Wednesday 15 December 2010

TENTERA KOREA SEMAKIN RAMAI MEMELUK ISLAM


Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq.
Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid. Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut.

Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya. 

Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan2 solat tersebut, mereka merasakan perasaan yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : "Aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam".

Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka untuk memeluk Islam.



Perang Iraq memberi makna lain bagi "Unit Zaitun", nama pasukan tentera Korea Selatan yang dikirim ke Iraq pada tahun 2006 sebagai sebahagian daripada pasukan bersekutu Amerika Syarikat. Sebelum berangkat dan ditempatkan di kota Irbil, kota warga Kurds di utara Iraq, 37 anggota unit ini memeluk Islam dan bersyahadah di Masjid Hannam-dong, Seoul.
"Saya memutuskan menjadi seorang Muslim karena saya berasakan Islam sebagai agama yang lebih bersifat kemanusiaan dan damai berbanding agama-agama lain. Kalau kita boleh berinteraksi dari sudut agama dengan warga tempatan, saya fikir ia akan banyak membantu kami melaksanakan misi damai untuk melakukan pembangunan semula Iraq," kata Leftenan Son Hyeon-ju dari pasukan khusus Brigade ke-11, salah satu tentara Korea Selatan yang masuk Islam.
Pada satu hari Jumat pada bulan Julai 2006, Hyeon-ju beserta 36 tentara Korea Selatan lainnya mengambil wuduk lalu duduk di dalam Masjid Hannam-dong. Dengan bimbingan imam masjid, mereka melafazkan dua kalimah syahadah dan mulai hari itu, para tentera yang akan dihantar ke Iraq itu rasmi menjadi Muslim.
Pihak tentera Korea mungkin tidak pernah menyangka kesempatan untuk mempelajari Islam dan bahasa Arab bagi para tentara, terutama Unit Zaitun, sebelum dikirim ke Iraq, akan membuat puluhan tenteranya masuk Islam. Pertimbangannya ketika itu, disebabkan penduduk kota Irbil adalah Muslim, sedangkan tentera Korea yang akan dikirim adalah bukan Muslim, maka para tentera itu dikirim ke Masjid Hannam-dong untuk mempelajari Islam dan memahami gaya hidup komuniti Muslim. Ternyata, sebahagian tentera itu benar-benar jatuh cinta pada Islam dan memutuskan untuk memeluk agama Islam.
Salah seorang anggota pasukan Unit Zaitun dari Divisyen ke-11 Angkatan Bersenjata Korea Selatan, Kopral Paek Seong-uk yang masih berusia 22 tahun berkata, "Di kampus, saya mengambil jurusan bahasa Arab dan setelah membaca isi al-Quran, saya menjadi sangat tertarik kepada Islam. Saya pun memutuskan untuk menjadi seorang Muslim ketika mengikuti program yang diselenggarakan Unit Zaitun, sebuah pengalaman indah buat saya."
Koperal Paek Seong-uk dengan rasa teruja mengungkapkan cita-citanya apabila sudah sampai di Iraq. "Saya ingin ikut serta dalam acara-cara keagamaan dengan warga tempatan sehingga timbul rasa persaudaraan. Saya juga ingin memastikan warga lokal memahami bahawa pasukan Korea Selatan bukan pasukan penjajah, tapi pasukan yang dikerahkan untuk membantu misi kemanusiaan di Iraq," ujar Paek Seong-uk.
Tentera-tentera Korea yang memilih menjadi Muslim itu benar-benar memahami pentingnya keseragaman agama di tengah komuniti Muslim. "Jika agama anda sama, anda tidak akan diperlakukan sebagai orang asing, tapi akan dilayan seperti warga tempatan. Lebih daripada itu, Islam mengajarkan tata cara perang yang beradab. Tentera Muslim tidak boleh menyerang kaum perempuan, sekalipun dalam suasana peperangan," kata seorang petugas di pejabat ketenteraan Korea Selatan, ketika mengulas puluhan tenteranya yang masuk Islam.