Thursday, 30 June 2022

Stress & Kemurungan

    Lepas beberapa bulan bos bagi Ayong jaga bahagian sayur, Ayong dah mula rasa tertekan. Seminggu 3x kena angkat berat, lepas tu kena masukkan data ke dalam sistem secepat yang boleh. Bukanny takde pekerja lelaki, tapi diorang pun sibuk angkat stok barang yang baru sampai. Customer pulak ada yang jenis tak menyabar, sayur belum timbang lagi diorang dah ambik. Kadang-kadang belum turun lori lagi dah tanya-tanya, tak pasal pekerja yang lain kena carik sayur dia dulu dalam lori bagi kat dia. Kan dah lari timbangan kat situ.

    Cara terbaik untuk timbang stok yang berat tu seorang diri ialah keluarkan dari dalam bakul dan letakkan atas penimbang sikit-sikit. Tapi memang leceh la kan. Elok boleh sekali angkat jadi berkali-kali. Lepas tu orang lain bising kata kenapa lambat sangat. Banyak kali Ayong terduduk kat celah-celah sayur kepenatan angkat berat. Tenaga perempuan mana la kuat sangat. Tapi sebab kerja, terpaksa la. Ayong tak sedar sebenarnya masa ni Ayong terlampau stress sampai ke tahap kemurungan. Setahun bertahan baru Ayong perasaan keaadaan tu.


Kemurungan

    Sebenarnya dah setahun Ayong alami keadaan yang tak nomal. Setiap malam Ayong tak boleh nak tidur sebab Ayong takut nak lalui hari esok. Sebelum tertidur kepala mesti berpusing dulu. Keesokkannya pulak, bila dah bangun tidur je mesti Ayong rasa berat dan takut nak bangun. Rasa takut sangat nak pergi kerja. Bagi Ayong, tempat kerja Ayong kat pasaraya tu bukan setakat tak seronok, tapi menakutkan. Nak pergi kerja pun lesu je, setiap hari tak semangat langsung. Kadang cuti pun rasa tak bermakna.

    Sepanjang kerja kat pasaraya tu, Ayong banyak menangis dan jadi sensetif. Airmata mudah mengalir. Sudah la ada pekerja asing yang suka rendahkan maruah dan harga diri kita, kerja pulak penat kena angkat berat. Sakit kepala, sakit pinggang, sakit hati, semua bercampur. Pernah beberapa kali Ayong menangis kat rumah masa rehat. Kat tempat kerja okay je. Masuk je melangkah ke pintu rumah, terus airmata laju mengalir. Sebelum tidur jangan cakap la, memang kadang tu sampai bengkak mata sebab menangis je.


Lucid Dream

    Sebenarnya selama ni Ayong dah pernah mengalami lucid dream berapa kali. Tapi masa kerja kat pasaraya, ini yang paling kerap Ayong berlucid dream. Mungkin kerana tekanan yang dialami. Ayong boleh kawal mimpi sendiri dan suka cipta mimpi. Pergi ke tempat yang Ayong nak pergi sangat, jumpa seseorang yang Ayong nak jumpa sangat, semuanya semudah berangan dalam mimpi. Ayong cuma bayangkan je mimpi macam mana yang Ayong nak dan perkara tu pun berlaku. Ayong boleh rasa keadaan mimpi tu macam betul-betul berlaku.

    Bila dah selalu buat, lama-lama jadi ketagih. Setiap hari rasa nak mimpi. Kadang tu boleh sambung mimpi semalam. Serius tau. Ayong jadi tak suka dunia nyata sebab tak seronok. Dalam mimpi tu, semua Ayong boleh buat, buat rasa, boleh kawal apa saja. Pernah beberapa kali Ayong tak boleh bangun dan terperangkap dalam mimpi. Mungkin korang rasa mengarut. Tapi itulah hakikatnya. Orang yang kerap berlucid dream kadang sampai ke tahap keliru dan susah nak beza antara mimpi dan nyata. Ayong pernah alami situasi ni. 

