Saturday, 18 June 2022

Denda KWSP

    Tak lama lepas kerja kat pasaraya tu, Ayong dapat lagi surat dari KWSP. Apahal pulak ni? Ingatkan dah selesai. Bila Ayong tanya, pihak KWSP bagitau bayaran yang Ayong bayar dulu adalah tuntutan hak pekerkja yang pihak syarikat kena jelaskan. Bayaran kali ni adalah denda kerana kesalahan tidak membuat caruman untuk pekerja. Aduhai...hutang lagi. Penat betul. Duit kerja kita, habis buat bayar hutang syarikat orang lain. Masa ni Ayong dah malas nak fikir panjang. Bayar saja la. Nak pergi tanya kat orang yang sepatutnya bertanggungjawab tu pun bukannya ada faedah. Nanti dia buat drama airmata, kita jadi tukang dengar.

    Ayong mintak bayar secara ansuran. Tempohnya lebih kurang macam sebelum ni jugak. RM500 sebulan selama beberapa bulan lagi. Setiap bulan Ayong pergi sendiri guna pengangkutan awam ke pejabat KWSP kat Seremban. Masa ni abah dah sakit. Kadang-kadang tu alang-alang ke Seremban pergi jugak pejabat Baitulmal mintak bantuan. PTPTN langsung tak bayar. Yela, berapa je tinggal sebulan kan? Lepas dah habis bayar, baru la boleh bayar PTPTN dan menyimpan sikit. Tunggakan jangan cakap la, melambak. Duit simpanan tu la nanti nak guna kalau ada kecemasan. Bukan boleh enjoy macam yang orang semua fikir.

    Orang selalu ingat Ayong takde tanggungan sebab belum kahwin. Cakap pun tak fikir panjang. Ayong nak ulang nasihat ni, jangan sesekali korang cakap kawan korang yang belum kahwin tu takde tanggungan. Kadang-kadang diorang lagi sesak dari korang yang anak ramai. Jangan ditanya ke mana perginya duit gaji diorang. Itu bukannya urusan korang pun jadi tolong jangan menyibuk. Jangan cakap kau buat apa je dengan gaji tu, kau bukannya ada tanggungan. Itu ayat yang paling tak boleh diterima korang tau tak. Ayong ulang. TAK BOLEH DITERIMA. Kita ni betul-betul sesak duit tapi orang senang-senang je boleh cakap macam tu.

No comments:

Post a Comment