Wednesday 30 November 2016

Tanggapan Yang Cetek


Post kali ini ialah tentang pandangan orang hanya pada luaran. Kepada yang ingin meninggalkan sebarang komen mengenai post ini, saya harap dapat membaca post ini sehingga habis. Bukan apa, saya perasan pada komen-komen sebelumnya. Ada yang tak faham dan seolah-olah baca tajuk sahaja. Sedangkan lari dari apa yang ditulis. Melainkan komen mengenai post2 di blog kita atau memang sengaja nak tinggalkan jejak itu dikira lainlah. Tapi yang komen macam ada kaitan dengan tajuk, tapi lari dengan isi ini yang saya tekankan. Jika kita tidak mengetahui sesuatu cerita itu sehingga habis, mengapa harus keluarkan komen? Fikirkan-fikirkan. Berbalik semula pada apa yang ingin disampaikan pada post kali ini.

Alkisah pada zaman dahulu ada seorang wanita tua yang menerima surat tetapi beliau tidak tahu membaca. Bagi perempuan tua ini ciri-ciri golongan yang tahu membaca adalah golongan orang-orang yang berserban. Lalu ketika sedang mendapatkan pertolongan, wanita tua ini kemudian mendekati Abu Nawas untuk minta dibacakan suratnya. Kebetulan juga Abu Nawas ni bukanlah seorang yang tahu membaca. Lalu dia bertanya kepada perempuan tua itu, apa yang membuatkan beliau berfikir yang dia boleh membaca? Lalu wanita tua itu menjawab,

"Sebab Abu Nawas pakai serban."

Abu Nawas berfikir panjang. Kemudian dia seekor unta lalu di situ lalu dia pun mendekati unta tersebut dan memakai kepada unta tersebut serban miliknya. Kemudian dengan tidak semena-mena dia memberitahu kepada wanita tua tersebut,

"Pergilah tanya kepada unta yang berserban itu."

Pengajaran daripada kisah ini ialah jangan sekali-kali kita menilai seseorang itu melalui pakaiannya. Dia mungkin baru belajar menutup aurat. Atau baru mula nak berhijrah. Baru nak membaiki diri. Salah ke kalau dia berpakaian lengkap menutup aurat? Dan adakalanya berniqab. Memang niqab itu tidak wajib tetapi jika itu yang mampu mendekatkan dan membantu dirinya untuk ke arah yang lebih baik apa salahnya kita sokong? Terkadang dia berbuat silap, apa salahnya kita bantu? Kerugian apa yang kita terima jika kita sama-sama saling memperbetulkan? Kita ada dua pilihan, menegur atau menghina, tapi kebanyakkan dari kita lebih memilih untuk menghina. Mungkin tidak secara terus, tetapi sekadar di dalam hati. "harap jer pakai niqab...tapi..." Kenapa kita selalu menuntut orang lain tunjukkan contoh yang baik. Sedangkan kita? Bagaimana dengan kita sendiri? Saya pasti dialog di bawah pasti tidak asing lagi seringkali kita dengar. Atau mungkin kita sendiri yang selalu membangkit dialog di bawah.

"Kau ni pakai tudung, tunjuk la contoh yang elok sikit. Jangan la tunjuk sikap yang tak baik."
"Kau ni belajar harap jer sekolah agama, tapi perangai macam @#&*!"
"Kau ni emak ayah ustaz/ustazah, tapi perangai tak macam anak ustaz/ustazah."

Dan bermacam-macam tanggapan lagi. Itu belum termasuk yang bertudung labuh, berniqab dan berserban lagi. Paling sedih bila orang mengata bertudung labuh tapi tak tahu bab agama. Adakah ilmu perlu dikaitkan dengan pakaian? Tidakkah kita mengambil iktibar dari kisah Abu Nawas di atas. Jika orang yang bertudung labuh, berniqab dan berserban itu dianggap mahir dalam segala ilmu maka bukanlah semua oraang yang boleh memakainya. Pasti hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan memakainya. Begitukah yang kita mahukan sebenarnya? Kenapa kita selalu harapkan yang terbaik daripada orang lain sedangkan kita sendiri tak mahu berusaha untuk ke arah itu? Kenapa kita sering menuntut orang lain agar menunjukkan contoh dan teladan yang baik terhadap orang lain? Kenapa tidak kita sendiri yang melakukannya?


sumber google : glosarium


Kita beranggapan mereka yang berpakaian sedemikian harus menunjukkan contoh yang baik. Pernah tak tanya pada diri sendiri? Apa agama kita? Kita ni ikut siapa? Kita meminta orang lain menunjukkan sikap dan teladan yang baik sedangkan kita sendiri? Tika kita mengakui diri sebagai seorang yang beragama, apakah contoh dan teladan yang kita telah tunjukkan pada yang lain? Menutup aurat juga masih tidak sempurna, malah tidak mempunyai pengetahuan terhadapap agama. Tetapi masih merasa bangga dengan kenyataan,

"walaupun aku tak tutup aurat, walaupun aku tidak belajar agama, tapi hati aku baik."

"kenapa aku perlu menutup aurat sedangkan itu bukan aku? aku tak mahu hipokrit."

"orang yang tutup aurat belum tentu baik...aku lebih baik dari mereka."

Tidakkah merasa malu ketika mengeluarkan kenyataan seperti itu? Malah dalam masa yang sama menuntut orang lain menunjukkan contoh yang baik? Lebih parah lagi apabila merasakan diri lebih baik dari mereka yang sedang merangkak menutup aurat. Jika mereka diri sudah baik mengapa tidak menutup aurat sahaja.

Aurat dan akhlak adalah perkara yang berbeza. Tidak boleh disamakan.

Menutup aurat bukan perintah daripada ustaz. Bukan perintah daripada ustazah, bukan perintah daripada ulamak, bukan perintah daripada mak ayah. Tapi perintah daripada Allah. Adakah wajar kita memberikan sebarang alasan untuk menolak kewajipan ini terhadap diri kita? Siapa kita dengan Allah? Allah tak marah jika kita tidak pandai belajar, yang penting kita belajar. Yang penting kita ada usaha. Yang penting kita cuba. Dah orang yang berusaha untuk ke arah kebaikan, meskipun tidak sempurna...dia akan faham perjalanan dalam proses berhijrah. Tak kira dari mana permulaannya. Tujuannya tetap sama. Sekian perkongisan dan pandangan aku kali ini. Moga kita semua diberi hidayah dan dipelihara hati sebaik mungkin.


3 comments:

  1. ohhh seperti itu yah... jdi gimana cara kasih tau kepada mereka yg blum berhijab ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasih tau apa? mengenai tanggapan mereka atau kewajiban berhijab?

      Delete