Friday 30 December 2022

Masalah

Keluar

    Setelah difikir-fikir, Ayong pun terima la tawaran untuk uruskan homestay dengan Wak. Pasal kapten tu Ayong dah lama tak dengar khabar. Kata Wak dia ke Sabah. Buat apa ke Sabah Ayong tak tanya cuma yang Ayong tahu, isteri kedua kapten tu duduk Sabah. Jadi kapten ke Sabah jumpa isteri la kot? Ayong taknak mempengaruhi keputusan dia. Ayong taknak nanti bila Ayong baik dengan dia, nanti dia rasa takde masalah nak lepaskan isteri dia sebab dia ada pengganti. Jadi Ayong senyapkan diri. Apa-apa Ayong cuma berhubung dengan Wak je.

    Satu hari tu Wak kata kapten nak ajak keluar makan. Ayong cakap okay je yang penting Wak kena ada sekali. Ayong suruh Wak bawak isteri dia sekali sebab Ayong dah lama tak jumpa dia. Kitorang naik satu kereta. Kapten bawak vellfire. Masa Ayong bukak pintu belakang Ayong nampak ada perempuan muda duduk kat kerusi belakang. Wak terus cakap ni isteri dia. Allahu, Wak dah ada isteri nombor rupanya. Kapten bawak pergi makan kat Putrajaya. Lepas makan, Wak dengan isteri dia hilang entah dating kat celah mana.

    Selambe badak je tinggalkan Ayong berdua dengan kapten. Kapten ni  asyik cakap pasal bisnes. Suruh Ayong buat tu suruh Ayong buat ni. Asyik tanya Ayong minat apa. Ayong banyak kali cakap Ayong tak minat apa-apa. Ayong cuma suka menulis. Pastu dia suruh Ayong tulis buku pasal tokoh-tokoh ternama. Hadoiii la, dia ni kalau bercakap nak ikut kepala hotak dia je. Patut la isteri nombor 2 tak tahan. Dia memang ada bakat semulajadi untuk mengawal kehidupan pasangan dia. Ayong memang dah mula rimas dah ni.


Tawaran

    Ayong dengan Wak pun berjumpa untuk bincang pasal pengurusan homestay. Pasal kos, keperluan gaji masing-masing dan sebagainya. Kalau ikutkan Ayong dah setuju dah sebelum balik tu. Wak belanja KFC untuk makan situ dan dibawa pulang. Betul-betul takde masalah. Wak bagitau nanti Wak akan usahakan kereta untuk Ayong tapi Ayong taknak cakap pasal tu. Lepas habis bincang Ayong marah Wak pasal kapten. Wak cakap kapten tu dah bercerai dengan isteri dia ni apahal ada 2 isteri pulak. Wak cakap umur kapten 46 tahun tapi kapten cakap 56 tahun.

    Wak cakap betul la kapten tu ada isteri, yang bercerai tu isteri kedua. Memang la yang bercerai tu isteri kedua tapi hari tu Wak cakap lain. Wak cakap dia betul-betul tak ingat apa dia cakap tapi dia cuma nak yang terbaik untuk Ayong. Masa ni Ayong dah nampak Wak cuba untuk tak cari gaduh dengan Ayong. Wak taknak Ayong meradang. Wak pun mintak maaf kalau dia ada tersalah cakap. Wak cakap kapten sekarang kat KL ambik laptop. Ayong faham la tu, dia ambik laptop Ayong. Laptop tu laptop lama cuma dia hantar kedai nak bagi elok sikit.

    Masa ni dah kira penentu dah. Ayong memang dah bayangkan yang Ayong akan mula bekerja uruskan homestay dengan Wak sepenuhnya bermula Mac 2023. Habis je kontrak kerja Ayong sekarang terus Ayong ada kerja baru. Sebenarnya jarak tempat kerja sekarang dengan homestay tu sekitar 5 minit je. Tempat tu memang bersebelahan. Cuma yela, Wak ni dia teruja nak tengok Ayong ada kereta jadi itu jela modal yang dia jual bila nak cakap pasal kerja. Padahal Ayong sikitpun tak heran. Ayong nak beli atas usaha dan titik peluh Ayong sendiri.


Tiberrr

    Esok tu kapten wasap Ayong. Ayong tau dia nak ajak jumpa. Ayong reply lambat-lambat. Dah dia kerap ajak jumpa bosan jugak. Tahu la dia sunyi tapi Ayong ni tak suka diganggu. Sebetulnya Ayong dah tak berminat pasal laptop tu sejak kapten macam nak kawal hal peribadi Ayong. Takde laptop pun takpe la. Petang tu bila Ayong reply dia macam dah takde mood. Esoknya Wak pulak wasap Ayong. Wak tanya ada ke kapten wasap Ayong, selalunya berapa lama Ayong ambik masa untuk reply wasap kapten. Ayong pun bagitau la keadaan sebenar.

    Wak pun mula la dengan ceramah bisnes dia. Dia kata kalau reply lambat nanti pelanggan dah tak berminat. Wak cakap kapten pun persoalkan hal yang sama. Kapten kata boleh ke Ayong uruskan bisnes kalau reply pun lambat. Ohhh okay. Ayong pun jujur jela keadaan sebenar. Ayong cakap sebenarnya Ayong tak selesa bila kapten asyik ajak jumpa. Ayong cakap Ayong tak berminat dengan semua tu. Ayong cuma nak kerja je. Wak pun terima penjelasan Ayong dan mintak Ayong abaikan apa yang dah berlaku.

    Lepas dari hari tu kapten takde wasap Ayong lagi dah. Bila difikirkan balik Ayong rasa sebenarnya tak patut Ayong terima tawaran tu. Ayong kena hadap diorang ni selalu. Ayong bukannya tak pernah koyak dengan Wak. Sekarang ni tiba-tiba nak kena jaga perasaan orang lain pulak. Suami orang pulak tu. Kisah ke Ayong dengan suami orang? Peduli apa dia kaya raya sekalipun. Sekalipun dia bujang tapi kalau asyik nak mintak kita layan kesunyian dia baik tak payah. Banyak lagi benda lain nak dibuat. Jadi Ayong tolak tawaran tu.

Saturday 24 December 2022

Pelawaan

    Kali kedua Wak ajak jumpa sebab katanya nak biasakan Ayong bawak kereta. Masa ni kapten pun ada sekali tapi dia nak ke Langkawi. Jadi Ayong dengan Wak hantar dia pergi airport lepas tu Wak kata kapten suruh tunjukkan tapak projek diorang kat Ayong. Elok-elok taknak keluar berdua tak pasal dah keluar berdua dengan Wak. Mula-mula Wak bawak Ayong tengok tapak homestay diorang kat Kampung Jijan, Nilai. Wak mintak cadangan Ayong kalau ada apa-apa nak tambah pasal homestay tu. Wak kata kapten nak bagi homestay tu kat Wak untuk diuruskan tapi Wak tak pandai pengurusan. Jadi Wak ajak Ayong untuk uruskan homestay tu.

    Lepas tu Wak bawak Ayong tengok tapak projek perumahan kat area Dengkil. Masih dalam pembinaan. Untuk projek ni pun Wak ada tanya kalau-kalau Ayong berminat nak jual beberapa unit rumah tapi awal-awal Ayong tolak. Sekejap je kat Dengkil tu. Ayong ajak balik sebab dah tak selesa. Sampai je Nilai Wak ajak makan Ayong pun okay jela dah orang nak belanja. Wak tanya lagi Ayong suka kereta apa. Wak cakap kalau Ayong setuju je untuk bekerjasama dengan Wak uruskan homestay tu, Wak boleh terus cakap dengan kapten supaya belikan Ayong kereta. Pulak dah Wak ni. Orang nak cakap pasal kerja, dia tak habis-habis pasal kereta.


Kapten

    Ayong cakap benda-benda macam ni kena la fikir dulu. Lepas beberapa hari kapten pulak wasap Ayong ajak jumpa. Dia kata ada benda nak bagi. Ni tak lain tak bukan mesti nak bagi coklat, yela baru balik Langkawi kan. Emm...betul la tu, memang coklat pun. Masa jumpa ni kat kedai makan area rumah je. Ingatkan Wak pun ada la lepak sekali, rupanya Wak tunjuk muka kejap je. Lepas dah duduk berdua tu kapten ajak Ayong pergi KL tengok showroom kereta. Dia cakap honda ada buat showroom kereta baru, jomlah. Boleh shopping-shopping sekali kat sana. Ayong terfikir dia ni kalau kenal dengan perempuan, memang ajar kemewahan ke?

    Disebabkab Ayong tak berminat Ayong tolak la pelawaan dia tu. Kalau nak terima pun terima tawaran kerja je. Nak lebih dari tu tak berminat la. Bukan tak suka duit tapi Ayong lagi suka kalau orang yang Ayong sayang yang belanja semua tu. Esok tu kapten ajak jumpa lagi. Sebab balik kerja perut lapar dan dah tau kat rumah takde makanan, Ayong okay kan je. Hari tu dia luahkan pasal kehidupan dan hubungan dia pulak. Dia macam bagi hint perasaan dia dengan Ayong. Ayong cakap la sape-sape tak kisah yang penting bukan suami orang. Dia tanya kenapa tak boleh suami orang, Ayong cakap sebab dah jadi suami orang la.

    Lepas tu kapten pun cerita la pasal dia. Ternyata Wak ni memang ada jugak menipunya ya. Wak cakap kapten tu umur dia 46, rupanya 56 tahun. Wak cakap isteri dah bercerai. Ya betul la tu. Masalahnya yang bercerai tu isteri nombor 2! Isteri nombor 1 elok je sihat lagi kat kampung tu. Cuma isteri yang kedua ni dah bercerai 2x. Sekarang masih lagi isteri kapten dan tengah dalam ura-ura nak ke talak 3. Isteri kedua ni umurnya baru 36 tahun. Staff kat syarikat dia. Ohh...bos kahwin dengan staff rupanya. Mengikut dari cerita kapten, isterinya tu boros berbelanja. Ahhh, mesti kapten jugak yang ajar tu.

    Haihhh...serabut jugak ye. Kaya berharta pun kena tinggal? Kapten ada tunjuk wasap isteri kedua dia mintak dilepaskan dan kapten tengah tahan diri sebab kali ni kalau dia lepaskan bermakna dia dah takde peluang nak rujuk balik dengan isterinya tu. Kapten mintak pendapat Ayong sebagai seorang perempuan tapi Ayong takde idea. Ayong cuma dapat rasa yang perempuan tu nak kebebesan. Sebab masa Ayong lepak dengan kapten Ayong ada nampak sikap suka mengawal dia tu. Masa tu hujan baru turun renyai tapi Ayong dah biasa redah. Kapten tak bagi balik. Dia cakap kalau isteri saya ni, saya tak bagi bawak motor.

