Saturday, 6 August 2022

Lesen Memandu

    Walaupun adik sendiri yang tawarkan diri untuk hantar Ayong pergi kerja, sesekali ada jugak terasa macam menyusahkan dia. Yela, dah la waktu masuk kerja pun sama. Masing-masing masuk pukul 7 pagi. Laluan ke tempat kerja pun tak sama. Lepas hantar Ayong adik kena patah balik untuk ke tempat kerja dia pulak. Ibaratnya rumah Ayong ni terletak kat tengah-tengah antara tempat kerja Ayong dengan adik. Tapi lebih dekat tempat kerja adik la.

    Ayong nekad nak dapatkan lesen memandu tahun ni (2020) jugak. Bila difikirkan balik setakat dapat lesen je tak guna jugak kalau takde kenderaan sendiri untuk pergi kerja. Nak beli kereta mesti tak lepas punya sebab ada tunggakan PTPTN. Maklum la, sebelum ni kan duit habis bersihkan hutang syarikat orang. Jadi cara yang paling cepat untuk berdikari ialah Ayong kena cuba lulus lesen L dan dapatkan motorsikal untuk bawak ke tempat kerja.

    Alhamdulillah, ujian komputer dah lepas untuk melayakkan Ayong menunggang motosikal di jalanraya, hehehe. Tak sampai sebulan Ayong keluarkan motosikal jenis skuter dan buat loan dengan kedai motor tu selama setahun je. Kali pertama Ayong mula memandu di jalanraya pada bulan November 2020. Mula-mula memang takut jugak tapi terpaksa la kan. 30 tahun hidup baru la merasa memandu pergi kerja sendiri guna motorsikal.

    Seterusnya kena siap sedia untuk ujian kelayakan memandu pulak. Ayong ambik test kereta pada awal bulan Disember 2020. Kali pertama ambik terus lulus. Lesen motor pulak hujung bulan tu tapi gagal. Ayong repeat test tapi gagal jugak. Lepas tu Ayong give up dah pilih untuk biasakan dulu memandu atas jalanraya. Bila dah expert Ayong jadi malas la pulak nak teruskan. Tapi sayang la kan lesen tu. Lama Ayong biarkan sebelum repeat balik test motor tu.


No comments:

Post a Comment