Wednesday 30 November 2016

Tanggapan Yang Cetek


Post kali ini ialah tentang pandangan orang hanya pada luaran. Kepada yang ingin meninggalkan sebarang komen mengenai post ini, saya harap dapat membaca post ini sehingga habis. Bukan apa, saya perasan pada komen-komen sebelumnya. Ada yang tak faham dan seolah-olah baca tajuk sahaja. Sedangkan lari dari apa yang ditulis. Melainkan komen mengenai post2 di blog kita atau memang sengaja nak tinggalkan jejak itu dikira lainlah. Tapi yang komen macam ada kaitan dengan tajuk, tapi lari dengan isi ini yang saya tekankan. Jika kita tidak mengetahui sesuatu cerita itu sehingga habis, mengapa harus keluarkan komen? Fikirkan-fikirkan. Berbalik semula pada apa yang ingin disampaikan pada post kali ini.

Alkisah pada zaman dahulu ada seorang wanita tua yang menerima surat tetapi beliau tidak tahu membaca. Bagi perempuan tua ini ciri-ciri golongan yang tahu membaca adalah golongan orang-orang yang berserban. Lalu ketika sedang mendapatkan pertolongan, wanita tua ini kemudian mendekati Abu Nawas untuk minta dibacakan suratnya. Kebetulan juga Abu Nawas ni bukanlah seorang yang tahu membaca. Lalu dia bertanya kepada perempuan tua itu, apa yang membuatkan beliau berfikir yang dia boleh membaca? Lalu wanita tua itu menjawab,

"Sebab Abu Nawas pakai serban."

Abu Nawas berfikir panjang. Kemudian dia seekor unta lalu di situ lalu dia pun mendekati unta tersebut dan memakai kepada unta tersebut serban miliknya. Kemudian dengan tidak semena-mena dia memberitahu kepada wanita tua tersebut,

"Pergilah tanya kepada unta yang berserban itu."

Pengajaran daripada kisah ini ialah jangan sekali-kali kita menilai seseorang itu melalui pakaiannya. Dia mungkin baru belajar menutup aurat. Atau baru mula nak berhijrah. Baru nak membaiki diri. Salah ke kalau dia berpakaian lengkap menutup aurat? Dan adakalanya berniqab. Memang niqab itu tidak wajib tetapi jika itu yang mampu mendekatkan dan membantu dirinya untuk ke arah yang lebih baik apa salahnya kita sokong? Terkadang dia berbuat silap, apa salahnya kita bantu? Kerugian apa yang kita terima jika kita sama-sama saling memperbetulkan? Kita ada dua pilihan, menegur atau menghina, tapi kebanyakkan dari kita lebih memilih untuk menghina. Mungkin tidak secara terus, tetapi sekadar di dalam hati. "harap jer pakai niqab...tapi..." Kenapa kita selalu menuntut orang lain tunjukkan contoh yang baik. Sedangkan kita? Bagaimana dengan kita sendiri? Saya pasti dialog di bawah pasti tidak asing lagi seringkali kita dengar. Atau mungkin kita sendiri yang selalu membangkit dialog di bawah.

"Kau ni pakai tudung, tunjuk la contoh yang elok sikit. Jangan la tunjuk sikap yang tak baik."
"Kau ni belajar harap jer sekolah agama, tapi perangai macam @#&*!"
"Kau ni emak ayah ustaz/ustazah, tapi perangai tak macam anak ustaz/ustazah."

