Waktu
Bekerja Sementara
Lepas Ayong berbaik dengan Ryn, kami selalu berhubung dan tak
pernah hilang. Masa ni Ayong kerja kat Putra Nilai. Ayong dah ada teman lelaki
tau, namanya AS. Ayong dah lama crush dengan AS ni sejak tingkatan 1 lagi.
Cuma AS je tak tahu dan sampai sekarang pun AS tak tahu. AS ni anggota
tentera, orang Nilai dan sebaya Ayong. Dari segi sikap, Ayong dengan dia jauh
beza macam langit dengan bumi. Dia selalu tinggikan suara dan marah-marah
Ayong. Dia selalu bandingkan Ayong dengan ex dia. Ayong memang tak pandai
bercinta. Nak melawan pun tak reti. Ayong telan je segala makian dan kemarahan dia. Kadang-kadang ada juga dia nak ternaik tangan, tapi tak pernah lagi terlepas.
Tapi yang bestnya, Ayong baik dengan family dia. Pernah ayah
dia pinjam nama Ayong untuk daftarkan syarikat dia tapi sekejap jela. Tak sampai setahun
pun. Ayong putus dengan AS dan lepas 2 tahun bekerja dan akhirnya Ayong buat keputusan
untuk sambung belajar kat Kuantan. Sebenarnya Ayong tak boleh move-on dengan
AS. Yela, walaupun dia selalu marah Ayong tapi kan ayong dah crush dengan dia
lama, mesti la susah nak lupa. Niat asal Ayong sebab nak bawa diri kat tempat
lain. Tapi sampai je Ayong kat sana, senior ingatkan Ayong untuk betulkan
semula niat dan Ayong terima nasihat tu dengan lapang dada.
Zaman Belajar
Disebabkan Ayong bekerja terlebih dahulu dan agak lewat masuk kolej, Ayong
dianggap matang la juga kononnya. Masa kat sini Ayong jadi tempat adik-adik mengadu dan
luahan perasaan. Kat sini baru garang Ayong terkeluar sikit. Puncanya sebab kenal
dengan sorang lelaki ni. Permulaan hubungan tu memang Ayong respect dia. Tapi
lama-lama bila dia tunjuk taring dia. Masa tu Ayong dah nekad, Ayong takkan
biar lelaki pijak kepala Ayong lagi. Apa je dia maki dan marah mesti akan dilawan semula. Dia
boleh maki, kita pun boleh. Dia ugut pun tak heran langsung. Sikitpun tak takut.
Salah
satu sebab Ayong tak takut sebab masa ni dah kantoi dia ada awek. Ayong ni cuma
skandal je. Dia banyak kali suruh Ayong buat macam-macam untuk dia. Suruh beli itu
beli ini. Pastu suruh buat assignment. Bila Ayong tak dengar cakap dia maki pula.
Ayong ingat sebab Ayong ni skandal je dia boleh buat macam tu. Rupanya awek dia lagi
teruk kena. Awek dia ikutkan je kemahuan dia kadang nangis-nangis sebab kena
marah. Sebenarnya masa ni Ayong ada perasaan sayang dengan dia, tapi Ayong buat
istikharah sebelum buat keputusan. Akhirnya sebelum habis semester (praktikal) Ayong
putuskan hubungan dengan dia dan tak ambil masa pun untuk move-on.
Praktikal
& Bekerja
Ayong
buat praktikal di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sewaktu praktikal tu
Ayong kenal lelaki dari negara seberang. Seperti yang kebanyakkan orang sedia
maklum, perempuan bila jadi stalker memang dia akan cari maklumat sampai ke lubang
cacing. Sampai jiran lelaki tu pun dia boleh kenal. Apa yang Ayong tahu. Lelaki ni memang seorang yang baik, berasal dari
family yang baik-baik, ilmu agamanya bukanlah cukup makan dan bekerja penjawat awam di sana. Ayong ada buat istikharah sebelum beritahu mak. Mak ok je cuma
kalau boleh dia nak Ayong duduk Malaysia je. Bila Ayong tanya pihak lelaki, dia
kata mak dia pun ok je cuma kurang yakin Ayong boleh duduk menetap di sana.
Akhirnya hubungan kami tak kemana juga.
3
tahun lepas habis belajar memang Ayong takde kerja tetap. Dengan takde lesen
lagi memang susah nak kemana-mana. Nak keluar mesti bergantung dengan abah. Mujurlah Ayong dah biasa guna pengangkutan awam. Boleh la berdikari sikit. Ingat lagi tak Ayong pernah
beritahu Ayong baik dengan family AS? Sebelum konvo tahun 2015 Ayong kerja
sekejap dengan ayah dia. Tu pun tolong-tolong je. Lepas konvo baru Ayong cari
kerja lain. Kerja dah ok cuma masalahnya, kontrak cuma sampai hujung tahun.
Jadi masa tahun 2016, Ayong libatkan diri bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebab
taknak bazir masa duduk rumah.
No comments:
Post a Comment