Malam tadi aku ternampak satu post di instagram tentang pernikahan. Aku rasa ada yang tak kena dengan statement tu. Hari nie aku nak berkongsi sedikit pandangan aku tentang fahaman orang kita tentang perkahwinan nie. Secara jujurnya, aku agak terkilan kenapa orang selalu kaitkannya dengan adat. Sedangkan ia sebenarnya adalah Mindset. Dan aku yakin anda semua pasti biasa mendengar perbandingan mengenai statement tentang adat dalam majlis perkahwinan melayu dan Islam nie kan. Statement tu berbunyi :
Mesti anda semua pernah dengar kan? Aku menyokong statement kedua tu. Mengikut ajaran Islam kalau nak kaya harus nikah. Sebab Allah janji pada mereka yang berkahwin akan di limpahkan rezeki kepada mereka.
Benar. Allah menjanjikan rezeki kepada mereka yang akan membina rumahtangga. Kerana perkahwinan itu merupakan satu ibadah. Orang yang berusaha melaksanakan ibadah pasti disenangi Allah. Namun begitu, istilah rezeki selepas nikah itu haruslah diusahakan sendiri kerana ia bukanlah terus datang bergolek. Tapi, yang aku nak kongsikan nie bukan mengenai ayat kedua, tetapi mengenai ayat yang pertama tu.
Dari sudut pandangan aku, yang sebenarnya adat Melayu tak pernah pun kata macam tu. Itu adalah Mindset. Bukan orang Melayu jer faham macam tu. Tapi masyarakat seluruh dunia. Sebab mereka takut ekonomi tak stabil bila berumahtangga. Tapi yang membuatkan aku hairan, kenapa orang selalu kaitkan fahaman tu dengan adat Melayu? Sejak bila adat Melayu kata begitu? Kita dah terbiasa hidup dalam masyarakat Melayu yang mempunyai fahaman begitu, terus kita cop itu adat Melayu. Kenapa macam tu?
Cuba kita fikirkan semula, bagaimana datuk dan nenek moyang kita berkahwin. Adakah mereka mengadakan majlis seperti majlis yang kebanyakkan kita buat sekarang? Dari segi merisik, bertunang hinggalah persandingan adakah sama dahulu dan kini? Fikir balik. Dulu lain sekarang lain. Tapi bila orang sekarang buat majlis besar2 dan kadangkala hingga membazir, mengapa kita kaitkan dengan adat?
Aku rasa ramai sebenarnya yang terkeliru dengan perkara nie. Jika orang kita berfikir macam tu, mengapa nak salahkan adat? Lihat saja orang zaman sekarang, buat majlis kahwin besar-besaran. Katanya adat begitu. Benarkan adat kita ajar begitu? Tapi cuba pula bandingkan dengan orang dahulu. Mereka buat sekadar termampu. Kenapa aku tegaskan perkara nie? Sebab aku seorang Melayu dan aku sama sekali tidak rela melihat adat Melayu disalah ertikan.
Ada orang berkata, apalah yang ada dengan bangsa. Yang penting agama, bukannya bangsa. Aku sendiri tidak faham mengapa mereka berfikiran begitu, Jika adat kita mengajarkan perkara yang baik apalah salahnya jika kita jadikan tauladan. Aku di sini bukan nak melebihkan bangsa dari agama, Bukan juga sebagai Assobiyah. Aku hanya ingin membetulkan salah faham masyarakat tentang kekeliruan anda mengenai Mindset dan Adat Resam Melayu.