Sunday 18 December 2022

Jawapan Istikharah

    Penat la kan asyik kenal dengan orang baru. Nak kena mulakan balik apa yang kita dah tamatkan dengan orang lain. Tapi dalam hal ni, Ayong tak tamatkan hubungan dengan hamba Allah tu. Dia ada je dengan Ayong cuma sikap dia tu yang buat Ayong tak yakin dengan dia. Sibuk takde masalah. Tapi yela, asyik hilang tak bagitau pastu tak dapat nak jejak. Orang lain pun kahwin jugak tapi takde la sampai hilang dari radar macam dia tu. Kalau bujang, jangan buat orang fikir bukan-bukan. Bukan Ayong tak kawal fikiran ni tapi masa lalu yang buat Ayong terlebih berhati-hati. Dia bukannya tak tahu, dia tahu.

    Disebabkan dia ni jenis suka hilang dari radar dan hubungan tu pulak kadang baik kadang tak jadi Ayong dah mula untuk tak letakkan harapan dalam hubungan ni. Masa ni Ayong dah malas nak cari orang lain. Dah malas nak mulakan balik. Walaupun Wak suruh kawan dengan kapten yang dah ada depan mata tu pun tetap je Ayong malas. Nak cakap pasal lain okay je, pasal hati dan perasaan memang tidak la. Jadi untuk hubungan seterusnya Ayong cuma teruskan apa yang ada je. Tapi Ayong ada tetapkan matlamat jugak. Kalau sampai hujung tahun ni hubungan tu masih sama je Ayong dah nekad nak lepaskan je hubungan ni walaupun takde orang lain.

Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli

    Selama ni Ayong buat istikharah tapi tak dapat jawapan. Kadang Ayong tertanya-tanya, apa sebenarnya petunjuk tu. Mungkin Allah dah bagi tapi Ayong tak nampak. Puas la Ayong godek ceramah agama pasal istikharah kat youtube tu. Akhirnya jumpa la satu video ni ceramah daripada ustaz Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli. Ustaz cakap, ada orang buat istikharah tapi rasa macam biasa je macam takde apa-apa petunjuk. Ustaz kata kalau macam tu teruskan. Kadang-kadang petunjuk ni kat depan. Ada orang terus jadi. Dia buat istikharah tapi takda apa-apa petunjuk, dia teruskan masuk meminang dan hubungan tu terus sampai kahwin.

    Jadi tahu la Ayong itu jawapannya. Ayong cuma perlu teruskan je dengan hamba Allah yang dah kantoi menipu ni, yang selalu hilang dari radar ni, yang selalu tanya tak berjawab dan selalu macam-macam la. Ya, teruskan sebab itulah petunjuknya. Untuk pujuk hati sendiri Ayong pun fikir la mungkin dia ada sebab munasabah kenapa dia buat macam tu tapi tetap je takde orang yang suka diri dia kena tipu. Jadi sekarang ni, Ayong teruskan dengan dia dan berhenti cari orang lain. Tapi nekad tetap nekad la kan. Kalau banyak makan hati je dengan penipuan dia macam mana nak bertahan. Kita tengok sampai hujung tahun ni macam mana.

Monday 12 December 2022

Berjumpa

    Lepas 2 minggu akhirnya Ayong jumpa la dengan pemilik laptop tu. Jumpa kat As-Salam je tapi yang ada aircond la. Mula-mula jumpa tu dia baru balik dari Langkawi sebab ada projek kat sana. Orang panggil dia Kapten je sebab dulu dia Kapten jadi gelaran tu melekat sampai sekarang. Pertama kali jumpa sembang santai je. Itulah kali pertama Ayong jumpa Wak lepas sekian lama tak jumpa. Gaya memang dah berubah Wak ni. Patut la nak kahwin sangat. Kapten tanya la nak buat apa dengan laptop tu, Ayong cakap la nak menulis. Oo...pastu mesti la dia tanya nak tulis apa, buku ke? InshaAllah tengah fikirkan.

    Pastu sembang seterusnya level bisnes. Dia tanya Ayong minat bisnes tak. Kapten tanya Ayong paling suka bisnes apa. Kapten cakap dia tengah nak cari orang untuk uruskan homestay dia. Kapten pun bercadang nak bukak restoran ala-ala KFC. Setakat ni resepi semua dah ada, modal memang jangan cakap la, bukan masalah besar. Kapten cakap Wak ada bagitau yang Ayong bukan orang yang materialistik dan kapten memang tengah cari orang yang macam tu. Sembang kali pertama ni sebenarnya lebih pada sembang bisnes je. Takde nak sembang pasal nak berkawan ke apa. Wak pun tak banyak bercakap.

    Sebelum balik sempat nak tukar nombor phone dengan kapten. Kapten ada bagi cenderamata dari Langkawi. Belum tengok lagi dah boleh agak dah ni mesti coklat. Masa nak bayar Wak dengan kapten berpecah. Ayong pilih untuk ikut Wak. Ayong tanya la memang kalau keluar makan kapten ke yang bayar. Wak cakap mesti la dah kapten yang berduit buat apa Wak nak keluar duit. Sebelum pergi kat kereta kapten bagitau yang dia nak pergi ke toilet sekejap. Wak pun apa lagi, masa berdua dengan Ayong sempat lagi dia promote kekayaan kawan dia si kapten tu. Macam-macam dicakapnya pasal kapten. Menyempat lagi Wak ni.

    Wak sempat lagi bagitau Ayong dia suruh Ayong terima tawaran kapten tu. Wak bagitau kapten orang yang berpengaruh. Banyak peluang boleh dapat dengan dia. Boleh belajar perkara baru jugak. Wak cakap kapten ni baik orangnya suka tolong orang. Ayong boleh kerja dengan dia pastu nanti kapten boleh belikan kereta. Wak suruh mintak kereta yang bagus-bagus. Pulakkk...Wak ni baru je kapten bagitau Ayong bukan materialistik. Wak cakap nanti Wak la yang tolong ejaskan pasal kereta tu. Ayong duduk je diam-diam. Wak suruh Ayong fikir dulu masak-masak nanti Wak nak tau keputusan.

Tuesday 6 December 2022

Laptop

     Baru-baru ni ada kawan lama dalam RELA yang tanya khabar Ayong. Katanya dia banyak projek sekarang. Dia ni memang berusia la orangnya. Ayong panggil dia Wak, biasa la orang jawa. Wak tanya Ayong ada tak kawan-kawan Ayong yang nak kerja atau Ayong nak tak kerja dengan dia. Wak ada bagitau kalau Ayong sanggup berhenti kerja untuk kerja dengan dengan dia, nanti dia belikan kereta. Wak cakap dia nak bukak restauran makanan segera ala-ala KFC tu. Ayong pelik jugak betul ke kawan aku ni. Tak lama lepas tu Wak luahkan keinginan dia nak beristeri lagi satu, dia mintak Ayong carikan dia nombor 2. Hellooo? Ayong sendiri pun belum kahwin, nak fikirkan jodoh orang? Nombor 2 pulak tu, terus malas nak layan dia.

         **************************************************

    Beberapa bulan kerja pejabat Ayong dah mula selesa flow bekerja. Kadang sibuk kadang tak sibuk. Bila ada kerja, sibuk tu melampau sampai nak tengok phone pun tak sempat. Kadang tu bila takde kerja, sampai tak tahu nak buat apa. Ayong memang dah biasa bekerja sebelum ni. Dah biasa bila takde kerja tu, cari la apa-apa pasal kerja yang boleh dibuat. Susun fail ke, kemas-kemas ke. Kemaskini apa-apa yang patut ke. Setiap hari-hari yang takde kerja ada je perkara untuk Ayong buat-buat sibuk sampai satu tahap tu Ayong betul-betul dah takde kerja. Jadi Ayong pun terpanggil la untuk bukak semula blog yang dah bersawang ni dan mula menulis kembali. Ayong ni sejenis yang bila dah mula menulis memang susah nak berhenti.

    Lepas satu ayat, mesti nak sambung lagi. Lepas habis satu entri, meronta-ronta nak sambung tulis entri. Tapi kat rumah takde komputer atau laptop pulak. Jadi macam mana nak dapatkan komputer atau laptop untuk diri sendiri kat rumah ni? Menulis ni seronok. Untung-untung boleh buat buku, buat duit. Idea dah ada, cuma nak kembangkan je. Bukannya nak tulis pasal diri sendiri je. Pasal lain yang bermanfaat pun banyak yang boleh ditulis. Tiba-tiba Ayong teringat kat Wak yang banyak sangat projek tu. Dia pernah kata nak belikan Ayong kereta. Tapi Ayong taknak kereta, mungkin dia boleh tolong Ayong dapatkan laptop? Ayong pun cuba hubungi dia semula. Dengan harapan boleh dapatkan sebuah laptop.

****************************************************

    Seperti yang dijangka, Wak okay je bila Ayong cari. Cuma mula-mula tu jela dia ungkit berkali-kali sebab Ayong taknak tolong dia carikan isteri nombor 2. Pastu Ayong terus potong cakap Ayong sendiri belum kahwin buat apa nak sibuk jodoh orang lain, malas nak dengar. Ayong cuma tanya laptop terpakai. Wak cakap nanti usahakan laptop tu. Pastu Wak ni dia suka jaga tepi kain orang jugak. Dia cakap dia ada kawan lelaki nak kenalkan kat Ayong. Ayong cakap Ayong serabut banyak benda nak fikir, malas nak fikir pasal tu. Wak ni mula-mula dia okay la lama-lama dia busy body. Wak asyik cakap nak jumpa nak bincang pasal bisnes. Ayong berkeras taknak jumpa berdua. Kalau nak jumpa Wak kena la bawak isteri dia sekali.


Mental Koyak

    Lepas beberapa hari Wak call Ayong balik dia kata dia dah dapat dah laptop tu. Ayong tanya harga laptop tu berapa sebab Ayong nak bayar. Wak cakap tak payah bayar ambik free je tapi tuan punya laptop tu nak jumpa Ayong. Ayong kata nak jumpa boleh je ambik budi bahasa tapi taknak la jumpa sorang. Nak Wak pun ada sekali. Wak pun okay je. Tapi Wak ni bila mula busybody dia memang merimaskan. Habis hal peribadi orang dia nak masuk campur. Wak cakap masa dia tanya kawan dia pasal laptop tu kawan dia ada la tanya-tanya sape tu yang nak laptop perempuan ke. Wak jujur jela perempuan. Wak cakap boleh tak kenal dengan kawan dia tu. Haalaamaak...ni yang malas ni. Ayong nak cancel je laptop tu tapi Wak tak bagi.

