Sunday 6 February 2022

Throwback

 

2016 (ii)


Masa Ayong kenal TMR, Ayong dah nekad nak bantu kewangan dia kami berkahwin. Segala macam partime dah survey akhirnya Ayong daftar untuk jadi bisnes agent dan buat Cash On Delivery (COD) memandangkan dia selalu bantu Ayong bila ke mana-mana. Bukannya Ayong gunakan dia tapi memang Ayong buat semua ni untuk masa depan kami berdua. Sebab sebelum ni masa Ayong buat semua sendiri, dia buat perangai terasa dia. Sebagai lelaki dia rasa tak berguna untuk Ayong. Mula-mula memang meluat, nak berdikari jadi diri sendiri pun susah. Lama-lama bila dah sayang, Ayong ikut je rentak dia. Dia ada nak pinjam duit juga. Taklah banyak lagipun dia memang bayar balik.

Masa ni hubungan Ayong dengan TMR kira baik la takde masalah. Masa mula-mula tu je susah nak sesuaikan diri. Ingat lagi tak pasal Ayong baik dengan family AS?  Tak lama lepas Ayong kenal TMR tiba-tiba Ayong terima satu surat daripada pejabat buruh. Surat tu berpunca dari kesilapan Ayong bagi pinjam nama untuk syarikat ayah AS dulu. Ayong dianggap bersalah kerana gagal membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja.


**************************************************


Encik San pernah pinjam nama Ayong untuk syarikat dia. Dia majukan syarikat tu dengan anak sulungnya. Selalunya syarikat baru memang jarang buat caruman KWSP untuk pekerja. Masa tu memang takde masalah. Pekerja semua baik-baik belaka. Tapi lama-lama orang marah juga. Mana taknya, Encik San ni seorang yang suka cakap melepas. Sering kali Ayong dengar dia cakap perkara yang tak sepatutnya pada pekerjanya. Apa yang dirasakan tiada salah sebenarnya adalah terang-terang salah. Ayong sendiri rajin dipersoalkannya dengan persoalan negatif setiap hari sebab pakai tudung labuh sewaktu belajar. Nak dipendekkan cerita Encik San ni memang berbulu terhadap golongan yang belajar agama dengan pakaian “alim-alim” ni.

Pernah sekali tu kumpulan pekerja India nak minta cuti sebab nak raikan Thaipusam. Sambil dia turunkan tandangan mulut dia membebel “tak payahlah nak buat sembahyang ni semua. Mati masuk neraka jugak!” Dahlah depan pekerja India tu semua dia membebel. Mungkin niat di hati hanya bergurau tapi siapalah yang tak terasa bila hal keagamaan dibangkitkan. Dan disebabkan mulut celupar dia la pekerja dia laporkan syarikat dia ke pejabat buruh. Bila dah jadi macam tu, dia mengadu kat Ayong pula. Katanya apa salah dia dengan orang. Dia tak pernah sakitkan hati orang, tak pernah buat jahat dengan orang. Yela, mungkin sebab Ayong ni pendiam jadi dia rasa Ayong macam takde mata takde telinga. Ayong nampak je apa jadi. Katanya tak pernah sakitkan hati orang tapi sebenarnya banyak kali je.

Encik San juga selalu ambik duit syarikat daripada staf yang jaga duit. Bila di tanya ke mana duit syarikat sampai tak cukup, dia kata staf jaga duit yang ambil. Yang peliknya, rata-rata staf yang bekerja dengan dia, semuanya dikatakan melarikan duit syarikat. Tak ke pelik tu? Hanya staf yang bekerja dengan dia saja yang tahu duit tu masuk poket dia sendiri termasuklah Ayong. Kami bukannya buta tiada mata. Ya kami bukanlah pandai sampai ke tahap memiliki syarikat sendiri, tapi kami juga pergi sekolah dan masih boleh menilai mana yang betul dan mana yang salah. Bila Ayong tegur dikatanya.

"baru belajar sikit dah mula nak mengajar-ngajar orang."

"takde sape sebut nama dia pun...terasa la tu."

Ye betul. Dia perli Ayong pada staf lain. Dan bila Ayong menjawab, dia kata Ayong terasa. Sewaktu anak bongsu lepasan SPM datang ke pejabat untuk membantu, dia ada cerita yang ayahnya selalu juga kongsi cerita pasal syarikat. Kata ayahnya perniagaan syarikatnya memang tiada untung. Hakikatnya kami saja yang tahu. Masa silih berganti dan Encik San masih dengan prinsipnya yang suka cakap lepas dan tak boleh ditegur. Akibat dari mulut celupar dia tu, pekerja akhirnya tak tahan dan terus ke pejabat buruh untuk puaskan hati. Dek kerana aduan itulah nama Ayong turut terpalit dalam tuntuan saman yang difailkan.


**************************************************

 

Sewaktu Ayong terima surat tu, Ayong bekerja dan sukar untuk mendapatkan cuti. Emak menghubungi Encik San untuk minta penjelasan mengenai surat tersebut dan mereka berjumpa di pejabat Encik San. Ketika itu hanya ada emak, Encik San dan anak sulungnya. Encik San mendakwa tuntutan itu telah lama selesai dan tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Kenapa pihak KWSP perlu bagi surat tu lagi? Anaknya menuruti dan membenarkan kata-katanya. Encik San siap nangis-nangis cerita pasal anak dia turun naik mahkamah dan duduk dalam kandang bersoal jawab. Ketika itu hanya Encik San saja yang bersuara. Anaknya diam membisu tanpa suara. Tentang surat saman Ayong, itu saja yang dibertahunya. Atas dasar hubungan baik kedua belah pihak, kami bersangka baik serta meletakkan kepercayaan terhadap mereka dan melupakan hal tersebut. Langsung tak terfikir untuk bertanya terus ke KWSP.

Hari berganti hari, hubungan Ayong dengan TMR berjalan lancar. Suatu hari TMR kata nak bawak family datang rumah nak berkenalan. Dalam perjalanan, TMR beritahu family dia datang untuk terus merisik dan melamar. Marah betul Ayong. Kenapa tak cakap awal-awal. Kan perancangan awal hanya nak berkenalan, apa pula kata emak dengan abah nanti tiba-tiba nak bincang pasal kahwin. TMR yang tetapkan nak nikah tahun depan. Tapi kira-kira bulan Mac 2017, TMR mula menjauhkan diri dan menunjukkan rasa rimas dia dengan Ayong. Dia tak suka Ayong cari dia padahal dulu dia yang clingy. Dia cakap Ayong suka desak dia pasal kahwin sedangkan dia yang beria pada awalnya dan family pun dah bertanya. Kalau tak jadi atau ada masalah, terus-terang jela kan. Bukannya Ayong tak support dia. Ayong buat partime pun sebab nak bantu kewangan dia. Tapi dia pulak berubah dan suka mengelak dari berkomunikasi dengan Ayong. Mula-mula Ayong baik lagi. Lama-lama dah tentulah kesabaran pun hilang.


Bersambung

 

No comments:

Post a Comment