Thursday 30 June 2022

Stress & Kemurungan

    Lepas beberapa bulan bos bagi Ayong jaga bahagian sayur, Ayong dah mula rasa tertekan. Seminggu 3x kena angkat berat, lepas tu kena masukkan data ke dalam sistem secepat yang boleh. Bukanny takde pekerja lelaki, tapi diorang pun sibuk angkat stok barang yang baru sampai. Customer pulak ada yang jenis tak menyabar, sayur belum timbang lagi diorang dah ambik. Kadang-kadang belum turun lori lagi dah tanya-tanya, tak pasal pekerja yang lain kena carik sayur dia dulu dalam lori bagi kat dia. Kan dah lari timbangan kat situ.

    Cara terbaik untuk timbang stok yang berat tu seorang diri ialah keluarkan dari dalam bakul dan letakkan atas penimbang sikit-sikit. Tapi memang leceh la kan. Elok boleh sekali angkat jadi berkali-kali. Lepas tu orang lain bising kata kenapa lambat sangat. Banyak kali Ayong terduduk kat celah-celah sayur kepenatan angkat berat. Tenaga perempuan mana la kuat sangat. Tapi sebab kerja, terpaksa la. Ayong tak sedar sebenarnya masa ni Ayong terlampau stress sampai ke tahap kemurungan. Setahun bertahan baru Ayong perasaan keaadaan tu.


Kemurungan

    Sebenarnya dah setahun Ayong alami keadaan yang tak nomal. Setiap malam Ayong tak boleh nak tidur sebab Ayong takut nak lalui hari esok. Sebelum tertidur kepala mesti berpusing dulu. Keesokkannya pulak, bila dah bangun tidur je mesti Ayong rasa berat dan takut nak bangun. Rasa takut sangat nak pergi kerja. Bagi Ayong, tempat kerja Ayong kat pasaraya tu bukan setakat tak seronok, tapi menakutkan. Nak pergi kerja pun lesu je, setiap hari tak semangat langsung. Kadang cuti pun rasa tak bermakna.

    Sepanjang kerja kat pasaraya tu, Ayong banyak menangis dan jadi sensetif. Airmata mudah mengalir. Sudah la ada pekerja asing yang suka rendahkan maruah dan harga diri kita, kerja pulak penat kena angkat berat. Sakit kepala, sakit pinggang, sakit hati, semua bercampur. Pernah beberapa kali Ayong menangis kat rumah masa rehat. Kat tempat kerja okay je. Masuk je melangkah ke pintu rumah, terus airmata laju mengalir. Sebelum tidur jangan cakap la, memang kadang tu sampai bengkak mata sebab menangis je.


Lucid Dream

    Sebenarnya selama ni Ayong dah pernah mengalami lucid dream berapa kali. Tapi masa kerja kat pasaraya, ini yang paling kerap Ayong berlucid dream. Mungkin kerana tekanan yang dialami. Ayong boleh kawal mimpi sendiri dan suka cipta mimpi. Pergi ke tempat yang Ayong nak pergi sangat, jumpa seseorang yang Ayong nak jumpa sangat, semuanya semudah berangan dalam mimpi. Ayong cuma bayangkan je mimpi macam mana yang Ayong nak dan perkara tu pun berlaku. Ayong boleh rasa keadaan mimpi tu macam betul-betul berlaku.

    Bila dah selalu buat, lama-lama jadi ketagih. Setiap hari rasa nak mimpi. Kadang tu boleh sambung mimpi semalam. Serius tau. Ayong jadi tak suka dunia nyata sebab tak seronok. Dalam mimpi tu, semua Ayong boleh buat, buat rasa, boleh kawal apa saja. Pernah beberapa kali Ayong tak boleh bangun dan terperangkap dalam mimpi. Mungkin korang rasa mengarut. Tapi itulah hakikatnya. Orang yang kerap berlucid dream kadang sampai ke tahap keliru dan susah nak beza antara mimpi dan nyata. Ayong pernah alami situasi ni. 

Friday 24 June 2022

Masih Kat Pasaraya

Belajar Perkara Baru

    Bila dah lama kerja tu bos ada la jugak suruh belajar buat kerja lain. Sebenarnya kerja kat pasaraya tu okay je kecuali 2 perkara yang Ayong tak suka. Pertama, mulut pekerja asing kat situ. Dia suka bercakap hal peribadi Ayong terutama yang melibatkan maruah dan harga diri. Dia memang dah kerja lama dan jadi orang kepercayaan bos. Dia rasa dia lama kerja kat situ, jadi dia boleh cakap apa saja kat pekerja yang baru masuk. Ayong malas nak melawan, sebab mak selalu datang beli kat situ. Memang fikir airmuka mak je masa tu.