    Wak cakap dengar cakap dia. Wak lebih kenal kawan Wak tu. Ayong cakap kalau nak laptop tu kena kawan, baik tak payah. Ayong cuma tanya laptop terpakai je, taknak serabut kepala. Wak cakap takpe, jumpa je dulu. Lagipun kawan dia ni baik dan berduit. Apa je dia takde. Semua dia ada. Ayong cakap la semua ada ya, mesti isteri pun ada kan. Wak cakap dulu ada, sekarang takde. Anak-anak dah besar. Ayong tambah lagi mesti dah tua kan. Wak cakap baru 46 tahun. Ayong dah mula rimas ni. Kang dah jumpa dia tersuka tapi Ayong tak suka macam mana, kan dah jadi masalah. Wak cakap takpe kawan je dulu, Wak lelaki Wak faham hati lelaki. Lagipun kawan dia dah pernah bercerai mesti dia tau nak uruskan hal-hal perasaan ni.

    Terus-terang la, Ayong memang bantah gila-gila hal ni. Ayong tak suka orang masuk campur dan sibuk-sibuk nak uruskan hal peribadi Ayong lebih-lebih lagi soal jodoh. Ayong mengamuk teruk dengan Wak hari tu. Wak tetap berkeras nak pertahankan pendirian dia nak suruh Ayong kawan dengan pilihan dia. Dia cakap kawan dia ada segala-galanya. Kalau Ayong kahwin dengan kawan dia Ayong dijamin boleh hidup senang. Wak siap promote kawan dia ada rumah besar, kereta dekat 10 bijik. Bisnes maju dan selalu tolong orang. Wak cakap Ayong kawan dia, lelaki tu pun kawan dia. Mesti la dia nak kenalkan dengan orang yang baik-baik untuk kawan dia. Serius la mental Ayong dah koyak. Seminggu lebih fikiran Ayong terganggu pasal hal ni je.

Wednesday 30 November 2022

Discaj Dari Penyakit

    Macam biasa, beberapa bulan sekali Ayong kena jumpa doktor untuk pantau kesihatan mental Ayong. Hari tu Ayong pergi ke klinik macam biasa untuk datang temujanji dengan doktor. Selalunya doktor yang pantau Ayong tu doktor lelaki. Tapi hari tu dia takde pulak. Ayong kena jumpa doktor perempuan. Doktor tu tanya sikit-sikit je. Ayong memang la dah okay tapi kesihatan mental ni kadang-kadang kita tak boleh kawal. Memandangkan doktor nampak Ayong dah pulih, dia pun discajkan Ayong. Lepas ni Ayong dah tak perlu jumpa doktor lagi.

    Ayong macam tak yakin pulak bila doktor nak discajkan Ayong. Sebab doktor tanya pun santai-santai je sedangkan Ayong ada masa-masa trigger Ayong. Kalau dah discaj nanti susah dah nak jumpa doktor pakar. Ayong takde tempat nak luahkan isi hati. Ayong cuma ada doktor je faham Ayong. Orang lain sorang pun takde yang faham. Dia suruh kita luahkan, pastu alih-alih kita yang serabut sebab kena tadah telinga dengar cerita dia. Ayong taknak macam tu. Ayong nak doktor yang biasa Ayong jumpa tu.

    Tolong la jangan kata luah jela kat Allah sebab Dia Maha Mendengar. Ya, ya, ya tahu Allah Maha Mendengar. Tapi nak manusia. Manusia ni dia kurang kemahiran mendengar. Sepatutnya masa orang luahkan masalah, kena la diam. Tapi dia sibuk nak cerita pengalaman dia kononnya apa yang dia lalui lagi teruk dari orang lain. Ayong betul-betul tak yakin bila doktor perempuan tu nak discajkan Ayong. Jadi Ayong pun cerita la masalah lain supaya Ayong masih boleh jumpa doktor lagi. Nasib baik doktor pun okay je cuma lepas ni Ayong akan kerap berjumpa dia la.

Thursday 24 November 2022

Berulang Lagi

    Satu perkara yang selalu berulang dalam hubungan ni ialah dia selalu berahsia! Bila tak tanya dikatanya Ayong tak ambik tahu. Bila tanya tak dijawab pulak. Apa yang dia nak pun Ayong tak tahu. Dalam bulan puasa hari tu dia kata ada breakdown kat Ipoh jadi dia agak sibuk. Ayong memang tak kacau la kalau pasal kerja ni. Seminggu sekali je Ayong wasap dia tu pun dia mengharap dia reply pun. Minggu terakhir sebelum raya tiba-tiba dia nak call, ajak bergayut malam-malam. Dia kata kerja dah nak habis kalau dapat siap awal boleh la balik.

    Sebenarnya dia ni ada sejenis sikap yang sebelum dia nak menghilang, dia akan bagi perhatian kat Ayong dulu. Ayong dah boleh agak. Minggu depan raya mesti dia hilang terus dari radar tak dapat dikesan. Emm...betul la tu. Memang dia hilang pun raya hari tu. Entah-entah memang betul suami orang kot. Pergi kerja kat bandar, isteri tinggal kat kampung. Sebab tu asal balik kampung je senyap. Alasan baru nak berkumpul adik-beradik. Orang lain pun ada kampung jugak tapi tak la macam dia tu. Maksud Ayong, dia hilangkan diri terus selama kat kampung.

Omi Premium Kali Ketiga

    Lepas raya Ayong dah tak nak tunggu. Terus cari orang lain. Bukan hati ni rapuh tapi takde penjelasan. Dah orang tu pulak kuat berahsia. Lepas tu kuat menipu. Ahhh lantak dia la, biar la dia dengan hidup dia. Bila bosan, cari. Bila tak perlu, tinggal. Nak hilang terus, silakan! Kali ni omi premium kali ketiga ada hasil. Ada la kenal dengan sorang mamat Kedah ni, kerja kat Shah Alam. Dia kata nak tamatkan zaman bujang dalam tahun tu (2022) atau tahun depan (2023) tapi hubungan kitorang bertahan beberapa bulan je. Dah bukan jodoh.

    Dia ni boleh tahan sibuk jugak kerja dia. Mungkin itu salah satu sebab hubungan tu bertahan selama beberapa bulan. Cuma satu je, idea nak berborak tu kurang. Mungkin dia pun pendiam macam Ayong jugak. Jadi sebab tu jugak la hubungan tu tak bertahan. Terputus macam tu je. Lepas tu macam biasa la. Ayong masih lagi ada hubungan dengan orang yan sama. Tapi Ayong dah nekad, tahun tu (2022) je Ayong cuba pertahankan hubungan tu. Kalau dah masuk tahun depan kekeliruan dan persoalan ni masih takde jawapan, Ayong angkat kaki. 

Friday 18 November 2022

Tukar Kerja

    Tak lama lagi Ayong dah nak tukar kerja. Punya la berfikir nak cari kerja lain, tup tup bomba bukak jawatan kosong secara kontrak. Takpe la kontrak pun, untuk timba pengalaman setahun dua apa salahnya kan. Walaupun gaji tak besar macam RELA, tapi waktu bekerja tak lama. Cuti pun selain hujung minggu dapat jugak cuti mengikut cuti umum yang ditetapkan. Banyak aktiviti boleh dibuat. Lagipun Ayong dah biasa kerja kat situ. Kadang-kadang hujung minggu buat la jugak partime dengan RELA tapi mula-mula jela, pastu takde dah. Ayong masih lagi anggota RELA cuma tak terlibat dengan tugasan tetap. Ayong masih lagi bekerja di tempat yang sama, cuma kerjanya saja yang berbeza. Pegawai pun dah kenal.


Lulus Lesen Motor

    Sebulan sebelum berhenti, Ayong kerja partime je dengan RELA. Waktu terluang Ayong pergi akademi memandu buat latihan motor. Kali ni Ayong nekad Ayong nak lulus. Memang rajin jugak Ayong pergi. Lepas daftar untuk ujian Ayong teruskan kelas macam biasa. Sebelum tarikh ujian, Ayong datang dulu tengok hari ujian motor dijalankan. Nak merasakan suasana buat hilangkan gementar. Cikgu nampak Ayong, dia ajak Ayong duduk sekali. Makan kerepek sama-sama sementera budak lain tengah menggigil. Nanti sampai masanya Ayong pulak yang menggigil. Tarikh ujian Ayong kalau tak silap lagi seminggu atau 2 minggu lupa dah Ayong. Kali ni Ayong tak tahu nak rasa apa. Ayong cuma nak habiskan apa yang AYong dah mulakan.

    Sampai la hari yang ditunggu-tunggu. Kali ni Ayong cuba la buat yang terbaik tapi Ayong buang sikit perasaan Ayong. Supaya takde gementar dan takde perasaan terlebih yakin. Sebab masa kali kedua ujian dulu Ayong yakin betul boleh lulus sebab Ayong takde masalah dalam latihan. Bila gagal Ayong kecewa jadi untuk kali ni biar la Ayong tinggalkan separuh perasaan tu kat luar ujian. Sampai je kat titi Ayong naik tau-tau dah sampai hujung...eh? Pastu bila buat kon pun tau-tau dah sampai hujung. Airmata Ayong dah bergenang ni. Terharu. Satu demi satu Ayong lepas akhirnya sampai la habis Ayong buat ujian tu takde masalah. Akhirnya lepas sekian lama terbengkalai, Ayong lulus jugak akhirnya. Alhamdulillah.


Weekend Hiking

    Selain pergi kelas latihan motor, setiap kali hujung minggu Ayong selalu jugak pergi hiking kat Bukit Melati, Nilai. Memang cadangannya lepas dah tukar kerja baru nanti Ayong nak rajinkan diri pergi hiking setiap kali cuti hujung minggu. Taknak dah mereput kat rumah takde buat apa. Lagipun Ayong ada masalah semput dan stamina pulak tak kuat. Nak buat apa pun mesti cepat penat. Pastu nafas pulak berbunyi. Jadi kena ubah gaya hidup. Tak dapat buat banyak, buat sikit pun jadi la. Yang penting jangan tinggalkan terus. Ayong sebenarnya suka aktiviti lasak tapi kat Nilai takde aktiviti lasak yang boleh dibuat. Nasib baik kat Nilai ada bukit rekreasi macam Bukit Melati tu, boleh jugak beriadah kat situ.

    Keadaan kat Bukit Melati ni biasanya full house. Disebabkan keadaan kat sana sentiasa penuh dengan manusia yang nak sihat dan aktif beraktiviti, jadi tak perlu risau kalau takde kawan. Datang je sorang. Biasanya memang Ayong sorang la. Ayong memang tak kuasa nak ajak kawan memandangkan Ayong sejenis yang lemah staminan. Bukan apa, takut menyusahkan orang nak tunggu kita yang lembab ni. Sebenarnya pernah je pergi dengan kawan, tapi bila dengan dia Ayong jadi terlebih penat. Sebab speed dia laju dari Ayong. Dia memang kata dia tak kuat tapi nak banding dengan dia, dia kuat. Lagi satu dia suka berborak masa naik bukit. Mana la Ayong nak layan dia lagi, nak ambik nafas lagi. Penat wooooo... baik pergi sorang je.