Friday, 24 June 2022

Masih Kat Pasaraya

Belajar Perkara Baru

    Bila dah lama kerja tu bos ada la jugak suruh belajar buat kerja lain. Sebenarnya kerja kat pasaraya tu okay je kecuali 2 perkara yang Ayong tak suka. Pertama, mulut pekerja asing kat situ. Dia suka bercakap hal peribadi Ayong terutama yang melibatkan maruah dan harga diri. Dia memang dah kerja lama dan jadi orang kepercayaan bos. Dia rasa dia lama kerja kat situ, jadi dia boleh cakap apa saja kat pekerja yang baru masuk. Ayong malas nak melawan, sebab mak selalu datang beli kat situ. Memang fikir airmuka mak je masa tu.

    Adik perempuan Ayong pernah bawak anak dia beli barang. Pekerja asing tu tanya adik dah kahwin ke. Ayong iyakan je. Dia cakap adik Ayong tu elok budaknya sebab tu dia kahwin awal. Ayong ni tak elok sebab tu tak kahwin lagi. Masa tu dia rapat dengan sorang kakak cashier melayu tapi kakak tu shif petang. Dia kuat bekap Kak Dee kalau ada masalah. Ayong cakap la Kak Dee pun tak kahwin lagi, dia lagi tua dari aku...mesti dia pun tak elok kan? Pekerja asing tu tak jawab pun. Dia terus sengih-sengih sinis sambil angkat kaki.

    Banyak kali dah jugak hal-hal berkaitan maruah dan harga diri tu dia bangkitkan. Tapi bila dah lama-lama Ayong panas la jugak. Dia takdela cakap pasal tu lagi. Satu lagi yang Ayong kurang suka bila stok barang sampai. Ayong dah belajar buat kerja lain dan bos bagi kenaikan gaji untuk tu. Masa tu Ayong jaga bahagian sayur. Bila stok sampai, pasaraya tu kekurangan pekerja lelaki untuk bantu angkat stok berat-berat untuk timbang. Banyak kali jugak Ayong angkat sorang-sorang. Lama-lama Ayong pun tak larat. Stress dapat, sakit pun dapat.


Rapat

    Pekerja asing ni sebenarnya dah terlampau selesa. Sebab tu berani sembang lebat pasal maruah orang sini. Tapi ada sorang ni memang Ayong rapat dengan dia. Nama dia Kay. Tahap rapat tu sampai selalu jugak la keluar jalan dengan dia. Mula-mula orang lain tak tahu. Banyak kali pekerja asing lain cakap buruk-buruk pasal Ayong kat Kay. Sampai la satu hari dia bagitau dia rapat dengan Ayong, baru la semua senyap tak cakap apa. Kay ni ada sepupu kat sini tapi perangai tak sama. Mungkin sebab persekitaran diorang membesar tu tak sama.

    Sepupu dia membesar kat bandar, Kay pulak membesar kat kampung. Ramai kata sepupu Kay tu dari keluarga berduit, bos pun tau hal tu. Cuma perangai dia suka menghabiskan duit sebab tu ayah dia suruh kerja kat tempat orang. Kay pulak keluarga biasa-biasa je. Tak susah dan tak la senang jugak. Sederhana saja. Ayah Kay pernah kerja Malaysia jugak. Kay ni bos dengan orang lain pun ramai sebenarnya yang cakap dia budak baik. Kecuali yang busuk hati la. Tapi yang busuk hati tu orang sebangsa dia jugak.

    Pernah penyelia melayu kat pasaraya tu bagitau Ayong, Kay tu memang budak baik. Kalau nak dibandingkan dengan orang kita yang kerja kat sini pun, Kay nombor satu yang terbaik. Nak cari yang kedua terbaik selepas Kay pun jauh lagi bezanya. Ayong tau dia cakap tu ikhlas. Sebab sebelum ni, bos sendiri pun pernah jumpa Ayong dan bagitau perkara yang sama. Selama Ayong rapat dengan Kay, dia okay je takde pun nak mintak-mintak Ayong belanja ke apa. Dia cuma nak berjalan-jalan sementara dia masih bekerja kat sini.