Sekadar renungan dan peringatan buat kalian dan diriku jua....
- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia
akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
-Jangan sengaja lewatkan solat
perbuatan ini Allah tidak suka
kalau tertidur lain cerita
-Jangan tidur selepas solat Subuh
nanti rezeki mahal (krn berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
-Jangan makan tanpa membaca bismillah
nanti rezeki kita dikongsi syaitan
-Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan
takut mati dalam perjalanan
-Jangan biarkan mata liar di perjalanan
nanti hati gelap diselaputi dosa
-Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila2 masa..
-Jangan ego untuk meminta maaf kpd ibu bapa dan sesama manusia
jika sememangnya kita bersalah
-Jangan mengumpat sesama rakan taulan
rosak persahabatan, hilang bahagia
-Jangan lupa bergantung kepada Allah dlm setiap kerja kita
nanti kalau dah berjaya, sombong..
kalau gagal kecewa pula..
-Jangan bakhil untuk bersedekah
sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkn rezeki kita
-Jangan banyak ketawa
nanti mati jiwa
-Jangan biasakan berbohong
kerana ia merupakn ciri2 munafiq dan menghilangkan kasih orang kepada kita
-Jangan aniayakn haiwan atau manusia
doa orang yang teraniaya cepat dimakbulkn Allah
-Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
kerana semuanya adalah utk keselamatan kita.
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk hamba ciptaan-Nya
wassalam..
sebarkanlah ajaranku walau satu ayat
(sabda Rasulullah S.A.W)
No comments:
Post a Comment