Saturday 12 November 2022

Hilang Arah

Handphone Dia Rosak

    Ada satu hari di bulan Januari tu dia kata handphone dia masalah tapi tak tahu apa sebabnya. Ayong tanya la masalah yang macam mana tu tapi sama la dia tak bagitau. Memang la dia ni sejenis yang susah nak jawab bila orang tanya. Korang faham kan apa Ayong tulis? Dia tak bagitau masalah tu apa. Dia cuma cakap handphone ni problem kenapa ntah. Haa lebih kurang camtu la bunyinya. Pastu wasap-wasap tak direplynya. Nak call kang dia sibuk pulak. Lepas beberapa hari pun sama je masih senyap. Ini boleh mendatangkan hangin.

    Jenis Ayong takkan call banyak kali kalau orang tak angkat. Orang call, tak angkat sudahlah. Tapi hangin dah sampai. Esok tu Ayong cuti, ada hal nak dibuat. Pagi tu Ayong pergi bekam. Lepas habis bekam Ayong pergi akademi memandu selesaikan pasal lesen motor. Sampai bila nak terbengkalai kan. Selesai je kat akademi tu terus Ayong bawak motor masuk lebuhraya PLUS laluan ke Kuala Lumpur. Ayong tak tahu apa dalam fikiran Ayong masa tu. Gila ke aku ni? Sampai KL Ayong tak tahu jalan. Jadi Ayong park motor kat stesyen LRT dan ambik train.

    Sebenarnya atas motor tadi Ayong dah terfikir dah kenapa pulak Ayong nak pergi KL ni. Bukannya dia nak jumpa pun. Mesti dia sibuk kerja. Bila dah duk dalam train terus Ayong teringat larhhh akak Ayong kan duk sana, pergi jela rumah dia. Tapi Ayong takde nombor akak macam mana nak bagitau dia. Terus teringat ada anak buah aktif kat SosMed, mintak la nombor akak kat dia. Tak sia-sia pergi KL hari tu, dapat jumpa akak. Sebelum pergi rumah akak Ayong pergi rumah kawan dulu tapi sekejap jela. Selesai je semua akak jemput kat rumah kawan.

    Selesai je makan rumah akak Ayong terus baring buat macam rumah sendiri. Ayong call la dia bagitau Ayong kat sini. Macam biasa la dia kata nak jumpa tapi tak jumpa pun. Mak dengan ayah tiri akak ada ajak tidur rumah dia. Rumah cuma dia berdua je. Akak dah kahwin mesti la duduk rumah lain. Dia suruh Ayong duk tingkat atas, pakai je baju-baju akak mesti boleh punya. Silap-silap esok akak hantar balik. Ayong okay je nak bermalam kat sana, tapi masalahnya motor Ayong tengah park kat stesyen LRT jadi nak taknak kena la balik hari tu jugak.


Sesat Jalan KL

    Ayong balik agak lewat petang jugak. Petang tu jalan jem. Naik train LRT nak pergi kat motor Ayong. Sampai je kat motor lebih kurang jam 8 malam. Hari memang dah gelap. Ayong dah la tak biasa laluan KL. Selalu datang KL naik pengangkutan awam je. Jalan gelap pulak tu tak nampak. Ayong tawakal je. Ikut gerak hati kot-kot pernah lalu jalan tu. Jalan punya jalan akhirnya sampai la laluan yang Ayong biasa lalu. Pelan-pelan je ikut takut terlepas simpang. Dalam kepala Ayong cuma satu, nak masuk lebuhraya PLUS.

    Kalau Ayong dah masuk lebuhraya PLUS tu Ayong dah dikira selamat. Sebab Ayong dah biasa ikut laluan tu. Dah takde masalah nak cari jalan. Tinggal nak berhati-hati di jalanraya je. Tapi sampai ke simpang yang terakhir untuk masuk ke lebuhraya, Ayong tersilap simpang. Entah mana-mana Ayong pergi. Adoiiiii, Ayong masuk balik jalan Ayong park motor tadi. Ayong cuba cari balik jalan yang Ayong lalu tadi entah kenapa tak jumpa jalan. Mungkin sebab Ayong panik kot masa tu. Takut lambat sebab hari dah jauh malam. Nanti dari sibuk terus lengang.

    Makin lama makin tak kenal dengan jalan yang Ayong lalu. Rasa macam makin lama makin jauh, jauh, jauh entah ke mana. Ayong ikut je papan tanda kat jalan. Cuba cari laluan ke Johor Bahru, itu je dalam kepala Ayong. Ikut punya ikut akhirnya laluan tu bawak masuk ke lebuhraya LEKAS. Woiiiii, LEKAS mana ada kereta malam-malam ni! Tapi sebab nak balik jugak dan dah tak tahu nak ikut jalan mana lagi, Ayong hentam jela yang penting sampai rumah. Sepanjang perjalanan yang sunyi dan gelap tu Ayong cuba berfikiran positif taknak bagi bulu roma naik.

    Lebih kurang sejam jugak la baru nampak simpang ke Pajam. Allah je tahu perasaan masa tu. Sampai ke jalan keluar Pajam tu Ayong rasa macam nak melompat terus terjun dari motor. Syukur tak henti-henti. Ayong memang dah biasa jalan Pajam-Mantin jadi takde masalah kalau takde kereta lalu kat situ. Lagipun rumah orang banyak kat kawasan tu. Tapi nasib baik masa tu jalan Pajam tu masih sibuk dan tak sunyi. Sampai rumah masa tu lebih kurang jam 10 malam. Alhamdulillah, Ayong balik dengan selamat malam tu.

Sunday 6 November 2022

Stalk

    Cerita pasal hamba Allah yang kantoi dengan suara budak kecik tu tiba-tiba muncul dan nampak macam serius. Pernah beberapa kali dia call Ayong tengah malam beberapa jam. Ayong sebenarnya bukan nak melayan suami orang sangat. Tapi sebab tak pasti status dia sebenarnya. Kalau duda okay la kan asalkan bukan suami orang. Cuma dia ni banyak berahsia. Bila ditanya pun jarang nak jawab. Bila tak tanya terasa pulak kata Ayong tak ambik 

    Memandang nampak macam serius balik dengan dia Ayong pun cuba la stalk sedapat yang boleh. Sebenarnya agak susah bila orang jenis berahsia ni. Tapi usaha punya usaha, dapat la jugak hasilnya walaupun tak besar mana. Ayong taknak la cerita pasal tu kat sini. Tapi hasil yang Ayong dapat tu menunjukkan yang takde masalah untuk teruskan hubungan dia dengan dia. Dengan erti kata lain, tidak merampas hak sesiapa. 

    Lagi satu mungkin ada yang persoalkan dia dah tipu banyak benda kenapa masih nak berbaik? Entahlah. Mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa dia buat macam tu. Lagipun Ayong bukannya tak berusaha cari yang lain. Cari punya cari alih-alih baik balik dengan dia kan. Takpe la, Ayong berbaik jela dengan dia dan dalam masa yang sama Ayong cari tahu pasal dia sendiri. Kalau tanya asyik menipu je kan jadi biar kita stalk sendiri dan tengok sejauh mana  boleh pergi.

    Bila hubungan tu tak jujur mesti la serba tak kena kan. Selalu memang banyak bertekak jela dari berbaik. Kejap-kejap Ayong cakap dia tak jujur. Kadang panggil dia penipu. Yang dia ni pulak, cakap Ayong selalu buat andaian. Padahal dia tak tahu banyak hal yang dah kantoi. Masalah bila hati dah sayang ni sakit hati pun bukan senang-senang nak angkat kaki. Tapi apa yang Ayong rasa makin bertekak makin sayang sebenarnya.

Sunday 30 October 2022

Tak Putus Asa

Omi Premium Kali Kedua

    Kata orang, nak jodoh ni kena usaha. Yela, usaha la ni. Usaha mencari. Ayong aktifkan balik omi premium dan bayar selama sebulan. Sebenarnya omi premium ni ada 3 pilihan. Sama ada nak sebulan, 3 bulan, atau setahun. Ayong sengaja ambik sebulan je. Sebab jaga niat. Kalau boleh taknak kenal ramai-ramai. Niat nak cari jodoh, bukan nak main-main. Ayong serius ni. Kenal punya kenal, takde hasil langsung. Semuanya mesej seketul-seketul. Seketul ditanya, seketul dijawab. Dia yang swipe pilih kita, tapi kita yang beria. Mesej sekadar menjawab apa yang kita tanya. Dah dia bukan nak tanya apa-apa pun. Baik tak payah.

    Dalam masa yang sama jugak hamba Allah ni ada text balik Ayong tapi tak selalu. Hubungan Ayong dengan dia baru je beberapa bulan. Malas nak fikir. Lagipun dia pun selalu sibuk jadi tak ganggu masa Ayong pun. Cuma ada sekali tu dia baru outstation dari Kedah. Dia cakap dia terasa sebab Ayong tak ambik tau pasal dia. Langsung tak ambik berat dan tak cari dia. Larhhh dia ni, selalunya kalau Ayong tanya pun bukannya dia nak jawab. Lagipun, budak kecik yang call hari tu sape? Anak? Kalau bukan anak sepatutnya perkara tu dijelaskan walaupun tak ditanya. Jadi anak la kan. Dah kahwin la. Apahal Ayong nak tunggu pulak kan? Cari jela orang lain.


Random Call

    Tak lama lepas tu omi upgrade boleh buat random call. Random call ni lebih pada nak borak je bukan pada nak cari pasangan. Tapi kalau dah jodoh boleh je berkenalan. Random call ni kita tekan je call nanti omi akan sambungkan pada orang yang tengah buat random call jugak. Bergantung pada apa yang kita setting. Memikirkan yang bayar omi premium hari tu takde hasil, Ayong pun cuba la random call. Ramai yang borak kosong je. Sampai la satu masa tu Ayong kenal dengan lelaki bangsa Cina. Dia muda 7 tahun dari Ayong dan kerja sebagai anggota polis. Yup, dia tunjuk gambar dia dan Ayong pernah video call dengan dia. 

