Tuesday, 12 July 2022

Demam

    Mungkin asbab Ayong berikhtiar dengan Ul-Haq, Allah tunjukkan jalan keluar. Tak sampai pun sebulan lepas rawatan Ul-Haq tu habis, Ayong terus demam. Puncanya sebab Ayong redah hujan sikit je. Korang bayangkan jarak blok rumah flat. Hujan baru nak turun, korang cuma lalu hujan sekali je masa nak pergi blok sebelah. Air hujan pun geli-geli je tak sempat pun nak meresap kat baju. Sepatutnya esok tu Ayong kerja pagi. Tapi sebab sorang cashier tu ada hal, Ayong tukar kerja petang. Jadi pagi esok tu Ayong free la. Malam tu tidur berselubung. Memang dah rasa macam nak pergi klinik esoknya tapi masih difikir-fikirkan.

Masuk Air

    Nak dijadikan cerita, malam lepas kena hujan tu Ayong dah rasa macam nak demam dan bercadang nak pergi klinik pagi esok memandangkan kerja petang. Esoknya masa tengah tunggu giliran, suhu badan Ayong naik dan terus demam. Bila jumpa doktor, doktor cakap suhu badan Ayong tak normal dan terlalu panas. Tekanan jantung pun tak normal. Habis semua perihal jantung doktor periksa tapi keputusan okay je takde masalah. Doktor cakap tekanan jantung Ayong laju dari biasa dan itu tak sepatutnya berlaku. Itulah pertama kali periksa jantung, malu betul Ayong masa pembantu doktor tu periksa jantung. YTJT.

    Disebabkan masalah tekanan jantung tu, Ayong kena masuk air 2 botol. Masa masuk air tu memang bosan la jugak. Ayong bagitau tak dapat masuk kerja. Mulanya orang kat office tu macam keberatan nak bagi Ayong cuti sebab takde orang, tapi terpaksa la kan. Ayong whatsApp family dan Kay jugak. Tak lama kemudian adik perempuan Ayong sampai hantar roti dengan air mineral. Adik tak boleh lama, dia kena balik. Ayong pun main phone ambik gambar masuk kat story whatsApp biar kawan-kawan tempat kerja tengok keadaan Ayong. Tak lama lepas tu Kay pulak datang tengok Ayong dah temankan Ayong kejap sebelum balik.

Cerita Kat Doktor

    Ayong memang tengok betul-betul muka doktor tu, hairan betul riak wajah dia tengok keputusan jantung Ayong. Ayong pun tanya la kalau stress ada kaitan dengan tekanan jantung ke. Doktor pun tanya Ayong ni stress ke dan Ayong pun cerita keadaan sebenar. Memang stress dah lama, ada kaitan ke dengan tekanan jantung tu? Doktor pun tanya lagi dan Ayong pun cerita hal sebenar pasal tempat kerja, emosi dan perasaan Ayong semua tu. Doktor bagi Ayong buat Ujian Saringan Minda Sihat - DASS. (Depression Anxiety Stress ScalesSelesai je ujian tu doktor sahkan Ayong memang ada kemurungan dan anxiety yang agak teruk sebenarnya.

    Doktor sarankan kawal dengan makan ubat dulu. Kalau masih teruk Ayong kena masuk wad tapi kata doktor tu kalau boleh jangan la sampai masuk wad. Banyak jugak ubat yang doktor bagi. Ayong bertuah sebab keluarga sangat memahami dan doktor pun faham situasi Ayong. Ayong cerita segalanya pasal kerja. Doktor bagi MC 2 hari. Tapi tetap Ayong kena datang semula sebab doktor nak ambik darah untuk pantau tekanan jantung Ayong. Ayong ada cakap nak berhenti tapi bos macam taknak bagi. Doktor siap tulis surat sokongan lagi untuk pihak syarikat mengatakan Ayong memang perlu berhenti untuk kesihatan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment