Monday 28 February 2022

Teruskan Hidup

    

2017


    Masa tetap berjalan dan kehidupan perlu diteruskan. Masih dengan perasaan tertanya-tanya serta hati yang hancur berkecai luluh retak semua ada. Hiduplah Ayong seperti biasa. Keluar bekerja dan riang tertawa bersama kawan. Sedaya upaya Ayong menyembunyikan duka serta gerimis di hati. Tak siapa tahu lara di hati hanya kerana senyuman yang terukir di bibir. Dipendam hanya kerana penat hendak menghadap soalan entah apa-apa.

    Waktu ni Ayong kerja tak menentu. Kecewa teruk dek kerana seorang lelaki yang tidak berguna. Adik sudah selamat melangsungkan perkahwinan dan soalan merapu pasal langkah bendul pun dah banyak Ayong dapat. Dalam masa yang sama, kewajipan terhadap Pencipta tidak pernah Ayong lupakan. Namun, tak pernah menyangka bahawa Ayong bakal menjadi salah seorang hamba yang terpilih untuk merasai ujian iman.

    Sudahlah hati diuji dengan kegagalan dalam hubungan, iman juga turut diuji dengan goyahnya akidah terhadap Islam. Ya, siapa sangka kan? kita belajar agama, faham agama, tapi diuji sedemikian. Ayong akan panjangkan kisah Ayong diuji ni dalam entri Ujian Agnostik. Masa berlalu, Ayong terima surat amaran terakhir dari pihak KWSP sebelum tindakan yang lebih keras diambil. Belum selesai menempuh ujian, ujian lain pula yang datang.


Bersambung : Tuntutan KWSP Pekerja


Thursday 24 February 2022

Putus Yang Paling Sakit

 

2017


Pada September 2017, adik perempuan Ayong bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya. Masa ni hubungan Ayong dengan TMR dah renggang. Tapi demi nak perbaiki hubungan ni, Ayong beri kad jemputan untuk menjemput TMR seisi keluarga atang ke majlis perkahwinan adik. Pada hari kejadian, hanya TMR dan abangnya yang hadir. Takpela, yang penting Ayong dapat jumpa dia. Lepas majlis tu, itulah kali terakhir Ayong berbaik dengan dia. Lepas tu dia langsung tak jawab call, wasap pun bluetick je. Bila nak pinjam duit, dia muncul sekejap. Dah ambil duit, dia hilang. Bila Ayong tanya kenapa buat macam ni, dia cakap Ayong tak ikhlas bagi dia pinjam duit. Dia cakap kalau nak ungkit pasal duit baik tak payah kahwin.

Ayong merayu dengan dia, jangan tinggalkan Ayong. Mohon maaf semua salah dan silap Ayong. Ayong tak kisah kalau dia taknak bayar  balik. Ayong cuma taknak dia tinggalkan Ayong. Sehabis daya Ayong merayu pada dia supaya tak tinggalkan Ayong. Kalau saja dia ada di hadapan Ayong, mungkin saja Ayong dah rendahkan harga diri Ayong serendahnya untuk melutut di kakinya asalkan dia kembali pada Ayong. Mungkin kerana rayuan Ayong tu, dia muncul semula untuk pinjam duit dan hilang seperti biasa. Sampai satu masa Ayong kata kalau  betul dah taknak Ayong minta dia ambil semula barangnya yang ada pada Ayong atau Ayong buangkannya.

 Ayong ada beritahu, sekalipun nak putus beritahu la mana salah dan silap Ayong supaya Ayong boleh perbaiki. Tapi dia langsung tak reply. Terus hilang dengan tinggalkan bluetick dan update story whatsapp pergi memancing dengan riang gembiranya. Bila call memang sampai mampuslah dia takkan jawab. Ingat lagi tak Ayong masuk kelas MPV lepas tingkatan 3? Dia nak pinjam buku amali Ayong. Katanya nak cuba resepi baru. TMR ni memang pandai masak sebab family dia meniaga makanan. Dia kata nak cuba la mana tau ada rezeki nak majukan diri. Tapi tu la, kita hanya merancang. TMR tinggalkan Ayong tanpa kata putus. Memang meroyan betul Ayong masa tu. Tak lama lepas tu kawan dia muncul tanya khabar Ayong. Dia pun beritahu sebenarnya TMR dah ada orang lain. Kawan dia siap bagi bukti. Emm…patut la semua benda yang Ayong buat tak kena di mata dia, rupanya dah ada orang lain.

Katanya Ayong ni terlalu busy body dan banyak tanya, sedangkan Ayong cuma terbiasa ikut rentak dia yang clingy nak mampus tu. Patut la cakap Ayong buat hal tu buat hal ni. Kita ni punya la bagi penjelasan kenapa kita buat macam tu, tapi dia tak kisah pun. Cakap la apapun bila orang dah tak suka dia takkan fikir pun apa kita rasa. SEBENARNYA...HATI TU DAH TAK SUKA. Merayu dan menangis la macam mana pun dia takkan peduli. Bila kita faham, kita yang kena pergi. Sakit memang sakit tapi hati tak boleh dipaksa. Bagi dia, tak penting pun untuk beritahu kesilapan Ayong, sebab itu bukan masalah dia. Kesudahannya…jangankan nak bayar duit, buku amali tu pun Ayong tak dapat balik. Kesudahannya, hubungan kami tergantung dan terputus begitu saja tanpa sebarang kata.


Sambungan : Teruskan Hidup

 

Friday 18 February 2022

Gangguan Emosi

 2017


   Tahun 2017 memang tahun yang paling mencabar bagi Ayong. Ayong cuba cari duit sampingan untuk bantu kewangan TMR dan memudahkan kami untuk mendirikan rumahtangga. Masa ni Ayong kerja sebagai konsultan untuk produk Flutherapy dan dalam masa yang sama Ayong mendaftar sebagai agent Coway secara partime. Ayong rasa Ayong tak banyak masa sebab terlalu sibuk dengan kerja. Lama-lama bila rasa dah bersedia Ayong lepaskan pekerjaan Ayong sebab nak fokus dengan Coway.

    Apa yang Ayong fikir, nak fokus bina kerjaya dengan Coway untuk masa depan. Mula-mula semangat la juga. Tapi bila TMR berubah semuanya jadi serba tak kena. Fikiran Ayong terganggu setiap hari. Semua yang masuk tak melekat kat kepala. Bukan Ayong nak susahkan dia, tapi dia yang ajar Ayong bergantung dengan dia pada mulanya. Mungkin dia bosan sebab masa ni Ayong tak banyak duit nak belanja sebab nak berjimat. Selalukan bila kami keluar Ayong ada juga keluarkan duit tapi bila nak berjimat Ayong jarang ada masa nak keluar.

    Mungkin Ayong dah jadi beban sebab selalu bergantung dengan dia. Yela, duit pun simpan je. Ayong selalu fikir kenapa dia berubah, kenapa dia jauhkan diri. Bila Ayong tanya dia mengelak. Dia cakap tolong la jangan banyak sangat mulut tu. Sedangkan dulu masa Ayong diam dia kata Ayong tak sayang dia. Dia kata Ayong bosan dengan dia sebab selalu tak ada apa nak cakap dengan dia. Sekarang bila Ayong nak cerita, dia dah taknak dengar. Kenapa ya, dia berubah. Setiap hari, setiap masa, setiap detik, Ayong fikir je kenapa dan kenapa.


Kening Bergetar

    Bila Ayong dalam team Coway, selalu la berubah tempat buat sales. Kadang ke Bangi, kadang ke Kajang, kadang kat Seri Kembangan, kadang-kadang pacak je banner kat mana-mana ikut leader, dan kadang-kadang tu main langgar je jalan-jalan cari sales tapi tak pernah dapat pun. Ayong pergi naik KTM dan grabcar saja. Selagi boleh jalan kaki, Ayong jalan kaki. Ayong tak ingat bila dan di mana, seorang agent Coway lelaki tegur pasal kening Ayong. Masa tengah borak dengan dia tiba-tiba dia tegur pasal kening Ayong.

"Memang suka main kening ke?"

    Perasaan Ayong macam, Eh? Tak faham kenapa dia tanya macam tu. Ayong tanya la kenapa. Dia bagitau kening sebelah kanan Ayong selalu bergerak ke atas bila bercakap. Bergerak macam mana? Dia kata bergerak la. Selalu ternaik-naik bila bercakap. Masa tu ada beberapa orang kat situ yang membenarkan kata-kata dia. Ayong blur. Ayong tanya bergerak macam mana, banyak kali ke bergerak. Dia kata sejak mula-mula Ayong join Coway dulu memang dah bergerak. Orang lain pun cakap hal yang sama. Serius la? Kenapa Ayong tak pernah tau? 

    Lepas je dia tegur tu makin lama makin ramai pulak yang tegur pasal kening. Ayong masih ingat masa Ayong buat sales kat tesco Kajang, ada lelaki ni buat sales kat tapak sebelah Coway. Ayong perasan masa tengah cakap dengan dia mesti mata dia terpandang-pandang kening Ayong bergerak. Ayong biar je dia tengok sambil teruskan berborak. Masa tu baru Ayong dapat rasa betul-betul getaran kening tu. Sebab Ayong tak pernah perasan. Orang kata kening sebelah kanan Ayong terangkat-angkat masa bercakap. Bila tak bercakap kening tu elok je. 


Susah Hati

    Cerita pasal kening ni cuma kawan-kawan dalam Coway je yang tahu. Ayong tak pernah bukak cerita ni kat sesiapa pun termasuk keluarga. Hanya kawan-kawan dan anda sebagai pembaca saja yang mengetahuinya. Beberapa orang kawan Coway pernah tanya masalah Ayong. Mereka andaikan mungkin Ayong terlalu susah hati, banyak fikir masalah dan selalu ada gangguan emosi menyebabkan kening tu selalu bergetar sendiri. Masa ni Ayong ada tiga masalah yang Ayong selalu fikir dan selalu buat Ayong rasa serabut.

    Pertamanya dah tentu la semua orang tahu, mesti la pasal TMR yang dah berubah. Selalu nak mengelak dan jauhkan diri dari Ayong. Keduanya masalah kewangan. Ayong nak berjimat, simpan duit untuk kahwin dengan TMR. Tapi dia buat perangai. Dah tentu la masalah kedua ni melantun kat masalah pertama balik. Tapi masalah yang paling besar adalah Ayong kerap diganggu sewaktu solat. Masa ni la permulaannya Ayong di uji dengan ujian Agnostik dan memang Ayong akan kongsi cerita tu kat blog ni. 


Next : Putus

Saturday 12 February 2022

Perbezaan Agnostik Dan Atheis


Adakah Mereka Sama?

sumber gambar : tribunnews.com


    Jawapannya Tidak. Agnostik ialah mereka yang masih mempunyai agama namun berasa keliru akan kebenaran yang disampaikan dalam agama mereka tidak kira apa saja agama. Agnostik sangat berbeza dengan Athies tetapi Agnostik boleh menjadi Athies sekiranya mereka tidak menemui jawapan mengenai keraguan mereka. Agnostik juga masih keliru dan meragui akan kewujudan Tuhan. Manakala Athies pula adalah mereka yang bukan saja tidak beragama malah mereka telah menolak kewujudan Tuhan dalam kehidupan mereka. 


Kat bawah ni beberapa senarai secara ringkas perbezaan antara Agnostik dan Athies :

AGNOSTIK


ATHIES

 
1) Keliru akan kewujudan Tuhan. Mungkin Tuhan itu wujud atau mungkin saja tidak.

2) Tidak tahu kepentingan beragama.
 
3)  Meragukan kebenaran dalam agama yang dianutinya.

4)   Kewujudan Tuhan yang sebenar tidak dapat dibuktikan dan diyakini secara ilmiah dan rasional.
 

 
1)   Menolak kewujudan tuhan.
 
