Saturday 30 April 2022

Abah Kritikal

    Sedih

    Sebelum abah jatuh sakit, abah bekerja sebagai Pemandu Teksi dan mak pula bertugas sebagai Pengawal Keselamatan. Adik lelaki dengan hati yang terbuka menawarkan diri untuk tunggu abah di hospital memandangkan dia sedang cuti. Kami semua pulang dan pada malam tu adik lelaki bagitau bahawa abah perlu dipindahkan ke wad lain. Esoknya, hari Ahad Ayong bekerja seperti biasa dan pusat tuisyen hanya buka pada sebelah pagi. Habis kerja waktu tengahari Ayong terus pergi hospital guna KTM dan grabcar.

    Sesampainya di hospital, ramai saudara-mara datang nak melawat abah. Ayong nampak mata adik perempuan merah sebab menangis. Ketika ini hanya dua orang saja dibenarkan untuk masuk dalam satu masa. Ayong ditemani abang sepupu masuk nak tengok abah. Sampai je Ayong ke katil abah terus airmata bergenang. Hiba dan pilu melihat keadaan abah. Sedaya upaya Ayong tahan airmata dari terus tumpah. Abang sepupu faham keadaan tu, dia bawak Ayong keluar dan terus tumpah airmata Ayong. Kali ni tangisan lebih teruk dari semalam.

    Masa ni Ayong masih solat macam biasa walaupun ada agnostik yang tersisa. Sejak Ayong bekerja di pusat tuisyen lagi, Ayong solat tanpa pertikai apa-apa. Tetap saja solat walaupun keyakinan Ayong rapuh. Menjelang maghrib, Ayong bagi yang lain solat dahulu. Saudara-mara semuanya dah balik. Tinggal kami sekeluarga saja di hospital. Selesainya saja solat maghrib, Ayong tengok handphone ada misscall dan wasap dari mak mengatakan abah sedang kritikal dan telah dipindahkan ke unit rawatan rapi. (ICU)


Sumber : Foursquare


Masuk ICU

    Ayong call mak dan Ayong dengar suara mak berubah. Ayong bergegas keluar surau dan sesampai je Ayong di sana, Ayong lihat wajah ahli keluarga Ayong semuanya dalam keadaan panik. Tak lama kemudian doktor keluar bagitau keadaan abah. Sungguh...inilah keadaan yang paling menakutkan. Doktor bagitau keadaan abah tenat. Abah perlukan alat bantuan pernafasan dan perlu ditebuk pada bahagian leher jika perlu. Sekiranya tidak dibantu, abah akan terus tenat dan nazak. Kami sudah sedia maklum perangai abah.

    Kami tahu abah takkan setuju. Tambahan lagi doktor bagitau alat bantuan pernafasan tu mungkin akan memberi komplikasi pada pesakit. Walaupun pada waktu tu keputusan di tangan kami tetap saja kami fikirkan pendirian abah. Kami keliru. Doktor dah masuk dalam sementara beri masa untuk kami berfikir. Masa ni kami semua menunggu di luar, tak seorang pun yang dibenarkan masuk. Keadaan abah sangat-sangat kritikal. Adik perempuan menangis semahunya, berkali-kali dia ulang pendirian abah.

"abah takkan setuju, abah takkan setuju kalau kita buat macam tu kat dia."

    Tak lama kemudian doktor datang semula dan tanya keputusan kami sekeluarga. Dalam keadaan acuh tak acuh, kami mengatakan tak setuju dan doktor pun beredar. Kami tak setuju bukannya sebab bersangka buruk tentang ilmu perubatan, tapi memikirkan dari pendirian abah sendiri. Kalau ikutkan hati, awal-awal lagi kami dah setuju. Doktor buatlah apa saja sekalipun, kami hanya mahukan abah selamat. Malam tu cuma Ayong dan adik lelaki saja tunggu di luar ICU. Mujurlah ada tempat tinggal yang boleh bermalam berdekatan hospital ni.

    Kami dah memaklumkan pada saudara-mara dan kawan-kawan abah mengenai keadaan abah. Tak sampai satu jam ada seorang lagi doktor lain keluar, dia bertanya kenapa kami buat keputusan macam tu. Kemudian doktor tu pun terangkan lebih mendalam lagi. Kali ni lebih kepada psikologi. Walaupun tak la lama tapi padat sekaligus mengubah keputusan kami untuk bersetuju abah diselamatkan dengan apa cara sekalipun yang doktor lakukan. Abah tak setuju takpe, yang penting kita cuba untuk tolong abah.

