Thursday, 6 January 2022

Kembali

Assalamualaikum


    Sekian lama menyepi sekarang Ayong akan update semula blog ni. Sebenarnya tujuan asal buat blog ni sebab terikut-ikut. Masa umur awal 20-an tu kan baru habis sekolah, semua benda nak buat. Masa tu kebanyakkan orang lebih suka buat perkongsian dengan menulis. Tapi sekarang dah berubah, rata-rata orang lebih suka buat video. Ditambah pulak manusia zaman sekarang pun lebih suka menonton video daripada membaca.

    Kalau nak diikutkan, hampir keseluruhan posting dalam blog Ayong sebelum ni memang copy-paste je. Yela, terikut kan. Orang nak buat, kita pun nak buat. Tapi idea langsung takde. Cuma adalah dua entri yang Ayong taip dengan idea sendiri. Kedua-dua entri tersebut Ayong buat pada tahun 2015. Itupun nak juga copy-paste sikit-sikit macam contoh dalil atau ayat-ayat dari petikan suci  Al-Quran dan juga hadis. 

Baru nak menulis semula

    Selama menyepi ni bukannya Ayong lupa terus pasal blog ni. Ada juga teringat nak update memandangkan Ayong memang suka menulis. YA...AYONG SUKA MENULIS. ☺ Sejak dari sekolah rendah lagi kawan sekelas tahu Ayong memang suka menulis. Ayong memang tak femes sebab pendiam dan pemalu. Sikap introvert yang extreme menyebabkan Ayong takde ramai kawan pun. Adalah kawan sorang dua. Itupun kawan sekampung.

    Cuma dulu Ayong tak dikenali dengan sikap introvert. Dulu orang tak kenal perkataan introvert. Maklum la, zaman 90-an dulu zaman komputer kotak. Belum masuk lagi era internet di mana maklumat di hujung jari. Masa sekolah dulu Ayong lebih dikenali sebagai 'PELIK'. Sebabnya Ayong tak pandai bersosial dan ada juga budak kategori pandai dalam kelas yang sinis mengatakan Ayong ni 'SLOW'.

    Tempoh 7 tahun menyepi sudah cukup memadai untuk Ayong simpan sendiri semua yang terpendam. Segala pengalaman, ujian dan dugaan yang dilalui akan terpamer di sini. Jika satu masa nanti Ayong terlupa apa yang telah dilalui maka tulisan ini akan jadi peringatan buat diri sendiri. Apa yang bakal Ayong luahkan sedikit sebanyak pengalaman yang tak semua orang berjaya hadapi. Semoga menjadi pengajaran.


Tunggu update seterusnya ☺

No comments:

Post a Comment