2)   Tidak mempunyai agama.
 
3)   Segala kehidupan di dunia ini wujud secara semulajadi.
 
4)   Menganggap agama hanyalah rekaan untuk mempesatukan manusia.

5) Tiada kehidupan selepas mati. Syurga, neraka & hari pembalasan tidak wujud. Ianya hanya rekaan untuk menakutkan manusia supaya berkelakuan baik.



    Secara ringkasnya, kedua-duanya adalah berbeza. Agnostik masih mempunyai perasaan tidak berani mengatakan pendirian mereka kerana kekeliruan yang mereka hadapi. Rasa ragu itu ada tetapi jika tersilap, agnostik juga takut akan balasan atas keraguan mereka. Sedangkan Athies berani menyatakan secara terang mengenai keyakinan mereka yang menolak kewujudan Tuhan. Athies juga tidak ragu akan keyakinan mereka. Kesimpulannya, Agnostik adalah meragukan agama manakala Athies pula adalah tidak beragama.




  






Sunday 6 February 2022

Throwback

 

2016 (ii)


Masa Ayong kenal TMR, Ayong dah nekad nak bantu kewangan dia kami berkahwin. Segala macam partime dah survey akhirnya Ayong daftar untuk jadi bisnes agent dan buat Cash On Delivery (COD) memandangkan dia selalu bantu Ayong bila ke mana-mana. Bukannya Ayong gunakan dia tapi memang Ayong buat semua ni untuk masa depan kami berdua. Sebab sebelum ni masa Ayong buat semua sendiri, dia buat perangai terasa dia. Sebagai lelaki dia rasa tak berguna untuk Ayong. Mula-mula memang meluat, nak berdikari jadi diri sendiri pun susah. Lama-lama bila dah sayang, Ayong ikut je rentak dia. Dia ada nak pinjam duit juga. Taklah banyak lagipun dia memang bayar balik.

Masa ni hubungan Ayong dengan TMR kira baik la takde masalah. Masa mula-mula tu je susah nak sesuaikan diri. Ingat lagi tak pasal Ayong baik dengan family AS?  Tak lama lepas Ayong kenal TMR tiba-tiba Ayong terima satu surat daripada pejabat buruh. Surat tu berpunca dari kesilapan Ayong bagi pinjam nama untuk syarikat ayah AS dulu. Ayong dianggap bersalah kerana gagal membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja.


**************************************************


Encik San pernah pinjam nama Ayong untuk syarikat dia. Dia majukan syarikat tu dengan anak sulungnya. Selalunya syarikat baru memang jarang buat caruman KWSP untuk pekerja. Masa tu memang takde masalah. Pekerja semua baik-baik belaka. Tapi lama-lama orang marah juga. Mana taknya, Encik San ni seorang yang suka cakap melepas. Sering kali Ayong dengar dia cakap perkara yang tak sepatutnya pada pekerjanya. Apa yang dirasakan tiada salah sebenarnya adalah terang-terang salah. Ayong sendiri rajin dipersoalkannya dengan persoalan negatif setiap hari sebab pakai tudung labuh sewaktu belajar. Nak dipendekkan cerita Encik San ni memang berbulu terhadap golongan yang belajar agama dengan pakaian “alim-alim” ni.

Pernah sekali tu kumpulan pekerja India nak minta cuti sebab nak raikan Thaipusam. Sambil dia turunkan tandangan mulut dia membebel “tak payahlah nak buat sembahyang ni semua. Mati masuk neraka jugak!” Dahlah depan pekerja India tu semua dia membebel. Mungkin niat di hati hanya bergurau tapi siapalah yang tak terasa bila hal keagamaan dibangkitkan. Dan disebabkan mulut celupar dia la pekerja dia laporkan syarikat dia ke pejabat buruh. Bila dah jadi macam tu, dia mengadu kat Ayong pula. Katanya apa salah dia dengan orang. Dia tak pernah sakitkan hati orang, tak pernah buat jahat dengan orang. Yela, mungkin sebab Ayong ni pendiam jadi dia rasa Ayong macam takde mata takde telinga. Ayong nampak je apa jadi. Katanya tak pernah sakitkan hati orang tapi sebenarnya banyak kali je.