"Kadang-kadang pendirian boleh berubah di saat dia memerlukan. Kita tak tahu apa yang dia rasa sekarang. Sebenarnya bapa kamu sedang berjuang dan perlu dibantu. Mungkin saja dia memang perlukan bantuan tapi dia tak mampu nak bersuara. Kita kena bantu abah dalam perjuangan ni."

    Terus kami call mak dengan adik perempuan bagitau apa yang baru kami terima. Tapi doktor masih belum buat apa-apa lagi sebab kami perlu bincang adik-beradik jugak. Doktor tu kata kejap lagi dia akan datang semula. Tunggu punya tunggu, doktor tak keluar-keluar. Nak masuk tak boleh pulak. Kami semua dah setuju tapi tak dapat nak bagitau doktor. Macam mana la agaknya keadaan abah kat dalam tu. Tak lama kemudian adik lelaki minta nak ke surau dahulu sementara Ayong tunggu di luar wad. Waktu tu sebelum jam tengah malam.


Bersambung : Abah Tiba-Tiba Stabil

Sunday 24 April 2022

Abah Jatuh Sakit

 April 2018

Status wasap & instagram 


    Ayong ingat lagi, kejadian ni berlaku hari sabtu di mana Ayong masuk kerja jam 12 tengahari sebab murid-murid mula tuisyen jam 2 petang. Macam biasa abah hantar Ayong pergi kerja. Masa ni adik lelaki belajar tahun kedua di UiTM Puncak Perdana. Sepatutnya dia tak balik cuti tapi mungkin dah tertulis, dia tergerak hati nak balik dan ikut abah hantar Ayong pergi kerja. Itu bukan kebiasaan dia sebab selalunya dia takkan ikut abah hantar Ayong pergi kerja tapi hari tu tak tahu apa mimpi dia ikut pulak. Sebelum turun kereta macam biasa Ayong salam tangan abah, keluar kereta dan melambai kat abah sampai kereta jalan. Memang selalu macam tu sejak dari sekolah lagi sebab dah biasa buat. Kadang-kadang kawan pun ikut melambai sekali.

    Dalam 2 jam lepas tu tengok wasap family adik kata abah sakit dan Ayong boleh rasa keadaan masa tu cemas. Ayong terus call mak, belum sempat Ayong tanya apa-apa mak suruh balik naik grabcar. Mak bagitau abah kena hantar ke hospital dengan ambulance. Bila dengar perkataan ambulance Ayong dah cemas, terus call boss bagitau kena balik. Masa ni, adik perempuan dengan suami dia otw dari Damansara. Kat rumah ada ibu saudara (adik abah) teman mak dan kami ke hospital sama-sama. Abah masih lagi dalam zon merah. Masa ni nampak muka adik lelaki resah gelisah sebab hanya dia yang melihat keadaan abah waktu tu. Hanya dia je yang melihat muka abah berubah senget ke sebelah kiri seolah abah akan lumpuh.

    Rupanya abah kena serangan jantung dan nyaris kemalangan di simpang tiga pekan Nilai. Dah la tepi jalan tu sungai. Kata adik lelaki, abah tiba-tiba hilang kawalan. Adik masa tu takde lesen. Dia berusaha tahan stereng kereta dari tersasar ke tepi. Lepas berjaya hentikan kereta, dia sedaya upaya pindahkan abah ke sebelah dan bertawakal pandu kereta balik rumah. Itulah kali pertama dia memandu sendiri, menggigil dia kawal kereta tu hanya Allah yang tahu. Katanya, abah pernah ajar memandu tapi sekejap saja itupun hanya cuba-cuba. Abah pernah ajar Ayong juga. Memang sekejap saja. Maklum la ajar memandu pun curi-curi. Tapi dengan pengalaman tu la, adik lelaki kuatkan diri untuk memandu kereta tu balik.

    Beberapa jam selepas tu abah pun keluar dari zon merah. Ayong sedih tengok abah. Adik perempuan sedang pregnant masa tu dah mengalir airmata. Pihak hospital tolak katil abah ke wad. Abah terbaring lemah. Itulah kali pertama, kami lihat abah dalam keadaan sangat tak berdaya. Masa Ayong taip cerita ni pun, bergenang airmata. Tak lama kemudian beberapa kawan rapat abah sampai. Kami bagi peluang abah dengan kawan-kawan dia sebab kami tahu, itulah kawan susah senang abah. Melihat layanan kawan-kawan abah pun kami dah rasa terubat. Airmata pun berhenti. Abah masih boleh berbual walaupun dalam keadaan lemah. Mereka memang punya semangat setia kawan yang kuat.

