Solat merupakan kewajipan bagi umat Islam. Solat juga salah satu cara untuk lebih dekat dengan Pencipta dan mampu memberi kedamaian hati pada mereka yang menunaikannya. Ketika solat dikatakan mampu memberi kedamaian kepada kita, berbeza pula dengan Ayong. Setiap kali menunaikan solat Ayong akan merasakan kesakitan dan kesengsaraan yang sehingga kini tidak tahu puncanya. Cuma yang Ayong tahu, bukan Ayong saja yang pernah merasainya. Kata mereka, ianya adalah gangguan cemas atau dipanggil Anxiety. Yang peliknya, kenapa berlaku setiap kali nak solat? Sehingga sekarang masih tiada jawapan.
Sukar Bernafas
Pernah tak melalui keadaan sukar untuk bernafas? Apa rasanya? Sesiapa saja yang pernah merasai kesengsaraan sukar bernafas pasti faham situasi begini. Nafas rasa terlalu pendek dan berat untuk mengambil nafas. Yang anehnya, sukar bernafas ni cuma dialami sewaktu sedang solat sahaja. Selesai saja solat, nafas kembali normal dan elok je boleh bernafas macam biasa. Aneh kan? Inilah salah satu punca Ayong menjadi Agnostik. Ayong tak tahu nak cerita kat sape. Sebab bila Ayong nak buka cerita, jawapan mereka cuma perasaan Ayong saja. Padahal rasa sukar bernafas tu bukan rasa macam hidung tersumbat. Tapi rasa macam nak mati pun ada.
Semput & Keletihan
Rasa sakit bermula setiap kali mengangkat takbir. Selesai saja "Allahuakbar" terus dada rasa sempit, semput dan sesak. Berkali Ayong tarik nafas sedalam yang boleh. Orang kata macam mengeluh sewaktu solat. Tapi hakikatnya Ayong mengambil nafas yang terasa pendek. Masa solat ni, rasa letihnya lain macam. Rasa macam pergi mendaki bukit pun tak letih macam tu. Rasa sukarnya solat waktu tu. Pernah beberapa kali Ayong berhenti di pertengahan solat sebab tak tahan. Berjuang menyedut nafas yang tersangkut waktu solat tu memang menyeksakan dan yang anehnya bila berhenti solat keadaan Ayong normal je macam tak sakit apa.
No comments:
Post a Comment