Ketika mengalami Agnostik dan berdepan dengan pelbagai keadaan, Ayong akhirnya memilih untuk berdiam dan mencari sendiri. Antara tempat yang menjadi tumpuan Ayong ialah saluran youtube yang memaparkan hal-hal perbandingan agama. Waktu ini, Ayong terpegun mendengar perdebatan antara agama hingga Ayong sedar bahawa jauh di sudut hati Ayong sebenarnya tak mahu tinggalkan Islam walaupun diuji seberat itu.
Hanya Ayong masih belum yakin disebabkan Ujian Agnostik yang Ayong ceritakan sebelum ni. Hanya yang mengalami saja tahu bagaimana rasanya. Memang ada yang kata Ayong ego dan taksub. Apa yang mampu Ayong katakan supaya kamu semua berdoa sajalah supaya dijauhkan dari ujian sebegitu. Memang Allah uji kerana mampu tapi ramai saja yang tewas hanya kerana dia bertemu manusia seperti ini yang mungkin salah sorangnya ialah diri kita sendiri.
Dalam perdebatan di "Speaker Corner" tu Ayong paling suka penyampaian "Speaker Hashim" sebab dia yang paling sempoi. Speaker yang lain pun hebat juga cuma Hashim ni dia selalu buat pendengar tercuit dalam dakwahnya. Apa yang Ayong faham dalam pencarian ni adalah menyedari bahawa Islam merupakan agama fitrah iaitu segala yang diajarkan dalam Islam adalah bersesuaian dengan cara hidup manusia tak kira di zaman apa sekalipun.
Walaupun ketika itu Ayong masih belum yakin 100% tapi Ayong sedar tiada agama yang sempurna melainkan Islam, Ayong yakin hanya Islam agama yang sempurna. Islam agama Ad-Din. Ada perkara yang tak dapat Ayong luahkan. Apa yang Ayong lalui bukan perkara mudah untuk dikongsikan. Ada persoalan yang sampai sekarang Ayong tak dapat jawapan. Perdebatan dalam "Speaker Corner" hanya membantu menangguhkan niat Ayong dari terus murtad.
No comments:
Post a Comment