Monday 18 April 2022

Percubaan Untuk Move-On

Baituljannah (2018)


    Masa Ayong kerja di pusat tuisyen ni Ayong fikir dah nak mulakan hidup baru. Dah taknak broken lama-lama lagi. Umur makin lama makin tua. Orang kata, jodoh kena usaha. Cycle pulak makin kecik. Jadi Ayong cuba-cuba la guna aplikasi cari jodoh untuk dapatkan pasangan. Masa tu Ayong pilih aplikasi Baituljannah sebab agak safety la sikit. Bukan safety apa, cuma paling boleh dikata safety la kalau nak dibandingkan dengan aplikasi yang lain. Yang penting kita usaha dan jaga niat cari pasangan ni untuk ibadah dan mencari redha Allah.

    Beberapa bulan Ayong kat sana boleh tahan la. Kena ada sesi taaruf dulu dan segala chat dipantau oleh admin Baituljannah. Tak boleh chat yang bukan-bukan dan tak boleh mintak nombor telefon atau mana-mana akaun media sosial. Setiap kali nak taip mesti akan keluar bintang. Admin pun dah masak dengan perangai calon-calon yang gunakan sebutan akaun sosial media secara samar-samar. Contoh facebook, ditaipnya FB, esbuk, muka buku, atau apa-apa saja semua keluar bintang. Beri nombor telefon secara ejaan pun tidak dibenarkan.

    Ada la beberapa orang yang capai proses ta'aruf 100%. Masa tu baru boleh dapatkan nombor telefon. Masa ni Ayong dapat beberapa nombor telefon tapi yang Ayong nampak serius untuk ke next step cuma tiga orang. Yang lain nampak macam hanya nak berkawan terlebih dahulu. (mungkin ada pilihan lain) Dalam tiga orang ni cuma sorang je yang Ayong sempat jumpa, orang Perak. Lagi dua orang tak sempat jumpa. Sorang dari Johor dan sorang lagi dari Selangor. Tak lama kemudian abah jatuh sakit dan Ayong buat keputusan untuk berhenti mencari jodoh.


Sambungan : Abah Jatuh Sakit




Tuesday 12 April 2022

Tuntutan KWSP Pekerja

 Sambungan : Teruskan Hidup

(2017-2018)


Lepas je dapat surat tu, Ayong buat keputusan untuk terus ke pejabat KWSP di Seremban dan berjumpa pegawai yang uruskan kes Ayong. Katanya, kes ni tak pernah selesai pun. Bahagian anak Encik San pun masih tertunggak puluhan ribu. Lepas Encik San keluarkan nama Ayong, dia gantikan nama Ayong kepada nama anak keduanya. Menurut pegawai, hanya anak keduanya saja yang selalu membayar bahagiannya. Anak sulungnya telah muflis kerana tidak mampu membayar tuntutan saman ke atasnya. Kebenaranya, Ayong sendiri pun tak tahu dan tak mahu ambil tahu. Biarlah menjadi rahsia Allah.

Masa ni Ayong bekerja di pusat tuisyen. Memang bergantung dengan abah bila nak ke mana-mana. Lesen bukan taknak ambil. Tapi takde kesempatan. Mana la datangnya duit? Hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dah kena bayar. Untuk tuntutan caruman pekerja di KWSP setiap bulan Ayong bayar RM500 selama beberapa bulan. Dengan gaji yang hanya RM1200 sebulan dengan hutang PTPTN lagi dan bahagian untuk emak dan juga abah ditambah dengan duit belanja harian berapa saja la yang tinggal gaji Ayong. Memang tak dapat nak menyimpan. Hidup pun stress bila dikelilingi dengan orang yang busy body dan tak pernah hidup susah. Sibuk saja nak tanya urusan ke mana perginya gaji orang.

**************************************************


"Gaji berapa?"

“Ooo…ok la tu…kau bukannya buat apepun dengan gaji tu.”

Itu memang ayat terpaling pedih. Takkan nak cerita semua masalah luar dalam apa yang jadi. Bila kita jawab ada je nak dibalasnya. Adalah Ayong bagitau yang duit gaji tu selain bagi emak ayah duit tu ke PTPTN. 

“Aku bayar PTPTN la”. Aku menjawab.

“Alaa…PTPTN tu berapa je pun, banyak lagi baki”. Ringan saja mulutnya menjawab.

Memang dalam hati menagis habis. Sampai sekarang pun setiap kali orang cakap macam tu memang Ayong sensetif. Kadang-kadang ayat tu biasa bagi setengah orang, tapi bagi mereka yang menanggung beban ni, kata-kata tu terlalu berat untuk ditanggung. Ramai mereka di luar sana yang menanggung hutang keluarga. Berat hatinya nak menanggung, hendak diluahkan takut membuka aib keluarga. Tapi kawan sendiri semudahnya berkata,

“Alaa kau bukannya ada tanggungan pun.”

