Belajar Perkara Baru
Bila dah lama kerja tu bos ada la jugak suruh belajar buat kerja lain. Sebenarnya kerja kat pasaraya tu okay je kecuali 2 perkara yang Ayong tak suka. Pertama, mulut pekerja asing kat situ. Dia suka bercakap hal peribadi Ayong terutama yang melibatkan maruah dan harga diri. Dia memang dah kerja lama dan jadi orang kepercayaan bos. Dia rasa dia lama kerja kat situ, jadi dia boleh cakap apa saja kat pekerja yang baru masuk. Ayong malas nak melawan, sebab mak selalu datang beli kat situ. Memang fikir airmuka mak je masa tu.
Adik perempuan Ayong pernah bawak anak dia beli barang. Pekerja asing tu tanya adik dah kahwin ke. Ayong iyakan je. Dia cakap adik Ayong tu elok budaknya sebab tu dia kahwin awal. Ayong ni tak elok sebab tu tak kahwin lagi. Masa tu dia rapat dengan sorang kakak cashier melayu tapi kakak tu shif petang. Dia kuat bekap Kak Dee kalau ada masalah. Ayong cakap la Kak Dee pun tak kahwin lagi, dia lagi tua dari aku...mesti dia pun tak elok kan? Pekerja asing tu tak jawab pun. Dia terus sengih-sengih sinis sambil angkat kaki.
Banyak kali dah jugak hal-hal berkaitan maruah dan harga diri tu dia bangkitkan. Tapi bila dah lama-lama Ayong panas la jugak. Dia takdela cakap pasal tu lagi. Satu lagi yang Ayong kurang suka bila stok barang sampai. Ayong dah belajar buat kerja lain dan bos bagi kenaikan gaji untuk tu. Masa tu Ayong jaga bahagian sayur. Bila stok sampai, pasaraya tu kekurangan pekerja lelaki untuk bantu angkat stok berat-berat untuk timbang. Banyak kali jugak Ayong angkat sorang-sorang. Lama-lama Ayong pun tak larat. Stress dapat, sakit pun dapat.
Rapat
Pekerja asing ni sebenarnya dah terlampau selesa. Sebab tu berani sembang lebat pasal maruah orang sini. Tapi ada sorang ni memang Ayong rapat dengan dia. Nama dia Kay. Tahap rapat tu sampai selalu jugak la keluar jalan dengan dia. Mula-mula orang lain tak tahu. Banyak kali pekerja asing lain cakap buruk-buruk pasal Ayong kat Kay. Sampai la satu hari dia bagitau dia rapat dengan Ayong, baru la semua senyap tak cakap apa. Kay ni ada sepupu kat sini tapi perangai tak sama. Mungkin sebab persekitaran diorang membesar tu tak sama.
Sepupu dia membesar kat bandar, Kay pulak membesar kat kampung. Ramai kata sepupu Kay tu dari keluarga berduit, bos pun tau hal tu. Cuma perangai dia suka menghabiskan duit sebab tu ayah dia suruh kerja kat tempat orang. Kay pulak keluarga biasa-biasa je. Tak susah dan tak la senang jugak. Sederhana saja. Ayah Kay pernah kerja Malaysia jugak. Kay ni bos dengan orang lain pun ramai sebenarnya yang cakap dia budak baik. Kecuali yang busuk hati la. Tapi yang busuk hati tu orang sebangsa dia jugak.
Pernah penyelia melayu kat pasaraya tu bagitau Ayong, Kay tu memang budak baik. Kalau nak dibandingkan dengan orang kita yang kerja kat sini pun, Kay nombor satu yang terbaik. Nak cari yang kedua terbaik selepas Kay pun jauh lagi bezanya. Ayong tau dia cakap tu ikhlas. Sebab sebelum ni, bos sendiri pun pernah jumpa Ayong dan bagitau perkara yang sama. Selama Ayong rapat dengan Kay, dia okay je takde pun nak mintak-mintak Ayong belanja ke apa. Dia cuma nak berjalan-jalan sementara dia masih bekerja kat sini.
No comments:
Post a Comment