Dan bermacam-macam tanggapan lagi. Itu belum termasuk yang bertudung labuh, berniqab dan berserban lagi. Paling sedih bila orang mengata bertudung labuh tapi tak tahu bab agama. Adakah ilmu perlu dikaitkan dengan pakaian? Tidakkah kita mengambil iktibar dari kisah Abu Nawas di atas. Jika orang yang bertudung labuh, berniqab dan berserban itu dianggap mahir dalam segala ilmu maka bukanlah semua oraang yang boleh memakainya. Pasti hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan memakainya. Begitukah yang kita mahukan sebenarnya? Kenapa kita selalu harapkan yang terbaik daripada orang lain sedangkan kita sendiri tak mahu berusaha untuk ke arah itu? Kenapa kita sering menuntut orang lain agar menunjukkan contoh dan teladan yang baik terhadap orang lain? Kenapa tidak kita sendiri yang melakukannya?


sumber google : glosarium


Kita beranggapan mereka yang berpakaian sedemikian harus menunjukkan contoh yang baik. Pernah tak tanya pada diri sendiri? Apa agama kita? Kita ni ikut siapa? Kita meminta orang lain menunjukkan sikap dan teladan yang baik sedangkan kita sendiri? Tika kita mengakui diri sebagai seorang yang beragama, apakah contoh dan teladan yang kita telah tunjukkan pada yang lain? Menutup aurat juga masih tidak sempurna, malah tidak mempunyai pengetahuan terhadapap agama. Tetapi masih merasa bangga dengan kenyataan,

"walaupun aku tak tutup aurat, walaupun aku tidak belajar agama, tapi hati aku baik."

"kenapa aku perlu menutup aurat sedangkan itu bukan aku? aku tak mahu hipokrit."

"orang yang tutup aurat belum tentu baik...aku lebih baik dari mereka."

Tidakkah merasa malu ketika mengeluarkan kenyataan seperti itu? Malah dalam masa yang sama menuntut orang lain menunjukkan contoh yang baik? Lebih parah lagi apabila merasakan diri lebih baik dari mereka yang sedang merangkak menutup aurat. Jika mereka diri sudah baik mengapa tidak menutup aurat sahaja.

Aurat dan akhlak adalah perkara yang berbeza. Tidak boleh disamakan.

Menutup aurat bukan perintah daripada ustaz. Bukan perintah daripada ustazah, bukan perintah daripada ulamak, bukan perintah daripada mak ayah. Tapi perintah daripada Allah. Adakah wajar kita memberikan sebarang alasan untuk menolak kewajipan ini terhadap diri kita? Siapa kita dengan Allah? Allah tak marah jika kita tidak pandai belajar, yang penting kita belajar. Yang penting kita ada usaha. Yang penting kita cuba. Dah orang yang berusaha untuk ke arah kebaikan, meskipun tidak sempurna...dia akan faham perjalanan dalam proses berhijrah. Tak kira dari mana permulaannya. Tujuannya tetap sama. Sekian perkongisan dan pandangan aku kali ini. Moga kita semua diberi hidayah dan dipelihara hati sebaik mungkin.


Tuesday 15 November 2016

Perkahwinan Melayu, Adat Atau Mindset?


Malam tadi aku ternampak satu post di instagram tentang pernikahan. Aku rasa ada yang tak kena dengan statement tu. Hari nie aku nak berkongsi sedikit pandangan aku tentang fahaman orang kita tentang perkahwinan nie. Secara jujurnya, aku agak terkilan kenapa orang selalu kaitkannya dengan adat. Sedangkan ia sebenarnya adalah Mindset. Dan aku yakin anda semua pasti biasa mendengar perbandingan mengenai statement tentang adat dalam majlis perkahwinan melayu dan Islam nie kan. Statement tu berbunyi :

Mengikut Adat Melayu,
"Selagi Tak Kaya, Jangan Nikah."
Mengikut Syariat Islam,
"Nak Kaya, Nikah."

Mesti anda semua pernah dengar kan? Aku menyokong statement kedua tu. Mengikut ajaran Islam kalau nak kaya harus nikah. Sebab Allah janji pada mereka yang berkahwin akan di limpahkan rezeki kepada mereka.