    Adik perempuan Ayong pernah bawak anak dia beli barang. Pekerja asing tu tanya adik dah kahwin ke. Ayong iyakan je. Dia cakap adik Ayong tu elok budaknya sebab tu dia kahwin awal. Ayong ni tak elok sebab tu tak kahwin lagi. Masa tu dia rapat dengan sorang kakak cashier melayu tapi kakak tu shif petang. Dia kuat bekap Kak Dee kalau ada masalah. Ayong cakap la Kak Dee pun tak kahwin lagi, dia lagi tua dari aku...mesti dia pun tak elok kan? Pekerja asing tu tak jawab pun. Dia terus sengih-sengih sinis sambil angkat kaki.

    Banyak kali dah jugak hal-hal berkaitan maruah dan harga diri tu dia bangkitkan. Tapi bila dah lama-lama Ayong panas la jugak. Dia takdela cakap pasal tu lagi. Satu lagi yang Ayong kurang suka bila stok barang sampai. Ayong dah belajar buat kerja lain dan bos bagi kenaikan gaji untuk tu. Masa tu Ayong jaga bahagian sayur. Bila stok sampai, pasaraya tu kekurangan pekerja lelaki untuk bantu angkat stok berat-berat untuk timbang. Banyak kali jugak Ayong angkat sorang-sorang. Lama-lama Ayong pun tak larat. Stress dapat, sakit pun dapat.


Rapat

    Pekerja asing ni sebenarnya dah terlampau selesa. Sebab tu berani sembang lebat pasal maruah orang sini. Tapi ada sorang ni memang Ayong rapat dengan dia. Nama dia Kay. Tahap rapat tu sampai selalu jugak la keluar jalan dengan dia. Mula-mula orang lain tak tahu. Banyak kali pekerja asing lain cakap buruk-buruk pasal Ayong kat Kay. Sampai la satu hari dia bagitau dia rapat dengan Ayong, baru la semua senyap tak cakap apa. Kay ni ada sepupu kat sini tapi perangai tak sama. Mungkin sebab persekitaran diorang membesar tu tak sama.

    Sepupu dia membesar kat bandar, Kay pulak membesar kat kampung. Ramai kata sepupu Kay tu dari keluarga berduit, bos pun tau hal tu. Cuma perangai dia suka menghabiskan duit sebab tu ayah dia suruh kerja kat tempat orang. Kay pulak keluarga biasa-biasa je. Tak susah dan tak la senang jugak. Sederhana saja. Ayah Kay pernah kerja Malaysia jugak. Kay ni bos dengan orang lain pun ramai sebenarnya yang cakap dia budak baik. Kecuali yang busuk hati la. Tapi yang busuk hati tu orang sebangsa dia jugak.

    Pernah penyelia melayu kat pasaraya tu bagitau Ayong, Kay tu memang budak baik. Kalau nak dibandingkan dengan orang kita yang kerja kat sini pun, Kay nombor satu yang terbaik. Nak cari yang kedua terbaik selepas Kay pun jauh lagi bezanya. Ayong tau dia cakap tu ikhlas. Sebab sebelum ni, bos sendiri pun pernah jumpa Ayong dan bagitau perkara yang sama. Selama Ayong rapat dengan Kay, dia okay je takde pun nak mintak-mintak Ayong belanja ke apa. Dia cuma nak berjalan-jalan sementara dia masih bekerja kat sini.

Saturday 18 June 2022

Denda KWSP

    Tak lama lepas kerja kat pasaraya tu, Ayong dapat lagi surat dari KWSP. Apahal pulak ni? Ingatkan dah selesai. Bila Ayong tanya, pihak KWSP bagitau bayaran yang Ayong bayar dulu adalah tuntutan hak pekerkja yang pihak syarikat kena jelaskan. Bayaran kali ni adalah denda kerana kesalahan tidak membuat caruman untuk pekerja. Aduhai...hutang lagi. Penat betul. Duit kerja kita, habis buat bayar hutang syarikat orang lain. Masa ni Ayong dah malas nak fikir panjang. Bayar saja la. Nak pergi tanya kat orang yang sepatutnya bertanggungjawab tu pun bukannya ada faedah. Nanti dia buat drama airmata, kita jadi tukang dengar.

    Ayong mintak bayar secara ansuran. Tempohnya lebih kurang macam sebelum ni jugak. RM500 sebulan selama beberapa bulan lagi. Setiap bulan Ayong pergi sendiri guna pengangkutan awam ke pejabat KWSP kat Seremban. Masa ni abah dah sakit. Kadang-kadang tu alang-alang ke Seremban pergi jugak pejabat Baitulmal mintak bantuan. PTPTN langsung tak bayar. Yela, berapa je tinggal sebulan kan? Lepas dah habis bayar, baru la boleh bayar PTPTN dan menyimpan sikit. Tunggakan jangan cakap la, melambak. Duit simpanan tu la nanti nak guna kalau ada kecemasan. Bukan boleh enjoy macam yang orang semua fikir.

    Orang selalu ingat Ayong takde tanggungan sebab belum kahwin. Cakap pun tak fikir panjang. Ayong nak ulang nasihat ni, jangan sesekali korang cakap kawan korang yang belum kahwin tu takde tanggungan. Kadang-kadang diorang lagi sesak dari korang yang anak ramai. Jangan ditanya ke mana perginya duit gaji diorang. Itu bukannya urusan korang pun jadi tolong jangan menyibuk. Jangan cakap kau buat apa je dengan gaji tu, kau bukannya ada tanggungan. Itu ayat yang paling tak boleh diterima korang tau tak. Ayong ulang. TAK BOLEH DITERIMA. Kita ni betul-betul sesak duit tapi orang senang-senang je boleh cakap macam tu.

