Saturday, 6 August 2022

Lesen Memandu

    Walaupun adik sendiri yang tawarkan diri untuk hantar Ayong pergi kerja, sesekali ada jugak terasa macam menyusahkan dia. Yela, dah la waktu masuk kerja pun sama. Masing-masing masuk pukul 7 pagi. Laluan ke tempat kerja pun tak sama. Lepas hantar Ayong adik kena patah balik untuk ke tempat kerja dia pulak. Ibaratnya rumah Ayong ni terletak kat tengah-tengah antara tempat kerja Ayong dengan adik. Tapi lebih dekat tempat kerja adik la.

    Ayong nekad nak dapatkan lesen memandu tahun ni (2020) jugak. Bila difikirkan balik setakat dapat lesen je tak guna jugak kalau takde kenderaan sendiri untuk pergi kerja. Nak beli kereta mesti tak lepas punya sebab ada tunggakan PTPTN. Maklum la, sebelum ni kan duit habis bersihkan hutang syarikat orang. Jadi cara yang paling cepat untuk berdikari ialah Ayong kena cuba lulus lesen L dan dapatkan motorsikal untuk bawak ke tempat kerja.

    Alhamdulillah, ujian komputer dah lepas untuk melayakkan Ayong menunggang motosikal di jalanraya, hehehe. Tak sampai sebulan Ayong keluarkan motosikal jenis skuter dan buat loan dengan kedai motor tu selama setahun je. Kali pertama Ayong mula memandu di jalanraya pada bulan November 2020. Mula-mula memang takut jugak tapi terpaksa la kan. 30 tahun hidup baru la merasa memandu pergi kerja sendiri guna motorsikal.

    Seterusnya kena siap sedia untuk ujian kelayakan memandu pulak. Ayong ambik test kereta pada awal bulan Disember 2020. Kali pertama ambik terus lulus. Lesen motor pulak hujung bulan tu tapi gagal. Ayong repeat test tapi gagal jugak. Lepas tu Ayong give up dah pilih untuk biasakan dulu memandu atas jalanraya. Bila dah expert Ayong jadi malas la pulak nak teruskan. Tapi sayang la kan lesen tu. Lama Ayong biarkan sebelum repeat balik test motor tu.


Saturday, 30 July 2022

Serangan Panik

    Sebelum ni doktor dah sahkan Ayong ada kemurungan dan anxiety akibat stress kat tempat kerja lama. Sepatutnya memang Ayong ada temujanji sebulan sekali dengan doktor.  Tapi lepas je tukar kerja Ayong terus berhenti jumpa doktor sebab rasa keadaan dah stabil. Tambahan pulak  masa tu covid-19 dengan kencang dan kita ditakutkan dengan tempat-tempat yang berisiko terkena jangkitan. Salah satunya klinik dan hospital la. Masa tu memang takutlah kan apatah lagi kat rumah ada abah yang termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi untuk terkena jangkitan covid-19. Memang jaga sungguh masa awal-awal tu.

    Walaupun tak jumpa doktor, Ayong tetap makan ubat yang doktor bagi. 3 bulan lepas Ayong kerja kat tempat baru, ada satu hal yang menyebabkan Ayong tak boleh kawal diri sendiri. Ayong kena serangan panik! Satu hari dada rasa berdebar-debar, bacaan jantung laju, tangan berpeluh dan rasa menggigil. Badan jangan cakap la, sejuk-sejuk je rasa. Macam nak muntah pun ada. Sepanjang hari Ayong rasa macam tu. Itulah kesilapan Ayong sebab tak teruskan rawatan dengan doktor. Allah Maha Mengetahui dan Ayong percaya semua yang berlaku ni sebab Allah nak yang terbaik untuk kehidupan Ayong.

    Inilah perancangan Allah. Allah nak Ayong teruskan rawatan sebab Allah tahu keadaan Ayong. Esoknya Ayong call klinik dan pihak klinik suruh datang terus bawak kad temujanji Ayong tu. Lepas tu sebulan sekali Ayong pergi klinik untuk doktor pantau keadaan Ayong. Setelah beberapa kali jumpa doktor, doktor hantar Ayong jumpa pakar pulak. Ubat masih lagi makan macam biasa cuma kali ni doktor dah kurangkan ubat. Ayong cuma makan satu ubat penenang dengan dos yang rendah. Nama ubat tu sertraline. Selain ubat penenang, doktor ada hantar Ayong ke bahagian rehabilitasi untuk bantu pulihkan Ayong semula.