    Nama dia Yong. Lebih kurang Ayong je kan? Haha. Dia suka sangat dengan haiwan macam Ayong jugak. Lagi satu dia suka layan doraemon masa tengah makan dan itupun macam Ayong jugak. Kahkah. Sebenarnya dia dah biasa kawan dengan melayu. Jarang sebenarnya nak jumpa orang Cina yang kerja Polis. Ada tu ada, cuma jarang. Dia ni sweet orangnya. Every morning dia akan call Ayong dan sebelum tidur pun akan call dulu. Hehehe. Tapi macam yang Ayong cakap sebelum ni la, Ayong ni introvert! Jadi Ayong mudah bosan dan penat melayan. Macam mana la nak kahwin kan? Okay Ayong ulang. Sebab tu suka yang sibuk! Faham kan?

    Tapi dia kan polis sepatutnya mesti la tak banyak masa. Ya betul. Masa dia kerja, dia memang tak cari Ayong dan Ayong suka macam tu. Tapi walau macam mana sibuk sekalipun dia tetap akan text dan call Ayong seminit dua setiap hari. Ayong akui dia memang sweet cuma tu la, susah jadi introvert ni. Mungkin salah satu sebab hati Ayong tak melekat dengan dia sebab dia non-muslim. Ayong teruskan la jugak sampai la satu masa hubungan tu terhenti sendiri. Dan dalam masa yang sama masih baik dengan hamba Allah tu. Salah satu sebab Ayong baik dengan dia sebab istikharah yang belum jelas dan takde bukti kukuh dia suami orang.



Monday 24 October 2022

Serabut

Kantoi

    Walaupun rasa macam ada yang tak kena tapi Ayong pilih untuk bersangka baik. Mungkin la sebab Ayong trauma jadi perasaan Ayong je semua tu. Ada satu hari tu dia balik kampung tapi Ayong tak tahu. Kat aplikasi Omi kita boleh tengok lokasi kat profil orang tu secara general jadi tahu la Ayong yang dia balik kampung. Sebab aplikasi tu detect jarak seseorang tu dengan kita. Malam tu Ayong dapat whatsapp call dari dia tapi takde sahutan. Cuma dengar suara budak-budak. Ayong tahu dia dah balik KL. Ayong dengar betul-betul suara tu. Dia ni memang sengaja tekan ke ape. Lepas 7 minit Ayong mati kan call dan cari balik alamat dia. Punya la Allah nak tunjuk. Kawan Ayong kat PJ duduk kat blok yang sama je dengan alamat yang dia bagi.

    Malam tu kawan Ayong pergi tengok rumah dia dan tanya kat jiran-jiran. Esok tu dia mesej Ayong pun macam dah lain. Ayong cakap kenapa balik kampung tak bagitau supaya dia fikir Ayong cuma syak tu suara anak buah dia. Baru la dia mesej macam biasa. Lebih kurang seminggu selepas tu dia tak muncul-muncul. Ayong dah malas nak fikir. Ayong okay je kalau tu anak dia pun. Selagi status dia bukan suami orang takde masalah pun untuk Ayong terima. Masalahnya dia taknak berterus-terang. Ayong malas nak tanya sebab dia banyak menipu. Buat apa tanya kalau jawapannya tak jujur. Lagipun dia sendiri yang pilih untuk rahsiakan hal tu jadi biar la dia sendiri yang bukak cerita. Ayong taknak la paksa sebab tu kan hal peribadi dia.


Orang Lain

    Sebelum ni Ayong ada tukar nombor telefon dengan orang lain jugak kat Omi nama dia Ijal tapi orang tu dah ada girlfriend. Tetibe orang tu cakap dia nak datang Nilai boleh tak nak jumpa. Dia pergi rumah adik perempuan dia dah kahwin duduk area Sepang. Ayong okay je sebab tahu dia bukan suami orang. Dia pun rajin update whatsapp story jadi memang takde rahsia la pasal identiti dia. Dalam minggu yang sama jugak Ayong jumpa Ijal. Tak sampai seminggu dah nampak masalah. Ayong introvert, Ijal pulak clingy. Sikit-sikit nak video call Ayong jadi rimas. Sampai tempat kerja nak call. Ayong balik kerja penat-penat nak bukak tudung dia masih lagi nak video call. Sebelum tidur pun dia call lagi. Haihhh penat la penat.

    Satu malam tu dia call tapi waiting. Lepas kali pertama call waiting dia dah koyak. Dia cakap dia takkan ganggu Ayong lagi. Lepas tu dia call lagi banyak kali. Bertubi-tubi! Ayong masa ni bukan fikir nak matikan talian jelaskan kat dia tapi Ayong dah mula sebal. Tadi dah video call, semalam pun dah video call. Yang nak call berkali-kali apa hal? Ingat Ayong takde life ke 24jam nak kena hadap dia je? Sebab tu Ayong bagitau sebelum ni Ayong lagi suka kalau lelaki tu sibuk. Esok tu dia call lagi bertubi-tubi. Apa masalah dia ni? Fikir la orang kerja ke apa. Nak taip mesej bagitau pun tak sempat sebab asyik call je. Penyudahnya kena buat flight mode semata-mata nak taip whatsapp kat dia. Memang sampai situ jela Ayong kawan dengan dia.

 

Tuesday 18 October 2022

Trauma

      Pelik

    Lepas beberapa bulan kawan dengan hamba Allah kat Omi ni Ayong dah rasa macam ada yang tak kena. Macam ada perkara yang dia sorokkan. Bagi Ayong selagi orang tu belum sah jadi pasangan kita tak perlu la semua benda nak jujur. Tapi kena tahu la nak bezakan mana hal yang kita perlu jujur mana yang tak perlu. Kalau benda-benda basic pun nak menipu apa benda. Tu wajib tau kot. Bukannya orang mintak nama penuh ahli keluarga lengkap alamat tempat siap dengan nombor telefon semua tu. Masalahnya dia ni, gambar kat Omi tu pun gambar tipu. Jujur la sebenarnya masa awal-awal Ayong dapat tau pun memang tak boleh terima.

    Ayong mula tahu semua ni sejak mula berhubung guna nombor telefon. Nombor yang dia pakai tu nombor yang dah lama dia guna sejak dulu. Ayong tak tahu la sama ada dia tak tahu atau dia lupa yang nombor telefon tu boleh detect macam-macam. Ataupun, dia pandang rendah kat Ayong? Mungkin dia rasa Ayong tak mampu buat semua tu? Tapi semua ni baru perasaan je. Ayong cuma rasa dia menipu tapi belum ada bukti. Dia ni lupa Ayong dah banyak kali kena tipu. Tak banyak pun mesti sikit Ayong dapat rasa kelakuan pelik dia. Tapi tu la, Ayong pendam sampai tak sedar Ayong dah pun terima dia. Kalau tak terima tak la sedih kan?


   Jadi Diri Sendiri

    Sebenarnya Ayong masih trauma dengan masa lalu. Ayong takut kenal dengan lelaki dan jatuh cinta. Seboleh-bolehnya Ayong nak menolak perasaan sayang yang melampau ni. Kadang Ayong tak boleg kawal hati ni, tapi Ayong kawal dengan tingkah-laku. Tak pernah lagi Ayong tunjukkan 100% rasa sayang Ayong pada lelaki. Sebab pada Ayong semua tu tak berbaloi. Terlalu banyak kekecewaan yang Ayong dah terima dari lelaki. Tapi Ayong tetap berusaha untuk jodoh. Cuma pengalaman lepas dah mengubah Ayong jadi yang lain. Dulu Ayong elok je boleh bertutur lemah-lembut dengan lelaki. Sekarang lebih suka cakap macam takde perasaan.

    Kalau dulu Ayong dengar je cakap lelaki. Dia tak bagi keluar rumah Ayong dengar je. Nak pergi mana-mana kena bagitau dia dulu. Macam yang Ayong cakap la Ayong ni introvert. Bila setiap hari nak cari tu rasa serabut. Bila tak layan nanti kena marah dan kena tuduh macam-macam pulak. Cakap Ayong ni dah bosan dengan dia la, ada lelaki lain la. Kadang tu sampai stress duk terangkan yang Ayong cuma nak bersendiri tapi dia duk fikir bukan-bukan, jadi ikutkan jela perangai dia tu. Tapi sekarang tak lagi. Ayong lebih suka jadi diri sendiri. Kalau rasa nak mesej atau call hari-hari buat serabut je, tak payah la. Lantak la dia nak fikir apa.


Kenal Suami Orang

    Walau macam mana pun Ayong tetap ada trauma Ayong sendiri. Bila dah cuba nak move-on ada je jumpa dengan orang entah apa-apa. Kebanyakkannya suami orang yang mengaku bujang. Tak mengaku dah kahwin ada anak bini. Diorang ni mulut manis. Yang bodohnya bila isteri terlampau percaya kat suami dan serang perempuan lain. Padahal perempuan tu  pun tak tahu apa-apa. Nak harapkan perempuan luar untuk tahu status suami korang, tapi korang yang sekatil sebantal pun tak kenal perangai suami sendiri. Kalau dah namanya nak test market, takdenya senang-senang nak tunjuk diri tu bujang. Pakai la otak wahai isteri-isteri yang buta.

    Sampai sekarang dengan siapa pun lelaki yang Ayong kenal, mesti dalam fikiran akan cakap dia ni entah-entah suami orang. Saja nak test market. Even dengan hamba Allah yang Ayong kenal kat Omi ni pun, tetap je Ayong ada syak yang dia ni sebenarnya dah kahwin. Semua tu sebab trauma masa lalu. Bukannya Ayong yang nak kenal dengan suami orang. Dah diorang yang datang. Macam yang Ayong bagitau tadi la. Dah namanya test market takkan nak senang-senang nak nampak kan diri tu bujang. Apa yang penting sebagai perempuan pandai-pandai la jaga diri. Suami yang tak sedar diri ni dia lupa yang kifarah tu ada.

Wednesday 12 October 2022

Discaj

    Setelah makan tidur makan tidur kat pusat kuarintin ni, akhirnya cukup jugak 10 hari Ayong dengan mak kat sini. Ramai jugak yang discaj sekali. Ibu saudara sebelah abah yang datang jemput sebab adik lelaki belum potong gelang lagi. Dia kena potong gelang kat klinik kesihatan tapi hari tu cuti jadi terpaksa la dia sambung kuarintin. Pasal abah Ayong dengan yang lain dah tak risau sangat. Ayong pun masih lagi bercuti jadi boleh la rehat-rehat dulu kat rumah. Masa ni la baru boleh merasa makanan. Kalau sebelum ni, deria rasa dan bau Ayong hilang. Badan rasa sejuk je. Lepas beberapa hari kat pusat kuarintin semua dah okay dah.