Encik San juga selalu ambik duit syarikat daripada staf yang jaga duit. Bila di tanya ke mana duit syarikat sampai tak cukup, dia kata staf jaga duit yang ambil. Yang peliknya, rata-rata staf yang bekerja dengan dia, semuanya dikatakan melarikan duit syarikat. Tak ke pelik tu? Hanya staf yang bekerja dengan dia saja yang tahu duit tu masuk poket dia sendiri termasuklah Ayong. Kami bukannya buta tiada mata. Ya kami bukanlah pandai sampai ke tahap memiliki syarikat sendiri, tapi kami juga pergi sekolah dan masih boleh menilai mana yang betul dan mana yang salah. Bila Ayong tegur dikatanya.

"baru belajar sikit dah mula nak mengajar-ngajar orang."

"takde sape sebut nama dia pun...terasa la tu."

Ye betul. Dia perli Ayong pada staf lain. Dan bila Ayong menjawab, dia kata Ayong terasa. Sewaktu anak bongsu lepasan SPM datang ke pejabat untuk membantu, dia ada cerita yang ayahnya selalu juga kongsi cerita pasal syarikat. Kata ayahnya perniagaan syarikatnya memang tiada untung. Hakikatnya kami saja yang tahu. Masa silih berganti dan Encik San masih dengan prinsipnya yang suka cakap lepas dan tak boleh ditegur. Akibat dari mulut celupar dia tu, pekerja akhirnya tak tahan dan terus ke pejabat buruh untuk puaskan hati. Dek kerana aduan itulah nama Ayong turut terpalit dalam tuntuan saman yang difailkan.


**************************************************

 

Sewaktu Ayong terima surat tu, Ayong bekerja dan sukar untuk mendapatkan cuti. Emak menghubungi Encik San untuk minta penjelasan mengenai surat tersebut dan mereka berjumpa di pejabat Encik San. Ketika itu hanya ada emak, Encik San dan anak sulungnya. Encik San mendakwa tuntutan itu telah lama selesai dan tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Kenapa pihak KWSP perlu bagi surat tu lagi? Anaknya menuruti dan membenarkan kata-katanya. Encik San siap nangis-nangis cerita pasal anak dia turun naik mahkamah dan duduk dalam kandang bersoal jawab. Ketika itu hanya Encik San saja yang bersuara. Anaknya diam membisu tanpa suara. Tentang surat saman Ayong, itu saja yang dibertahunya. Atas dasar hubungan baik kedua belah pihak, kami bersangka baik serta meletakkan kepercayaan terhadap mereka dan melupakan hal tersebut. Langsung tak terfikir untuk bertanya terus ke KWSP.

Hari berganti hari, hubungan Ayong dengan TMR berjalan lancar. Suatu hari TMR kata nak bawak family datang rumah nak berkenalan. Dalam perjalanan, TMR beritahu family dia datang untuk terus merisik dan melamar. Marah betul Ayong. Kenapa tak cakap awal-awal. Kan perancangan awal hanya nak berkenalan, apa pula kata emak dengan abah nanti tiba-tiba nak bincang pasal kahwin. TMR yang tetapkan nak nikah tahun depan. Tapi kira-kira bulan Mac 2017, TMR mula menjauhkan diri dan menunjukkan rasa rimas dia dengan Ayong. Dia tak suka Ayong cari dia padahal dulu dia yang clingy. Dia cakap Ayong suka desak dia pasal kahwin sedangkan dia yang beria pada awalnya dan family pun dah bertanya. Kalau tak jadi atau ada masalah, terus-terang jela kan. Bukannya Ayong tak support dia. Ayong buat partime pun sebab nak bantu kewangan dia. Tapi dia pulak berubah dan suka mengelak dari berkomunikasi dengan Ayong. Mula-mula Ayong baik lagi. Lama-lama dah tentulah kesabaran pun hilang.


Bersambung