Monday 28 February 2022

Teruskan Hidup

    

2017


    Masa tetap berjalan dan kehidupan perlu diteruskan. Masih dengan perasaan tertanya-tanya serta hati yang hancur berkecai luluh retak semua ada. Hiduplah Ayong seperti biasa. Keluar bekerja dan riang tertawa bersama kawan. Sedaya upaya Ayong menyembunyikan duka serta gerimis di hati. Tak siapa tahu lara di hati hanya kerana senyuman yang terukir di bibir. Dipendam hanya kerana penat hendak menghadap soalan entah apa-apa.

    Waktu ni Ayong kerja tak menentu. Kecewa teruk dek kerana seorang lelaki yang tidak berguna. Adik sudah selamat melangsungkan perkahwinan dan soalan merapu pasal langkah bendul pun dah banyak Ayong dapat. Dalam masa yang sama, kewajipan terhadap Pencipta tidak pernah Ayong lupakan. Namun, tak pernah menyangka bahawa Ayong bakal menjadi salah seorang hamba yang terpilih untuk merasai ujian iman.

    Sudahlah hati diuji dengan kegagalan dalam hubungan, iman juga turut diuji dengan goyahnya akidah terhadap Islam. Ya, siapa sangka kan? kita belajar agama, faham agama, tapi diuji sedemikian. Ayong akan panjangkan kisah Ayong diuji ni dalam entri Ujian Agnostik. Masa berlalu, Ayong terima surat amaran terakhir dari pihak KWSP sebelum tindakan yang lebih keras diambil. Belum selesai menempuh ujian, ujian lain pula yang datang.


Bersambung : Tuntutan KWSP Pekerja


No comments:

Post a Comment