Memang dalam hati Allah saja yang tahu. Bagi mereka, tanggungan tu hanya untuk mereka yang dah berkahwin. Itu belum lagi mulut-mulut longkang yang yang bila mengajak keluar Ayong menolak dengan alasan belum gaji lalu dia pun berkata,

“Mana perginya duit gaji kau? Takkan la kau takde menyimpan langsung kot? Kau buat apa je dengan gaji tu? Takkan la sikitpun kau tak simpan kot?” 

Itu belum lagi yang bila kita jawab dia terus kata, "Kedekottt..."

Memang tanah (baca terbalik) kan? Orang yang dah biasa hidup susah, dia takkan sewenangnya berkata begitu pada orang lain. Bulan berganti bulan, akhirnya Ayong berjaya habiskan bayaran terhadap caruman pekerja di KWSP. Di fikiran Ayong, masalah kewangan yang kronik telah pun selesai. Langsung tak teragak badai yang lebih dahsyat menanti di depan.


**************************************************

Bila dah selesai bab kewangan tu baru la boleh fikir hal lain kan. Dah la masa tu tengah broken, tanggung hutang syarikat orang lain pulak. Dah la tak dapat apa-apa benefit pun, kena keluar duit pula. Bukannya kita nak minta dia bayarkan tuntutan KWSP tu. 

Ya, yang tu Ayong sendiri faham. Tanggungjawab dan risiko perlu ditanggung atas nama sendiri. Tapi waktu Ayong faham mengenai perkara tersebut, segalanya dah terlambat. Walaupun memang salah sendiri sebab beri orang guna nama, tapi di usia awal 20-an dan lepasan sekolah apalah yang Ayong faham pasal risiko syarikat semua tu? Perkara dan terjadi, nak menyesal pun tak guna. Tak pernah pun dipersoalkan kenapa perlu bayar. Ayong bayar sendiri tanpa minta satu sen pun.

Cuma apa yang Ayong kesalkan mana rasa tanggungjawab dari pihak Encik San? Takkan tiada rasa bersalah langsung? Perkataan maaf jauh sekali. Takkan Ayong nak pergi jumpa pihak sana untuk kali kedua? Nanti kena dengar cerita airmata dia macam mak kena dulu. Masa ni abah Ayong nampak abah ada rasa sedikit tekanan bersalah sebab tak dapat pertahankan anaknya. Apa-apapun lepas ni boleh fikir nak simpan duit dan teruskan hidup yang baru.

Wednesday 6 April 2022

Allah Masih Sayang

    2018


    Ketika mengalami Agnostik dan berdepan dengan pelbagai keadaan, Ayong akhirnya memilih untuk berdiam dan mencari sendiri. Antara tempat yang menjadi tumpuan Ayong ialah saluran youtube yang memaparkan hal-hal perbandingan agama. Waktu ini, Ayong terpegun mendengar perdebatan antara agama hingga Ayong sedar bahawa jauh di sudut hati Ayong sebenarnya tak mahu tinggalkan Islam walaupun diuji seberat itu. 

    Hanya Ayong masih belum yakin disebabkan Ujian Agnostik yang Ayong ceritakan sebelum ni. Hanya yang mengalami saja tahu bagaimana rasanya. Memang ada yang kata Ayong ego dan taksub. Apa yang mampu Ayong katakan supaya kamu semua berdoa sajalah supaya dijauhkan dari ujian sebegitu. Memang Allah uji kerana mampu tapi ramai saja yang tewas hanya kerana dia bertemu manusia seperti ini yang mungkin salah sorangnya ialah diri kita sendiri.

    Dalam perdebatan di "Speaker Corner" tu Ayong paling suka penyampaian "Speaker Hashim" sebab dia yang paling sempoi. Speaker yang lain pun hebat juga cuma Hashim ni dia selalu buat pendengar tercuit dalam dakwahnya. Apa yang Ayong faham dalam pencarian ni adalah menyedari bahawa Islam merupakan agama fitrah iaitu segala yang diajarkan dalam Islam adalah bersesuaian dengan cara hidup manusia tak kira di zaman apa sekalipun. 

    Walaupun ketika itu Ayong masih belum yakin 100% tapi Ayong sedar tiada agama yang sempurna melainkan Islam, Ayong yakin hanya Islam agama yang sempurna. Islam agama Ad-Din. Ada perkara yang tak dapat Ayong luahkan. Apa yang Ayong lalui bukan perkara mudah untuk dikongsikan. Ada persoalan yang sampai sekarang Ayong tak dapat jawapan. Perdebatan dalam "Speaker Corner" hanya membantu menangguhkan niat Ayong dari terus murtad.