Firman Allah S.W.T
Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di kalangan kamu, dan orang-orang yang layak [berkahwin] daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui.
(An-Nur : Ayat 32)

sumber google : the decision lab



Benar. Allah menjanjikan rezeki kepada mereka yang akan membina rumahtangga. Kerana perkahwinan itu merupakan satu ibadah. Orang yang berusaha melaksanakan ibadah pasti disenangi Allah. Namun begitu, istilah rezeki selepas nikah itu haruslah diusahakan sendiri kerana ia bukanlah terus datang bergolek. Tapi, yang aku nak kongsikan nie bukan mengenai ayat kedua, tetapi mengenai ayat yang pertama tu.

Mengikut Adat Melayu,
"Selagi Tak Kaya, Jangan Nikah."

Emmm...betul ke adat Melayu kata macam tu?

Dari sudut pandangan aku, yang sebenarnya adat Melayu tak pernah pun kata macam tu. Itu adalah MindsetBukan orang Melayu jer faham macam tu. Tapi masyarakat seluruh dunia. Sebab mereka takut ekonomi tak stabil bila berumahtangga. Tapi yang membuatkan aku hairan, kenapa orang selalu kaitkan fahaman tu dengan adat Melayu? Sejak bila adat Melayu kata begitu? Kita dah terbiasa hidup dalam masyarakat Melayu yang mempunyai fahaman begitu, terus kita cop itu adat Melayu. Kenapa macam tu?
Cuba kita fikirkan semula, bagaimana datuk dan nenek moyang kita berkahwin. Adakah mereka mengadakan majlis seperti majlis yang kebanyakkan kita buat sekarang? Dari segi merisik, bertunang hinggalah persandingan adakah sama dahulu dan kini? Fikir balik. Dulu lain sekarang lain. Tapi bila orang sekarang buat majlis besar2 dan kadangkala hingga membazir, mengapa kita kaitkan dengan adat?

Mengapa harus berfikiran ;

"kalau nak ikut adat, tak kahwin la aku."

Sedangkan adat tak pernah kata begitu.
Sekali lagi aku tegaskan. Itu adalah Mindset . Bukan Adat Melayu.


sumber google : pengantin

Jangan menyalahgunakan nama budaya & Adat Melayu
yang kita sendiri pun tak faham.

Aku rasa ramai sebenarnya yang terkeliru dengan perkara nie. Jika orang kita berfikir macam tu, mengapa nak salahkan adat? Lihat saja orang zaman sekarang, buat majlis kahwin besar-besaran. Katanya adat begitu. Benarkan adat kita ajar begitu? Tapi cuba pula bandingkan dengan orang dahulu. Mereka buat sekadar termampu. Kenapa aku tegaskan perkara nie? Sebab aku seorang Melayu dan aku sama sekali tidak rela melihat adat Melayu disalah ertikan.
Ada orang berkata, apalah yang ada dengan bangsa. Yang penting agama, bukannya bangsa. Aku sendiri tidak faham mengapa mereka berfikiran begitu, Jika adat kita mengajarkan perkara yang baik apalah salahnya jika kita jadikan tauladan. Aku di sini bukan nak melebihkan bangsa dari agama, Bukan juga sebagai Assobiyah. Aku hanya ingin membetulkan salah faham masyarakat tentang kekeliruan anda mengenai Mindset dan Adat Resam Melayu.


Firman Allah S.W.T.
Wahai manusia , sesungguhnya kami telah mencipta kamu yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan berpuak – puak supaya kami saling mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah swt ialah yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Al Hujurat : Ayat 13)

Sekadar renungan bersama. Kalau bukan kita sendiri yang pertahankan diri kita, siapa lagi yang akan bangun pertahankan? Kalau bukan kita sendiri yang pertahankan keluarga kita, siapa lagi yang akan bangun pertahankan? Kalau bukan kita sendiri yang mempertahankan bangsa kita. Siapa lagi yang akan bangun pertahankan? Dan kalau bukan kita sendiri yang pertahankan agama kita, siapa lagi yang akan bangun pertahankan? Tiada yang Allah jadikan sesuatu itu tanpa alasan. Sekian.


