Sewaktu mengalami kesengsaraan ketika solat dan kekeliruan mimpi, Ayong ada juga ceritakan pada seseorang yang Ayong dah biasa mengadu masalah. Dia ni bukan la orang yang Ayong percaya yang dia akan memahami, cuma Ayong takde tempat lain nak mengadu. Kawan tu ada, tapi dengan ujian seberat ini Ayong rasa tak sesuai untuk ceritakan pada kawan-kawan yang lain. Takut nanti makin serabut pula jadinya. Sebenarnya Ayong tak ramai kawan. Maklum la, kan Ayong ni introvert. Jarang la orang introvert ni ada ramai kawan. Kenalan mungkin ramai, tapi sekadar kenalan saja. Dalam hal ni, hanya pada dua (2) orang saja yang Ayong luahkan.
Menghukum
Macam biasalah kan, rasanya sesiapa yang baca tulisan ni pun dah boleh agak perkara ni akan jadi. Mimpi dan gangguan tu punca Ayong persoalkan banyak perkara. Tapi jika seseorang itu benar-benar faham situasi yang dialami Ayong dia takkan senang-senang jatuhkan hukum. Ayong bertanya sebab Ayong keliru. Ayong tanya betul ke Tuhan tu ada, macam mana nak buktikan Allah sebagai Tuhan? Tapi jawapan dia cuma jawapan tipikal yang Ayong sendiri dah lama tahu.
"Dah
banyak perkara membuktikan kewujudan dan kekuasaan Allah, Allah itu berkuasa.
Tengok saja sesekeliling dan awak akan nampak tanda-tanda kekuasaan Allah.
Semua tu tak boleh dipersoalkan."
Tapi
macam mana nak tahu yang semua tu memang kuasa Allah? Bukan Tuhan lain? Ramai yang marah bila dengar soalan ni menyebabkan orang yang benar-benar ingin tahu rasa takut dan tak mahu bertanya lagi. Masa ni, baru Ayong faham kenapa non-muslim tak berani nak bertanya tentang Islam. Kenapa dia
jawab macam biasa jawapan yang kita dengar. Atau lebih tepat lagi, tiada
jawapan melainkan sekadar jawapan selamat untuk diri sendiri.
“Semua
tu kita dah belajar, kenapa pulak awak persoalkan?”
"Tak
guna la belajar agama tapi benda macam ni pun tak faham"
“Sia-sia
mak ayah awak hantar awak belajar agama”
"Itu semua ujian awak kena terima, orang lain lagi teruk."
Jawapan selamat untuk diri sendiri bukan? Langsung tak menjawab persoalan. Sesiapa saja yang berdepan dengan Ayong masa tu, mungkin akan marah. Jawapan yang diberi cuma sebatas apa yang mereka percaya. Langsung tidak menghuraikan persoalan yang dilontarkan. Jika seseorang yang lebih teruk dugaannya bertanya, mungkin orang tu akan lebih sesat lagi bila berjumpa dengan orang macam ni. Untuk waktu sekarang, Ayong tau soalan Ayong tu salah dan jauh tersasar. Tapi pada waktu tu, memang keadaan Ayong macam tu. Ayong keliru kerana diuji begitu. Masa ni baru Ayong faham, mungkin beginilah proses yang dialami mereka yang seperti Ayong sebelum memilih untuk hidup tak bertuhan. Mungkin saja keadaan mereka lebih dahsyat lagi dan dugaan Ayong hanyalah secebis saja dari kisah mereka.
Tambah Serabut
Bila
orang seperti Ayong persoalkan kekeliruan kami, manusia kebiasaannya lebih
cenderung untuk mempersoalkan semula persoalan dari mereka. Ibarat soalan
dijawab dengan soalan yang kononnya menyuruh kami berfikir tapi soalan yang
dilontarkan tu sebenarnya tak kena pun. Keadaan seperti ni sebenarnya lebih
kepada menganggap kami sengaja bertanya dan buat-buat tak faham. Soalan dijawab
soalan hanyalah sesuai untuk mereka yang faham tapi berdegil dan sengaja
bertanya hanya untuk provokasi. Bukannya untuk kami yang dah keliru dan
makin keliru ni.
“Awak
nak keluar Islam ke? Sebab apa? Sebab awak nak kebebasan?”
“Awak
rasa awak selamat ke kalau hidup tak bertuhan?”
"Hebat awak ni."
"Bukannya
tak pernah belajar, awak faham cuma ego nak terima kenyataan."
"Habis
tu apa agama awak sekarang?"
Bukannya nak jawab persoalan, malah dipersoalkan lagi. Tak mengapa jika tak tahu, tapi jangan menambah persoalan orang yang sedia serabut. Ayong pernah kata,
"Jangan la tambah persoalan kat saya lagi, kalau tak tahu cakap saja tak tahu. Dan kalau awak nak saya diam, awak pun kena diam. Bukannya makin bertimbun persoalan awak tanya saya." Dia jawab macam ni pula,
"Pasal agama awak nak suruh saya diam? Sorrylah...saya takkan diam kalau agama saya dihina. Sampai mati kena pertahankan"
Ayong cakap balik "Cara awak ni salah, awak bukan pertahankan tapi lebih pada buat orang makin serabut. Sebab orang macam awak la orang macam saya makin jauh dengan agama." Dia balas senang je.
"Pulak dah...hahahahahaha..."
"Kesian mak ayah awak..."
"Berat sangat ke ujian awak tu sampai awak kena jadi macam ni? Orang lain ada yang lagi susah kot. Tapi diorang takla sampai jadi macam awak ni."
"Sebab manusia ke awak jadi macam ni? Lemah betul iman."
Akhirnya Ayong block je orang macam tu sebab makin serabut. Lama Ayong menyepi dan buat hal sendiri. Masa ni, Ayong cuma ada Ryn saja. Sebenarnya hubungan Ryn dengan kawan sebaya kami yang lain dah lama renggang. Biarlah kawan yang lain perli Ayong dengan dia. Yang penting Ayong tahu siapa yang selalu dengan Ayong. Selain Ryn, Ayong rapat dengan seorang lagi kawan masa belajar dulu. Bella namanya. Ryn dengan Bella tau kisah Ayong cuma kedua mereka ni tahu hanya selepas Ayong keluar dari situasi tu. Sebab kedua mereka bukan orang yang tepat untuk Ayong luahkan pada masa tu. Tapi rupanya, kedua manusia yang Ayong luahkan pun bukanlah orang yang tepat dan hiduplah Ayong sebagai Agnostik.
No comments:
Post a Comment