Abah Discaj

    Baru sehari Ayong dengan mak discaj dari pusat kuarintin, pagi esoknya pihak hospital call abah bagitau abah dah boleh discaj. Aikkk?? Cepatnya boleh keluar hospital?? Macam tak percaya. Pihak hospital kata tempoh tu dikira dari hari pertama dan dah cukup 10 hari. 10 hari kuarintin tu kita semua memang dah sedia maklum. Tapi yang buat macam tak percaya tu bukan masalah tempoh 10 hari tu. Bukan ke hari tu abah macam teruk sangat?? Ni tetibe je boleh discaj?? Adik lelaki pun belum potong gelang. Sape nak pergi ambik ni?? Huhu...tapi disebabkan gembira abah nak keluar, mesti la kita usahakan la jugak untuk bawak abah balik.

    Lepas dah habis fikir, akhirnya Ayong, adik lelaki dengan adik ipar pergi ambik abah. Adik lelaki bukan masalah besar pun dia negatif covid. Cuma masalahnya dia masih pakai gelang pink sebab klinik kesihatan tutup. Nak buat macam mana kan. Kena cuba sorok-sorok sikit gelang pink dia. Kita cuma nak ambik abah dan terus balik rumah. Sampai je hospital, sepatutnya sorang wakil je boleh ambik abah kat wad sebab abah pengguna kerusi roda. Tapi disebabkan ada barang nak bawak, jadi naik la Ayong dengan adik lelaki jemput abah kat wad atas. Masa nampak muka abah kat wad tu perasaan rasa gembira tak terkata, abah dah sihat!

    Masuk je kereta abah nampak macam rindu sangat. Masa ni adik ipar bawak kereta. Abah kan, dia pegang-pegang je kepala adik ipar tu sejak mula-mula dia masuk kereta. Berkali-kali abah buat macam tu. Sebelum ni mana pernah abah buat macam tu kat anak-anak pun. Masa kecik mungkin la pernah tapi mana la nak ingat kan? Selama dah besar ni abah tak pernah buat pun. Yela, 10 hari kat hospital tak nampak muka sorang waris pun datang melawat dia. Abah puji habis kakitangan kat hospital semua baik-baik. Semua jaga dia elok-elok. Sebenarnya lepas apa yang dah berlaku, Ayong dengan yang lain masih terkejut yang abah dah boleh discaj.

    

Thursday 6 October 2022

Pusat Kuarintin

    Tak lama kemudian keputusan swab test pun keluar. Ayong dengan mak disahkan positif covid dan perlu dibawa ke pusat kuarintin. Adik lelaki pulak negatif covid tapi masih perlu kuaritin di rumah. Tempoh kuarintin adalah 10 hari. Dengan berat hati, Ayong dengan mak kemas barang. Berat hati bukan sebab apa, fikirkan keadaan abah sebenarnya. Esok baru ambulance datang untuk ke pusat kuarintin. Malamnya pihak hospital call bagitau keadaan abah. Katanya oksigen abah masih kurang dan keadaan abah masih lemah. Memang keaadaan abah tak seteruk semalam tapi tetap kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.

    Walaupun keadaan abah macam tu, tapi lega la jugak. Esoknya ambulance datang sebelah petang. Banyak kali mak pesan perkara yang sama kat adik lelaki memandangkan dia kena tinggal kuarintin sorang-sorang kat rumah. Risau betul mak. Biasa la tu kan. Adik okay je. Ingatkan jauh sangat, rupanya kuarintin kat Nilai jugak. Ingatkan ambulance lalu jalan ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebab nak ambik pesakit covid yang lain, rupanya sebab nak hantar Ayong dengan mak ke Stadium Tertutup Nilai. Tak sangka la pulak. Maka bermula la episod makan tidur makan tidur selama 10 hari kami kat pusat kuarintin ni.

Video Call Abah

    Dah beberapa hari kami masih lagi tak dapat berita tentang abah. Jadi Ayong buat keputusan untuk telefon saja hospital. Susah jugak nak bercakap dengan pihak hospital. Lepas beberapa kali mencuba akhirnya dapat jugak bercakap dengan staff hospital. Katanya abah dah pindah wad sebab abah dah tak kritikal lagi. Allahu, syukur ya Allah. Esoknya, mak dapat video call dari nombor yang tak dikenali. Bila mak jawab tengok-tengok muka abah yang keluar. Abah nampak stabil. Terus Ayong sambung video call tu dengan semua adik-beradik. Masa ni baru la abah boleh bercakap sikit-sikit. Abah tanya tak datang tengok dia ke kat hospital.

    Tak tahu macam mana nak jawab. Nasib baik staff yang pegang phone tu tolong jawabkan. Tak ingat pulak apa dia cakap sebab tak dengar sangat. Abah cakap orang kat situ semua baik-baik jaga abah. Sebenarnya ni kali kedua staff hospital video call untuk abah. Kali pertama sebelum masuk pusat kuarintin tapi masa tu abah tak boleh bercakap sangat. Abah pun tak boleh lama-lama video call sebab perlu berehat. Bila abah nak cuba bercakap, abah cabut mangkuk oksigen dia jadi sekejap jela dapat tengok abah sebab nak pasang balik oksigen.

Friday 30 September 2022

Abah Perlu Ditidurkan

     Lepas je tengok abah dibawa pergi, kita semua balik dan buat kuarintin kendiri sementara tunggu panggilan untuk swab test. Malamnya pihak hospital call bagitau keadaan abah. Doktor cakap abah dah betul-betul. Oksigen dah betul-betul kurang dan doktor mintak izin kalau apa-apa berlaku boleh tak doktor nak tidurkan abah. Ya Allah, tak semua orang terima perkataan 'ditidurkan'. Ramai yang dah dimomokkan dengan perkataan 'ditidurkan' tu. Memang betul itu hanyalah istilah perubatan supaya orang senang faham. Kami pun faham.

    Ayong dan ahli keluarga yang lain semuanya setuju supaya abah ditidurkan. Tapi doktor cakap apa-apapun doktor akan ikut kehendak pesakit jika pesakit tu masih waras. Sekalipun semua ahli keluarga bersetuju tapi jika pesakit tak setuju, doktor tetap takkan buat. Melainkan kalau pesakit tu tak waras baru doktor akan ikut cakap warisnya. Apapun ini adalah keizinan awal jika apa-apa berlaku. Mengikut kata doktor, keadaan abah memang perlu ditidurkan tapi abah masih nak bertahan. Banyak kali doktor tanya tapi abah tetap dengan pendirian dia.

    Esoknya kami sekeluarga buat swab test secara pandu lalu di klinik kesihatan. Sementara nak tunggu giliran dalam kereta, sekali lagi pihak hospital call. Kata doktor pihak hospital dah tak boleh buat apa-apa. Sepatutnya abah memang perlu 'ditidurkan' malam tadi tapi abah berkeras menolak. Doktor bagitau lagi sekiranya keadaan abah lepas ni ke tahap yang lebih kritikal, doktor dah tak boleh buat apa-apa. Doktor dah tak boleh nak bantu sebab waktu tu apa-apa bantuan dikira terlambat dah boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman abah.

    Allahuakbar! Abah! Tiada lah daya dan upaya kami, melainkan dengan pertolongan-Mu ya Allah. Abah. Otak masa ni dah tak boleh proses dah. Cuma fikir nak abah selamat je. Kami bagitau doktor tak boleh ke kalau ahli keluarga yang buat keputusan untuk abah. Doktor tegaskan tak boleh sebab abah masih waras. Doktor bagitau lagi sebenarnya pihak mereka dan beberapa kali juga tegaskan pada abah supaya 'ditidurkan' tapi abah melarang doktor buat macam tu kat dia. Apa-apa risiko pesakit yang tanggung.

    Akhirnya kami sekeluarga akur dan menghormati keputusan abah. Betul kata doktor, apa-apa berlaku, segala kesengsaraan dan penderitaan yang dilalui abah yang tanggung sendiri dan kami tiada hak untuk memaksa. Ini perjuangan abah. Ayong pernah cerita masa abah kritikal dulu, keadaan yang hampir serupa sewaktu doktor maklumkan keadaan abah. Kami sekeluarga memang dah tahu abah memang takkan setuju dengan semua ni. Sebab tu la waktu tu awal-awal kami menolak sebab kami memang dah tahu pendirian abah. 

Saturday 24 September 2022

Positif Covid-19

    Tahun 2021 adalah tahun di mana orang masih lagi mengambil berat isu covid-19. Masih lagi scan guna aplikasi MySejahtera dan masih lagi diwajibkan pakai face mask. Masa ni kebanyakkan orang dah ramai yang dapatkan vaksin untuk dos 1. Dalam keluarga Ayong semuanya dah lengkap dos 1. Ada sekali tu mak demam, batuk-batuk seminggu. Tak lama kemudian abah pulak batuk-batuk. Abah ada mengadu dia kadang-kadang macam susah nak bernafas. Malam tu kami bawak abah pergi klinik swasta dan doktor bagi ubat.

    Esoknya abah mengadu sakit lagi. Adik bawak abah pergi klinik kesihatan dan doktor sahkan abah positif covid-19. Allahuakbar! Abah dah la termasuk dalam golongan yang berisiko. Masa dapat tahu berita tu Ayong kerja. Ayong ingat lagi, Ayong nangis-nangis bagitau Penyelia pasal abah. Ada sorang anggota beruniform nampak Ayong nangis. Sempat dia pujuk Ayong. Dia baru kehilangan ayah dia beberapa bulan lepas, mungkin dia faham ketakutan Ayong. Lepas berkemas barang cepat-cepat Ayong balik dan pergi klinik tengok abah.

    Sampai je kat klinik terus cari bahagian pesakit covid. Abah kurang oksigen dan keadaan abah lemah sangat. Masa ni abah dah mula cakap merapu. Abah pesan kat adik lelaki supaya jaga keluarga baik-baik bila abah dah takde. Jangan lupa ziarah kubur abah nanti. Ya Allah, abah ni. Lepas beberapa jam ambulance sampai untuk bawak abah ke hospital. Masa ni Allah je tahu. Dah la waris tak boleh jaga untuk pesakit yang positif covid ni. Abah pulak lumpuh separuh badan. Takutnya rasa masa ni macam-macam dalam fikiran.

    Waktu ni mak, adik lelaki, Ayong dengan makcik sebelah abah. Mata masing-masing tengok je dari abah masuk ambulance sampai hilang dari pandangan. Abah dibawa pergi seorang diri dalam keadaan yang sangat lemah. Semua orang macam tak percaya dan betul-betul takut. Abah dah tak pakai handphone lagi sejak dia sakit 3 tahun lepas. Macam mana nak hubungi abah kalau nak cakap dengan abah. Allahu, beratnya rasa hati. Dalam fikiran masing-masing cuma fikir macam mana agaknya keadaan abah kat hospital tu.

