ayong tukar kerja petang. Jadi pagi esok tu Ayong free la. Malam tu tidur berselubung. Memang dah rasa macam nak pergi klinik esoknya tapi masih difikir-fikirkan.
Masuk Air
Nak dijadikan cerita, malam lepas kena hujan tu Ayong dah rasa macam nak demam dan bercadang nak pergi klinik pagi esok memandangkan kerja petang. Esoknya masa tengah tunggu giliran, suhu badan Ayong naik dan terus demam. Bila jumpa doktor, doktor cakap suhu badan Ayong tak normal dan terlalu panas. Tekanan jantung pun tak normal. Habis semua perihal jantung doktor periksa tapi keputusan okay je takde masalah. Doktor cakap tekanan jantung Ayong laju dari biasa dan itu tak sepatutnya berlaku. Itulah pertama kali periksa jantung, malu betul Ayong masa pembantu doktor tu periksa jantung. YTJT.
Disebabkan masalah tekanan jantung tu, Ayong kena masuk air 2 botol. Masa masuk air tu memang bosan la jugak. Ayong bagitau tak dapat masuk kerja. Mulanya orang kat office tu macam keberatan nak bagi Ayong cuti sebab takde orang, tapi terpaksa la kan. Ayong whatsApp family dan Kay jugak. Tak lama kemudian adik perempuan Ayong sampai hantar roti dengan air mineral. Adik tak boleh lama, dia kena balik. Ayong pun main phone ambik gambar masuk kat story whatsApp biar kawan-kawan tempat kerja tengok keadaan Ayong. Tak lama lepas tu Kay pulak datang tengok Ayong dah temankan Ayong kejap sebelum balik.
Cerita Kat Doktor
Ayong memang tengok betul-betul muka doktor tu, hairan betul riak wajah dia tengok keputusan jantung Ayong. Ayong pun tanya la kalau stress ada kaitan dengan tekanan jantung ke. Doktor pun tanya Ayong ni stress ke dan Ayong pun cerita keadaan sebenar. Memang stress dah lama, ada kaitan ke dengan tekanan jantung tu? Doktor pun tanya lagi dan Ayong pun cerita hal sebenar pasal tempat kerja, emosi dan perasaan Ayong semua tu. Doktor bagi Ayong buat Ujian Saringan Minda Sihat - DASS. (Depression Anxiety Stress Scales) Selesai je ujian tu doktor sahkan Ayong memang ada kemurungan dan anxiety yang agak teruk sebenarnya.
Doktor sarankan kawal dengan makan ubat dulu. Kalau masih teruk Ayong kena masuk wad tapi kata doktor tu kalau boleh jangan la sampai masuk wad. Banyak jugak ubat yang doktor bagi. Ayong bertuah sebab keluarga sangat memahami dan doktor pun faham situasi Ayong. Ayong cerita segalanya pasal kerja. Doktor bagi MC 2 hari. Tapi tetap Ayong kena datang semula sebab doktor nak ambik darah untuk pantau tekanan jantung Ayong. Ayong ada cakap nak berhenti tapi bos macam taknak bagi. Doktor siap tulis surat sokongan lagi untuk pihak syarikat mengatakan Ayong memang perlu berhenti untuk kesihatan yang lebih baik.
Wednesday 6 July 2022
Rawatan Islam & Tradisional
Ul-Haq
Pada penghujung 2019, ada satu kumpulan pengamal perubatan Islam datang ke tempat Ayong. Nama kumpulan Ul-haq. Ul-Haq buat rawatan secara percuma secara berperingkat dan bercadang nak buat rawatan di seluruh semenanjung Malaysia. Tapi tak lama lepas tu, covid pulak merebak dan terpaksa batalkan cadangan tu. Cuma Ayong nak cerita, Ul-Haq ni sempat bertapak kat Nilai ni lebih kurang 3 bulan sebelum bertukar ke tapak lain pulak. Ramai jugak yang datang, maklum la percuma. Selesai je rawatan ada juga yang datang jumpa ustaz untuk pertanyaan dan lebih pencerahan mengenai rawatan diorang.
Pada awalnya, kitorang pergi sebab nak bawak abah berubat. Sampai je sana, mak pun berminat dan semua yang datang diberi rawatan percuma. Sesi rawatan ni dibuat pada waktu malam tapi bukan di tempat tertutup. Bermakna yang perempuan tak perlu risau. Kawasan lelaki perempuan memang asing la. Nak dijadikan cerita, selalunya ustaz rawat Ayong macam biasa je. Tapi ada satu malam tu ustaz macam lama sikit kat Ayong. Setelah beberapa malam macam tu, Ayong pun tergerak untuk jumpa ustaz di akhir sesi untuk cerita apa yang Ayong lalui selama ni. Tentang Agnostik dan gangguan yang lain.
Esok malamnya, memang lama la ustaz rawat Ayong. Cara rawatan ni sama macam rawatan yang Neelofa buat dengan Ustaz Harun Din. Cuma bezanya, ustaz Ul-Haq ni sentuh bahagian kepala Ayong. Ustaz ada pesan supaya jumpa dengan dia di akhir sesi. Ustaz pesan supaya bawak beberapa biji limau nipis keesokkan hari. Esoknya, ustaz bacakan ayat pada limau nipis tu dan suruh mandi dengan cara yang ustaz ajar. Lepas beberapa hari ustaz ada tanya keadaan lepas mandi limau nipis tu. Ayong memang dapat rasa ada sesuatu yang mencucuk dari dalam tapi tak kuat. Ustaz pun teruskan rawatan lagi macam biasa.