Tuesday, 12 April 2022

Tuntutan KWSP Pekerja

 Sambungan : Teruskan Hidup

(2017-2018)


Lepas je dapat surat tu, Ayong buat keputusan untuk terus ke pejabat KWSP di Seremban dan berjumpa pegawai yang uruskan kes Ayong. Katanya, kes ni tak pernah selesai pun. Bahagian anak Encik San pun masih tertunggak puluhan ribu. Lepas Encik San keluarkan nama Ayong, dia gantikan nama Ayong kepada nama anak keduanya. Menurut pegawai, hanya anak keduanya saja yang selalu membayar bahagiannya. Anak sulungnya telah muflis kerana tidak mampu membayar tuntutan saman ke atasnya. Kebenaranya, Ayong sendiri pun tak tahu dan tak mahu ambil tahu. Biarlah menjadi rahsia Allah.

Masa ni Ayong bekerja di pusat tuisyen. Memang bergantung dengan abah bila nak ke mana-mana. Lesen bukan taknak ambil. Tapi takde kesempatan. Mana la datangnya duit? Hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dah kena bayar. Untuk tuntutan caruman pekerja di KWSP setiap bulan Ayong bayar RM500 selama beberapa bulan. Dengan gaji yang hanya RM1200 sebulan dengan hutang PTPTN lagi dan bahagian untuk emak dan juga abah ditambah dengan duit belanja harian berapa saja la yang tinggal gaji Ayong. Memang tak dapat nak menyimpan. Hidup pun stress bila dikelilingi dengan orang yang busy body dan tak pernah hidup susah. Sibuk saja nak tanya urusan ke mana perginya gaji orang.

**************************************************


"Gaji berapa?"

“Ooo…ok la tu…kau bukannya buat apepun dengan gaji tu.”

Itu memang ayat terpaling pedih. Takkan nak cerita semua masalah luar dalam apa yang jadi. Bila kita jawab ada je nak dibalasnya. Adalah Ayong bagitau yang duit gaji tu selain bagi emak ayah duit tu ke PTPTN. 

“Aku bayar PTPTN la”. Aku menjawab.

“Alaa…PTPTN tu berapa je pun, banyak lagi baki”. Ringan saja mulutnya menjawab.

Memang dalam hati menagis habis. Sampai sekarang pun setiap kali orang cakap macam tu memang Ayong sensetif. Kadang-kadang ayat tu biasa bagi setengah orang, tapi bagi mereka yang menanggung beban ni, kata-kata tu terlalu berat untuk ditanggung. Ramai mereka di luar sana yang menanggung hutang keluarga. Berat hatinya nak menanggung, hendak diluahkan takut membuka aib keluarga. Tapi kawan sendiri semudahnya berkata,

“Alaa kau bukannya ada tanggungan pun.”

Memang dalam hati Allah saja yang tahu. Bagi mereka, tanggungan tu hanya untuk mereka yang dah berkahwin. Itu belum lagi mulut-mulut longkang yang yang bila mengajak keluar Ayong menolak dengan alasan belum gaji lalu dia pun berkata,

“Mana perginya duit gaji kau? Takkan la kau takde menyimpan langsung kot? Kau buat apa je dengan gaji tu? Takkan la sikitpun kau tak simpan kot?” 

Itu belum lagi yang bila kita jawab dia terus kata, "Kedekottt..."

Memang tanah (baca terbalik) kan? Orang yang dah biasa hidup susah, dia takkan sewenangnya berkata begitu pada orang lain. Bulan berganti bulan, akhirnya Ayong berjaya habiskan bayaran terhadap caruman pekerja di KWSP. Di fikiran Ayong, masalah kewangan yang kronik telah pun selesai. Langsung tak teragak badai yang lebih dahsyat menanti di depan.


**************************************************

Bila dah selesai bab kewangan tu baru la boleh fikir hal lain kan. Dah la masa tu tengah broken, tanggung hutang syarikat orang lain pulak. Dah la tak dapat apa-apa benefit pun, kena keluar duit pula. Bukannya kita nak minta dia bayarkan tuntutan KWSP tu. 

Ya, yang tu Ayong sendiri faham. Tanggungjawab dan risiko perlu ditanggung atas nama sendiri. Tapi waktu Ayong faham mengenai perkara tersebut, segalanya dah terlambat. Walaupun memang salah sendiri sebab beri orang guna nama, tapi di usia awal 20-an dan lepasan sekolah apalah yang Ayong faham pasal risiko syarikat semua tu? Perkara dan terjadi, nak menyesal pun tak guna. Tak pernah pun dipersoalkan kenapa perlu bayar. Ayong bayar sendiri tanpa minta satu sen pun.

Cuma apa yang Ayong kesalkan mana rasa tanggungjawab dari pihak Encik San? Takkan tiada rasa bersalah langsung? Perkataan maaf jauh sekali. Takkan Ayong nak pergi jumpa pihak sana untuk kali kedua? Nanti kena dengar cerita airmata dia macam mak kena dulu. Masa ni abah Ayong nampak abah ada rasa sedikit tekanan bersalah sebab tak dapat pertahankan anaknya. Apa-apapun lepas ni boleh fikir nak simpan duit dan teruskan hidup yang baru.

No comments:

Post a Comment