Sunday 18 September 2022

Istikharah

    Lepas dah banyak berkenalan sangkut jugak la dengan sorang hamba Allah ni. Dia suruh istikharah Ayong pun takde masalah. Tapi yang ni kira lelaki ketiga la yang Ayong pernah istikharah. Yang lain kawan tu ada, tapi tak pernah istikharah sebab kawan sekejap je. Sebenarnya yang berkawan sampai bertukar nombor telefon tu ada. Tapi diorang pun lebih pada nak berkawan. Ada yang nampak macam serius tapi bila dah bagi nombor telefon tengok-tengok dia update story whatsapp dah ada girlfriend. Haa takpe la, Ayong okay je la tak sakit hati pun. Kan dah sangkut kat seseorang tadi, buat apa nak sangkut ramai-ramai kan.


Pengalaman Istikharah

    Lelaki pertama (2013) masa belajar dulu, lelaki ni Ayong dah sayang baru buat istikahrah. Petunjuknya Ayong ikut kata Ustaz Azhar Idrus. Lepas istikharah bila kita ingat kat orang tu jiwa rasa senang maknanya teruskan je hubungan tu. Tapi kalau sebaliknya, jiwa rasa sempit dan resah gelisah je maksudnya lepaskan la hubungan tu sebab dia bukanlah yang terbaik untuk kita. Tapi kalau nak teruskan jugak hubungan tu lantak mu la...huhuhu kata UAI la. Dan itulah yang Ayong rasa. Setiap hari rasa tak tenang. Ayong teruskan istikharah tetap tak tenang. Sampai la satu masa Ayong buat keputusan untuk lepaskan dia, baru la ketenangan tu datang.

    Lelaki kedua (2014) dengan orang Indonesia. Kali ni petunjuk yang nyata tapi susah Ayong nak gambarkan dengan tulisan. Kalau korang jumpa Ayong depan-depan InshaAllah Ayong akan cerita. Petunjuk tu Ayong dapat masa separuh sedar. Masa tu baru lepas solat dan Ayong tengah ngantuk, dan masa tu la petunjuk tu datang. Tapi Ayong teringat seorang guru pernah kata kalau kita berkawan dengan seseorang dan hidup kita jadi lebih baik maka teruskan. Adik Ayong pernah tegur perubahan Ayong masa tu. Tapi hati ni tetap ragu-ragu. Mungkin ada kebaikan dari petunjuk yang Allah bagi pada Ayong malam tu. Allah jua la yang mengetahuinya.

    Lelaki ketiga (2021) dengan orang yang Ayong kenal kat Omi ni. Ayong buat banyak kali tapi takde jawapan. Setiap hari rasa macam biasa je. Ayong buat lagi tetap sama. Macam takde apa-apa. Rasa macam biasa je. Haihh dah kenapa kan. Nak kata sebab belum jumpa, yang Indonesia tu pun tak pernah jumpa. Nak kata dah sayang, lelaki masa belajar tu lagi teruk Ayong sayang dia. Yang ni belum sayang betul-betul lagi. Cuma selesa tu ada la. Tapi sebelum istikharah lagi dah selesa. Ayong teruskan je dengan dia dan masih buat istikharah sampai sekarang. Lama-lama dari sayang sikit terus sayang banyak. Padahal orangnya pun tak jumpa lagi.


**************************************************


    Disebabkan takde rasa apa-apa, Ayong teruskan jela hubungan tu. Perasaan macam biasa tu macam takde apa-apa petunjuk la. Dalam mimpi takde dalam sedar pun takde. Perasaan tu macam yakin takde ragu pun takde. Haa macam tu la gamaknya. Tapi macam yang Ayong bagitau tadi, Ayong teruskan je hubungan dan istikharah tu. Sebab kadang-kadang petunjuk tu tak semestinya akan datang cepat. Ada juga yang petunjuk tu datang kemudian. Mungkin juga ada hikmahnya kenapa semua tu berlaku. Apa yang penting dalam sesebuah hubungan tu kita kena sentiasa menjaga maruah dan kehormatan diri. 

    Sebenarnya sebelum main Omi lagi Ayong banyak kali terkena dengan suami orang. Kenal dalam sosial media ada, kenal secara berdepan pun ada. Tapi malas la cerita semua. Lepas apa yang Ayong lalui, adalah juga rasa takut kalau terkena lagi. Sebab tu Ayong percaya je dengan istikharah. Selagi tak dapat petunjuk, teruskan. Allah ada sebab kenapa Dia pilih kita untuk ujian ni. Mungkin apa yang Ayong lalui dulu atau sekarang ada kaitan dengan apa yang bakal Ayong hadapi di kemudian hari. Walaupun lepas istikharah tu rasa macam biasa, tipu la kan kalau hubungan tu sentiasa baik je. Normal la mana-mana hubungan pun. Kadang baik kadang tak.

Monday 12 September 2022

Move-On Lagi

    Omi (2021)

    Macam yang Ayong bagitau sebelum ni la, tak hadap pun lelaki tu. Tapi disebabkan hati ni dah mula nak bukak ruang untuk orang lain, Ayong ada la jugak usaha. Orang introvert ni circle tak besar. Nak mintak tolong orang kenalkan pun bukan sekali dua sebenarnya tapi dah beberapa kali. Cuma yang Ayong cerita pasal sebelum ni yang paling ketara la nampak bertepuk sebelah tangannya. Orang tengah je yang beria, calonnya bukan nak kenal sangat pun dengan kita. Takde jodoh takde masalah tapi tu la, terasa macam maruah dan harga diri tu dirobek pulak.

    Lagi satu, bukan nak memilih sangat. Tapi nak cari yang menjaga solat dan aurat tu punya la payah. Bukan takde, ada je dan dah usaha pun. Cuma bukan jodoh. Pilihan dia pun mungkin bukan sorang dan Ayong bukan pilihan dia. Ayong takde masalah kalau baru nak berkawan atau awal-awal berkenalan. Yang jadi terkilan bila dah lama kawan tiba-tiba dia ada orang lain tapi taknak bagitau. Kalau rasa dah ada orang lain, bagitau je awal-awal. Jangan dah nak kahwin baru nak terus-terang. Penyudahnya yang menunggu mereput dengan kesetiaan.

    Okay berbalik pada kenyataan tadi, circle Ayong kecik jadi kena la buat macam cara move-on sebelum ni. Kalau dulu Ayong guna aplikasi baituljannah, kali ni tukar Omi pulak. Kenapa pilih Omi? Sebab dah banyak kali duk keluar iklan dia kat youtube. Satu lagi sebab baituljannah tu terlalu fokus untuk berumahtangga sedangkan Ayong masih berusaha untuk ikhlaskan lagi hati ni supaya lebih terbuka untuk terima seseorang. Bukan ke perlu untuk mencuba? Mungkin dengan berkawan dulu? Kalau okay apa salahnya teruskan hubungan tu ke next level.


Introvert

    Nak cari yang macam mana tu setakat benda basic Ayong tak payah cerita la. Sape je nak kahwin dengan orang jahat kan? Soal masa silam yang kelam Ayong takde masalah yang penting hal tu dah berlalu dan jadikan pengajaran. Cuma yela, nak cari orang baik tu memang senang. Tapi nak cari yang selesa tu susah. Kadang-kadang kita okay, orang lain pulak tak okay. Macam tu la pulak sebaliknya. Bukan senang seorang introvert nak masuk dengan orang lain dan bukan senang orang lain nak terima introvert. Mesti ada je tak kena.

    Biar Ayong bagitau sikit orang introvert ni macam mana. Orang introvert seorang yang menikmati kesendirian. Maksudnya orang introvert ni lebih selesa kalau sorang-sorang. Habis tu macam mana nak kahwin? Haa...bukannya tak boleh kahwin cuma adalah nanti yang sesuai untuk dia. Kalau orang chat sekadar bertanya khabar pun, Ayong tak reply dengan cepat. Sebab Ayong lebih fokus hal lain. Biasanya Ayong tengok mana yang utama dulu. Kalau mula-mula kenal dah persoalkan kenapa lambat reply, elok la lupakan sebab serabut.

    Ayong suka lelaki yang sibuk dan tak selalu nak cari. Biar dia sibuk bekerja daripada banyak masa lepas tu asyik cari je. Terus-terang bagitau Ayong mudah serabut kalau orang tu clingy. Pagi petang siang malam nak mesej. Pastu sikit-sikit nak call. Orang tengah kerja pun nak call. Kadang sibuk nak video call. Sehari sekali pun Ayong dah semak. Kalau dah kahwin tu cerita lain sebab memang komitmen kat rumahtangga. Selagi belum kahwin komitmen Ayong bukan untuk boyfriend. Kena faham tu. Boleh bagi masa tapi kena utamakan yang lebih penting.

Tuesday 6 September 2022

Pegawai Buat Meeting

    Disebabkan kes Ayong terkena serangan anxiety, pegawai atasan siap buat mesyuarat sebab fikirkan masalah kesihatan Ayong ni. Ayong tak pasti bila tapi masih dalam minggu yang sama. Ayong tak terlibat dalam mesyuarat tu. Tak ramai pun yang terlibat sebenarnya. Cuma beberapa orang yang bertanggungjawab pada hari Ayong diserang anxiety hari tu termasuk la Penyelia RELA. Tujuan mesyuarat tu diadakan sebab pegawai atasan risau Ayong jadi macam tu disebabkan tekanan kerja. Serius betul mesyuarat tu.

    Topik perbincangan dalam mesyuarat hari tu macam mana Ayong boleh diserang anxiety. Adakah disebabkan kerja? Pegawai taknak perkara tu berulang. Dia tanya Penyelia RELA sama ada Ayong pernah mengadu tak pasal stress kerja ke apa. Sebenarnya Penyelia dan seorang pegawai dah tau Ayong jadi macam tu bukan sebab stress kerja. Cuma sangkaan diorang takla tepat. Macam yang Ayong bagitau sebelum ni, Ayong jadi macam tu sebab bengang kawan sendiri tak percaya Ayong tapi orang ingat Ayong jadi macam tu sebab lelaki.

    Masa tu terharu jugak la pegawai dengan beberapa yang lain ambik berat pasal Ayong. Lepas je kejadian tu Ayong rasa malu dan kelakar pulak bila teringat macam mana Ayong trigger sampai diserang anxiety. Ayong mengamuk sampai nak tumbuk dinding. Genggam tangan sekuat hati sebab nak tumbuk. Dua orang anggota RELA terpaksa mintak tolong lelaki pegang Ayong. Ayong ingat lagi respon lelaki tu bila pertama kali tengok mengamuk. Respon dia macam ni "serius la". Ayong tau dia seolah tak percaya sebenarnya Ayong boleh mengamuk macam tu.

