Thursday 24 February 2022

Putus Yang Paling Sakit

 

2017


Pada September 2017, adik perempuan Ayong bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya. Masa ni hubungan Ayong dengan TMR dah renggang. Tapi demi nak perbaiki hubungan ni, Ayong beri kad jemputan untuk menjemput TMR seisi keluarga atang ke majlis perkahwinan adik. Pada hari kejadian, hanya TMR dan abangnya yang hadir. Takpela, yang penting Ayong dapat jumpa dia. Lepas majlis tu, itulah kali terakhir Ayong berbaik dengan dia. Lepas tu dia langsung tak jawab call, wasap pun bluetick je. Bila nak pinjam duit, dia muncul sekejap. Dah ambil duit, dia hilang. Bila Ayong tanya kenapa buat macam ni, dia cakap Ayong tak ikhlas bagi dia pinjam duit. Dia cakap kalau nak ungkit pasal duit baik tak payah kahwin.

Ayong merayu dengan dia, jangan tinggalkan Ayong. Mohon maaf semua salah dan silap Ayong. Ayong tak kisah kalau dia taknak bayar  balik. Ayong cuma taknak dia tinggalkan Ayong. Sehabis daya Ayong merayu pada dia supaya tak tinggalkan Ayong. Kalau saja dia ada di hadapan Ayong, mungkin saja Ayong dah rendahkan harga diri Ayong serendahnya untuk melutut di kakinya asalkan dia kembali pada Ayong. Mungkin kerana rayuan Ayong tu, dia muncul semula untuk pinjam duit dan hilang seperti biasa. Sampai satu masa Ayong kata kalau  betul dah taknak Ayong minta dia ambil semula barangnya yang ada pada Ayong atau Ayong buangkannya.

 Ayong ada beritahu, sekalipun nak putus beritahu la mana salah dan silap Ayong supaya Ayong boleh perbaiki. Tapi dia langsung tak reply. Terus hilang dengan tinggalkan bluetick dan update story whatsapp pergi memancing dengan riang gembiranya. Bila call memang sampai mampuslah dia takkan jawab. Ingat lagi tak Ayong masuk kelas MPV lepas tingkatan 3? Dia nak pinjam buku amali Ayong. Katanya nak cuba resepi baru. TMR ni memang pandai masak sebab family dia meniaga makanan. Dia kata nak cuba la mana tau ada rezeki nak majukan diri. Tapi tu la, kita hanya merancang. TMR tinggalkan Ayong tanpa kata putus. Memang meroyan betul Ayong masa tu. Tak lama lepas tu kawan dia muncul tanya khabar Ayong. Dia pun beritahu sebenarnya TMR dah ada orang lain. Kawan dia siap bagi bukti. Emm…patut la semua benda yang Ayong buat tak kena di mata dia, rupanya dah ada orang lain.

Katanya Ayong ni terlalu busy body dan banyak tanya, sedangkan Ayong cuma terbiasa ikut rentak dia yang clingy nak mampus tu. Patut la cakap Ayong buat hal tu buat hal ni. Kita ni punya la bagi penjelasan kenapa kita buat macam tu, tapi dia tak kisah pun. Cakap la apapun bila orang dah tak suka dia takkan fikir pun apa kita rasa. SEBENARNYA...HATI TU DAH TAK SUKA. Merayu dan menangis la macam mana pun dia takkan peduli. Bila kita faham, kita yang kena pergi. Sakit memang sakit tapi hati tak boleh dipaksa. Bagi dia, tak penting pun untuk beritahu kesilapan Ayong, sebab itu bukan masalah dia. Kesudahannya…jangankan nak bayar duit, buku amali tu pun Ayong tak dapat balik. Kesudahannya, hubungan kami tergantung dan terputus begitu saja tanpa sebarang kata.


Sambungan : Teruskan Hidup

 

No comments:

Post a Comment