Tuesday 1 November 2016

Wahai Adam (c/p)

Adam...

            Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,sentiasa mahu terpesong dari landasan,kerana aku buruan syaitan.


Adam...


            Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman,itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri rupanya!


Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil da
n Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya,jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi semestinya tidak lebih dari empat pada satu waktu. Tentu engkau lebih tahu dari diriku sendiri.

Adam....


            Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merungsingkan aku. Tetapi aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Ah...semuanya sudah aku maklumi. Namun,terasa berat pula untukku nyatakan isi perkara pokoknya?


Adam...


            Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah penguasa terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla.


    Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang sepatutnya lebih lurus, jalan yang ditetapkan asalnya Allah mahukan aku tinggal tetap di dalam rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan patutnya menjadi jejak kaki ini.


    Jika pun ada, patutnya engkau lebih maklum tentu kerana aku hanya terpaksa, tetapi aku tak lupa untuk menutup seluruh tubuh dan aurat perempuanku, darilah hujung rambut (kalau tak botak), hinggalah hujung kakiku yang ayu. Tetapi, realitinya kini, hawa telah mengada-ngada, telah lebih dari yang sepatutnya!


Adam...


            Mengapa kau hanya membiarkan aku begini? Engkau mahu aku jadi isteri, aku sudah buat. Engkau mahu aku jadi ibu pada anakmu, juga aku telah laksanakan. Engkau mahu aku jadi seorang guru, juga aku anggukkan kepala. Engkau lihat, aku telah menjadi ibu dan guru pada anak-anakmu. Engkau suka kan?


Tetapi, pada masa yang sama juga, adakah engkau faham, aku telah menjaja diriku ke muka dunia, menguruskan hal Negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal engkau hanya mampu duduk goyangkan kaki, sambil menyanyi lagu Mariah Carey lagi. Seronokkan?


Engkau lihat, ada antara kaummu yang mengganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing peha. Seksi kan? Tetapi aku masih baik, masih mahu selamatkan Negara kita. Apakah sekarang engkau tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadap perempuan baik seperti aku?


Adam...


Marahkah jika aku katakan andainya Hawa terpesong, maka Adam lah puncanya, engkaulah yang patut tanggung! Mengapa begitu Adam?! Ya... Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai mendidik, kononnya kita ni macam orang tak pernah pergi sekolah. Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar, seolah tak ada sijil universiti lulusan dari Amerika!


Adam...


            Kau selalu berkata, hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak suka makan nasihat (sebab kami suka makan coklat ajer), kepala batu (walaupun rambutku pakai syampu sunsilk)! Pada fikiranku ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu dahulu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Memang engkau bukanlah seorang Nabi, tetapi sedarlah bahawa namamu seorang Lelaki?! Engkau kenal siapa itu lelaki? Kau tanya dirimu, adakah kaum Adam melayani kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam...


            Kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi makmumnya. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah seorang ketua. Tentu kau suka kan Adam atau lebih patut ke Hawa memanggil diri Adam sebagai Boss? Kau hanya mampu duduk tersengih. Itu sahajakah yang mampu kau hadiahkan? Ketua jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Kau punya kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu. Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1). Akalku (1), nafsuku beribu! Banyakkan Adam? Oleh itu, pimpinlah tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga lalai dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering j
uga aku tergelincir ditolak oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.


            Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku mengenai kalimah syahdu dari Tuhan kita agar dapat menjadi terang hidupku ini. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku, agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah!


Adam...


            Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan kau saksikan hingga menjadi hancur bila kaumu sendiri yang akan mentertawakanmu, kerana pada masa itu tentu kaum Hawa berpeluang memerintah Negara! Malulah engkau Adam! Malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhan kita yang engkau agungkan? Jika hari ini kau tidak mampu berganjak, engkau tunggu dan lihatlah...nantazir wa nara...ilal liQa`