    Perasaan Ayong lepas kejadian tu sebenarnya malu dan kelakar. Tapi malu tu kurang la, kelakar tu yang lebih. Ayong teringat masa Ayong menjerit-jerit tu ada seorang lelaki tengah bercakap dengan pegawai. Dia cakap mungkin Ayong stress. Kalau stress boleh buat perkara yang kita suka. Dia siap bagi cadangan suruh tengok doraemon. Ya Allah kelakarnya. Masa tu Ayong masih trigger dan tengah tahan sabar. Dalam hati memang tercuit dah tapi mujur tak tergelak. Tak lama lepas tu ambulance pun sampai dan bawak Ayong ke hospital.

Tuesday 30 August 2022

Serangan Anxiety

 Tiada Yang Faham

    Disebabkan hati ni dah lama tertutup dan bila dah terbuka hati jadi macam ni, rasa sakit jugak la hati ni kan. Rasa sakit ni bukan sebab tak redha cuma macam yang Ayong bagitau sebelum ni la, sakit sebab kecewa. Bukan kecewa dengan lelaki tapi kecewa sebab tak dipercayai. Bila Ayong cuba nak luahkan pun jawapan tetap sama. Ayong bukan hadap sangat lelaki tu, Ayong cuma nak kawan sendiri percayakan Ayong.

    Bila luahkan kat orang lain pun sama. Lain yang diluahkan, lain yang di fahamnya. Ayong cuma luahkan rasa kecewa tapi jawapannya suruh maafkan je kawan Ayong tu. Sekarang ni kenapa pulak timbul isu memaafkan? Bila masa Ayong berdendam? Ayong tak dendam sikitpun. Nak marah pun takde. Apa yang Ayong bagitau semua sekadar meluahkan rasa kecewa. Faham tak kecewa? Tak...takde yang faham pun. Akhirnya Ayong pendam je kekecewaan ni.


Serangan Anxiety

    Disebabkan kekecewaan ni tak terluah, akhirnya makan diri sendiri. Ayong masih ingat harinya, 1 Ramadhan tahun 2021 Ayong terkena serangan anxiety. Pagi tu kat tempat kerja Ayong menjerit sebab tak hahan sakit. Rasa nak tumbuk dinding. Nasib baik kerja dengan badan beruniform. Diorang memang membantu dan dah tau nak buat apa. Pagi tu Ayong pergi hospital naik ambulance. Itulah pertama kali naik ambulance sebab diri sendiri.

    Sampai je hospital, doktor buat pemeriksaan dan bagi MC selama 2 hari. Nasib baik tekanan semua okay dan tak perlu masuk air. Jadi pusa Ayong sah hari tu. Balik tu adik perempuan ambik. Dia cakap tu kali pertama dia memandu kereta seorang diri. Nasib baik suami dia izikan. Dia kuatkan jugak la demi nak ambik kakak dia yang tak sihat ni...hehe. Orang semua ingat Ayong jadi macam tu sebab lelaki tapi hakikatnya macam yang Ayong tulis la.

Wednesday 24 August 2022

Salah Faham

 Kecewa

    Lepas beberapa bulan kawan dengan budak lelaki tu Ayong sebenarnya ada syak sesuatu. Ayong rasa budak ni sebenarnya taknak pun kawan dengan Ayong. Mungkin abang dia je yang beria. Dari cara dia pun, boleh tau dia tak berminat. Ayong banyak kali cakap perkara ni kat kawan Ayong tapi dia tetap nak pertahankan budak lelaki tu. Ayong cakap entah-entah abang dia yang memandai-mandai tapi kawan Ayong tak percaya.

    Kawan cakap budak tu memang selalu sibuk. Ayong tak kisah pun sibuk tu cuma dia nampak tak berminat. Kawan Ayong cakap dia memang macam tu sebab dia pemalu. Kawan Ayong cakap budak tu dah lama nak kawan dengan Ayong, banyak kali mintak nombor telefon cuma Ayong je yang tak bagi ruang. Pening la macam ni. Ayong cakap banyak kali tapi jawapannya tetap sama. Baik tak payah bagi ruang dari awal kan.

    Tak la lama sangat Ayong kawan dengan budak tu. Tapi lepas beberapa bulan Ayong memang sedar dia tak berminat. Cuma abang je saja yang beria. Tapi tak perlu la nak menipu kan. Hati orang kot. Ayong kecewa sangat. Kecewa ni bukan sebab budak tu tak suka Ayong tapi kecewa dengan kawan sendiri. Tak kira macam mana Ayong cakap pun dia tetap pertahankan lelaki tu, bermakna dia tak percaya kan Ayong pun dalam hal ni. 

    Ayong pun tak salahkan budak lelaki tu. Ayong salahkan orang tengah yang suruh kitorang berkawan. Ayong dah tolak awal-awal dah. Bila bagi ruang, dipermainkan pulak. Bukan dipermainkan budak lelaki tu, tapi dipermainkan orang tengah. Ayong tak salahkan kawan sebab kenalkan Ayong dengan lelaki tu. Tapi dia bersalah sebab tak percayakan Ayong dari awal dan pertahankan budak tu dengan abang dia. Itu yang buat Ayong kecewa.

Thursday 18 August 2022

Kuarintin

    Awal tahun 2021 adalah tahun di mana masyarakat masih takut dengan virus covid-19. Dalam rumah ni adik lelaki Ayong adalah orang pertama yang dijangkiti covid-19. Masa dapat tahu ni Ayong kat tempat kerja. Nasib baik masa tu orang pejabat cuti jadi hari tu Ayong kerja je macam biasa. Esoknya baru mula kuarintin kendiri. Disebabkan abah tak boleh berjalan dan adik lelaki pulak dah kena angkut ke pusat kuarintin naik ambulance. Jadi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hantar team untuk buat swap test kat rumah je. 

    Mujurlah adik perempuan dah kahwin dan tinggal di rumah lain. Dia dengan suami dia la yang hantar barang-barang makan dan letak depan pintu. Masa ni kuarintin 14 hari. Punyalah bosan. Tak sampai seminggu Ayong dah start bercakap dengan cicak kat dinding. Lepas tu tak pernah-pernah buat live satu hari tu Ayong buat live kat instagram dekat setengah jam. Entah cakap apa Ayong pun tak ingat. Dah la bukan jenis bercakap. Tapi dalam live tu pun semua kawan je jadi adalah yang tukang melayan sebab tu la kot boleh sampai setengah jam.

    Habis ni kuarintin sepatutnya kena potong gelang pink tu kat Seremban tapi disebabkan abah tak dapat pergi dan adik lelaki dah mula bekerja jadi hari tu Ayong seorang je yang pergi. Kakitangan KKM cakap gelang pink tu perlu dipulangkan balik jadi mak dengan abah potong siap-siap kat rumah dan Ayong pulak nanti kakitangan KKM yang akan potong. Itulah kali pertama Ayong memandu motorsikal dari Nilai ke Seremban. Kira yang paling jauh la buat masa tu. Ayong okay je cuma mak jela yang risau. Biasa la tu kan.

Friday 12 August 2022

Kehidupan Normal


    Hari berganti hari, Ayong jalani hidup macam biasa. Jumpa doktor sebulan sekali dah dikurangkan jadi 2 bulan sekali. Alhamdulillah, berkat tukar kerja dengan persekitaran yang positif. Pasal ujian agnostik memang dah lama Ayong takde gangguan. Mungkin juga sebab berikhtiar dengan Ul-Haq hari tu. Inilah kehidupan normal yang dah lama hilang sejak putus dengan TMR dulu. Bila difikirkan balik, semua ni berlaku lepas hubungan Ayong dengan TMR bermasalah. Sesekali Ayong teringat hal yang dah lepas, Ayong bersyukur sebab Allah jauhkan Ayong dari dia. Lepas putus hari tu Ayong tak pernah terserempak sekali pun dengan TMR.

Mimpi

    Satu malam tu Ayong mimpi semula macam biasa yang Ayong pernah mimpi pasal agnostik dulu. Ayong mimpi dunia ni penuh kucar-kacir. Mana-mana tempat penuh dengan pertumpahan darah. Manusia hidup dalam ketakutan sampai ada yang gali kubur sendiri dah sembungi dalam tu. Ayong tak tahu macam mana nak gambarkan tapi itulah mimpinya. Selalunya bila mimpi macam ni, Ayong tak jumpa jalan keluar melainkan Ye datang tunjukan diri. Tapi dalam mimpi kali ni memang lain sikit. Ayong dah tau nak lari mana. Ayong terus lari masuk masuk lubang kubur tapi kali ni Ayong berjaya keluar dari situasi ni.

    Lepas je masuk lubang kubur Ayong menjerit sekuat hati dengan mengucapkan syahadah, sekelip mata Ayong terus terbangun dari tidur. Sebaik je terjaga Ayong terkebil-kebil sebelum mengalirkan airmata. Alhamdulillah, Ayong tak pasti kenapa Ayong rasa macam itulah penamat dari ujian ni. Rasa macam Ayong berjaya keluar sepenuhnya dari gangguan agnostik. Sebagai tanda ingatan, pagi tu jugak Ayong tukar status kat whatsApp dan sehingga ke hari ini dah 2 tahun Ayong tak pernah dapat mimpi macam tu lagi. Masa tu Ayong rasa ini mungkin satu permulaan yang baik untuk Ayong mulakan hidup baru.


Cuba Berkawan

    Ayong dengan Kay masih lagi berhubung macam biasa. Sebenarnya jauh di sudut hati ni Ayong ada terfikir pasal hubungan dengan Kay. Ayong takde masalah kalau hubungan ni nak pergi jauh pun. Ayong ada la cuba sampaikan tentang Islam pada Kay tapi Kay tak boleh terima. Mungkin cara Ayong yang salah atau mungkin memang hatinya yang tak terbuka, wallahu'alam. Ayong teruskan sebagai kawan biasa je dengan Kay. Kadang-kadang Ayong ada jugak jumpa Kay kat luar. Untuk pengetahuan, Kay ada tolong pinjamkan sedikit untuk bayar duit muka motorsikal tapi Ayong dah bayar balik. Kay memang seorang yang baik.

    Dalam masa yang sama, kawan Ayong ada cakap yang adik kepada kawan dia nak kenal dengan Ayong. Ayong pelik la macam mana dia kenal Ayong. Kawan cakap dia tengok gambar yang dia post la kot. Ayong mulanya tak terima sebab malas nak fikir, rasanya dekat 3 bulan baru Ayong setuju. Itupun Ayong tanya banyak kali, betul ke tuan empunya badan yang nak kenal ataupun korang saja je nak suruh kawan. Kawan Ayong cakap adik kawan dia tu dah lama nak kenal dengan Ayong tapi budak ni pemalu dan sibuk sikit dengan kerja dia. Kawan pun tunjukkan gambar orangnya dan bagi nombor handphone lelaki tu.