Sunday 12 June 2022

Kerja Pasaraya

    Lebih kurang 3 bulan lebih Ayong berhenti kerja kat tempat tuisyen, mak bagitau ada satu pasaraya kat flat rumah Ayong bukak jawatan kosong. Senang la nak pergi kerja jalan kaki je. Mak rajin membeli kat situ, orang kat pasaraya tu pun dah kenal mak. Masa hari pertama masuk kerja, ada 3 orang pekerja baru masuk sekali dengan Ayong. Lepas seminggu, pihak pengurusan hantar ke cawangan lain untuk pengalaman selama seminggu. Transport pun pihak pengurusan dah sediakan jadi takde masalah.

    Ayong bekerja sebagai Cashier tapi sambil-sambil takde customer tu ada juga buat kerja-kerja lain. Biasa la pasaraya mesti jual barang-barang keperluan harian yang kita biasa guna. Pasaraya yang Ayong kerja ni ada bahagian kering dan bahagian basah. Macam-macam perangai customer ada. Pernah ada orang persoalkan kenapa jadi Cashier kat pasaraya sedangkan ada diploma. Orang tak tahu masalah kita. Itu je kerja yang Ayong mampu buat. Nak kerja tempat lain, Ayong takde transport. Rezeki setiap orang tak sama.

    Walaupun kerja Cashier di pasaraya, Ayong tetap bersyukur sebab dapat bekerja. Ingat senang ke jadi Cashier ni? Selain main dengan duit, kena hadap jugak perangai customer yang macam-macam perangainya. Orang yang jadi Cashier atau duduk kat kaunter kena ada kesabaran yang tinggi. Kalau tak memang koyak. Lagipun untuk Ayong, kerja ni kira yang paling sesuai waktu tu. Rumah pun dekat, pergi balik kerja senang. Kalau terlewat balik pun takde masalah. Blok sebelah rumah je. Rehat pun boleh balik makan mak masak.

   

Monday 6 June 2022

Ex Muncul Balik

    Ayong tak tahu la apa masalah TMR ni, tiba-tiba munculkan diri. Padahal sebelum ni dia yang dah pergi sangat. Taknak layan dan marah-marah Ayong sebelum menghilangkan diri. Tiba-tiba munculkan diri macam takde apa-apa berlaku. Sebenarnya sejak abah kat hospital lagi dia dah mula wasap Ayong. Dia selalu tengok Ayong update pasal abah kat story wasap. Kadang-kadang Ayong update bermalam kat hospital, semua dia tengok.

    Dia yang sebelum ni sembunyikan bluetick sejak nak tinggalkan Ayong, tiba-tiba on bluetick balik. Ayong mula-mula tak perasan pun sejak bila dia tengok story wasap Ayong, sampai la dia rajin reply story. Mula-mula dia muncul tu macam biasa la mesti la tipikal manusia, kena la bagi salam penuh-penuh dulu walaupun sebelum ni tak pernah buat. Kali pertama dia reply story story Ayong tak layan. Lain kali tu dia reply lagi dengan ayat yang sama jugak.

"Assalamualaikum"
"Semoga abah cepat sembuh ya"

    Sama je wasap pertama dengan kedua dia, copy-paste kot. Masih lagi Ayong tak reply dia. Lepas abah dah discaj dia wasap lagi katanya nak ambik barang. Huh? Dia ingat rumah Ayong ni stor simpan barang ke? Dulu Ayong dah kata kalau dah tak suka ambik balik barang-barang dia ni tapi dia buat bodoh je. Ayong tak reply dia call pulak. Hek eleh. Lepas beberapa hari dia buat lagi benda yang sama. Padahal sebelum ni dia yang benci sangat bila Ayong cari dia.


    Masa ni Ayong masih belum delete semua chat lama dengan dia termasuk mesej yang di tempat lain. Bila Ayong rasa macam nak lembut hati terus Ayong baca balik segala chat lama masa Ayong merayu kat dia, sepatah haram pun dia tak jawab. Bila baca semua chat lama tu terus keras hati nak reply. Memang handphone dia ada satu kat Ayong tapi jangan lupa dia pinjam duit Ayong tak bayar pun, jadi kira adil la tu.

    Tak kira apa hal dia sekalipun, tiada satu kepentingan pun untuk Ayong reply dia sebab dia yang terlebih dulu buang Ayong. Akhirnya Ayong block je dia dan buang semua yang Ayong simpan pasal dia. Lepas tu sampai sekarang Ayong tak ambik tau lagi cerita dia. Walaupun sama-sama anggota RELA dan sama-sama menetap kat Nilai tapi tak pernah satu kali pun Ayong terserempak dengan dia. Alhamdulillah, baguslah.