Seminggu Dalam ICU
Ayong tak ingat berapa lama dalam ICU. Tapi sekitar seminggu lebih jugak la abah dalam tu. Kami sekeluarga berulang setiap hari dari rumah di Nilai ke hospital Seremban sebab masih tak dibenarkan bermalam di hospital memandangkan masih dalam ICU. Untuk pelawat pun sebab cuma 2 orang je yang dibenarkan masuk ke dalam. Pihak hospital taknak ramai-ramai dalam tu dan Ayong rasa mana-mana hospital pun sama je. Abah Masa ni abah dah stabil cuma masih belum sedar sepenuhnya. Kami datang pun abah tidur saja.
Tak putus-putus orang melawat abah. Setiap hari ada je yang datang. Salah seorang kawan abah ada nasihatkan adik lelaki supaya amalkan beberapa ayat dan doa yang mereka pernah belajar dulu. Sebenarnya adik lelaki selalu ikut abah pergi kuliah dan sebab itulah kawan-kawan abah boleh rapat dengan adik. Buku amalan tu memang ada kat rumah. Adik ada bagitau abah pernah ajar dia amalkan ayat dan doa tu. Setiap hari sebelum pelawat lain datang adik lelaki akan duduk sebelah abah sambil amalkan ayat dan doa tersebut tanpa jemu.
Jiran Sebelah
Disebabkan adik terlalu kusyuk setiap hari bacakan doa sebelah abah, dia tak perasan rupanya waris katil sebelah selalu perhatikan dia. Seorang isteri yang setia di sisi suami, menunggu saatnya si suami yang telah lama koma membuka mata. Anak-anaknya masih kecil lagi. Ayong tak pasti berapa lama suami dia dalam ICU tapi yang pastinya memang dia lebih awal dari abah. Dia nampak keadaan abah yang semakin pulih lepas adik lelaki amalkan bacaaan doa dan beberapa ayat. Dia bertanyakan kepada adik mengenai amalan tersebut.
Adik lelaki ada beritahu kami yang dia serba-salah nak bagi. Sebab amalan yang diamalkan tu sebenarnya bersanad. Siapa yang faham tentang sanad pasti akan faham maksudnya. Kata adik, dia boleh bacakan ayat tersebut pada pesakit tetapi tak boleh diberi keseluruhan kerana ianya bersanad. Tapi adik ada juga beri beberapa potong ayat dan doa yang dia amalkan pada abah. Namun Allah lebih mengetahui, suaminya meningggal dunia pada keesokkan harinya. Tak diketahui sama-ada si isteri sempat membacakan ayat yang diberikan.
Pindah Ke Wad
Sekitar seminggu lebih abah dikeluarkan dari ICU dan ditempatkan di wad lain. Dalam wad tu pihak hospital membenarkan seorang waris untuk berada bersama pesakit. Masa ni mestilah mak yang setia bermalam di sisi katil abah sementara adik lelaki dan Ayong berulang-alik menggunakan KTM dan grabcar setiap pagi dan pulang pada sebelah petang. Kalau tak silap Ayong adik perempuan pernah bermalam satu kali di hospital. Kami memang tak galakkan dia tunggu abah memandangkan keadaannya yang sarat mengandungkan anak pertamanya.
Masa ni adik lelaki belum ada lesen lagi. Hanya mak saja yang boleh saja kereta. Kadang-kadang kami minta tolong ibu saudara sebelah abah jika ada keperluan yang perlu dibawa. Adik lelaki masih belajar dan lepas adik balik ke kampus mak la yang selalu bermalam di hospital. Hujung minggu Ayong pula gantikan tempat mak. Dalam seminggu hanya 2 kali saja Ayong bermalam. Adik lelaki nekad berhenti belajar. Sementara dalam proses berhenti dia ada juga bermalam di hospital, waktunya hujung minggu juga.
No comments:
Post a Comment